Monday, 17 December 2012

Convoi To Port Dickson (PD)

Tanggal 15 Disember 2012 yang lepas, PPOC Central telah dijemput untuk ke Port Dickson bagi memeriahkan program yang dianjurkan oleh PPOC Pahang. Actually PPOC Pahang sudah berada di sana lebih awal, dan kami Team Central hanyalah jemputan so kami bertolak pada hari Sabtu, meetpoint di Kawasan Rawat & Rehat Serdang. Pada awalnya meetpoint ditetapkan di Shell selepas Tol Sungai Besi, tetapi memandangkan keadaan kereta yang terlalu banyak di sana, that's why lokasi meet point diubah kepada Kawasan Rehat & Rawat Serdang.

Kami berada di sana sekitar jam 2 petang, so cam biasalah kenalah menunggu ketibaan jentera-jentera PPOC yang lain. 

#Pada yang baru sahaja menjenguk blog ini, pasti tertanya-tanya apa itu PPOC. PPOC stands for Proton Persona Owners Club.

Mari kita layan gambar macam biasa.... Tiap gambar ada lagu... Haha... Tapi pada aku, tiap gambar menceritakan kisahnya.



Pakai vest Marshall and glove putih dah my sayang sorang nihh... Tag Marshall tu diberi oleh one of PPOC member pada semalam hari, actually diaorang kena wear this uniform masa konvoi kali ini.





Tu diaaa.... saat-saat menanti kehadiran jentera-jentera PPOC yang lain.

Kesemua kami bertolak dari Kawasan Rawat & Rehat Serdang kira-kira jam 3 petang... So pada yang biasa melalui highway ke PD, pasti korang tau jem teruk yang melanda di kawasan lebuh raya tersebut. Untuk tiba ke Seremban, ia mengambil masa lebih 1 jam.. Bayangkan lah yea.. Hehe... memang keras kematu kaki dan pinggang nie... Aku yang jadi co-pilot nie pun sampai sakit-sakit badan dibuatnya... 

Ini pula ketika berhenti rehat seketika di R&R Seremban kerana ada lagi geng-geng PPOC yang menanti di sini.






Lihat lah.. Lihat lah.. Banyak kan kereta Persona... Best tau bila jadi perhatian cam nie, semua orang memerhati je kereta-kereta kami semua... Bangga!

Kami meneruskan perjalanan, dan akhirnya berhenti di Kawasan Rehat Mambau. Di sini, PPOC kawasan Negeri Sembilan pula sedang menunggu kami. Terima kasih buat korang semua okey... memang meriah lah, tapi aku semakin tak sabar nak jejak PD nie wei haha...

Kami tiba di PD sekitar jam 6 petang. Jalan di PD pun cam biasalah, jem yang agak teruk turut melanda. Maklumlah musim cuti sekolah nie.




Persona semuanya.... Sebenarnya disini turut ada kumpulan Persona lain iaitu Proton Persona Elegance Owners Club (PPEOC) yang sedang berkhemah disini.  Maka memang super meriah lah....


Inilah khemah mereka yang dari grup PPEOC.. Best juga kan tidur dalam khemah?

Kami keluar makan memandangkan masing-masing kelaparan ketika itu. Then kami kembali semula ke lokasi ini memandangkan pada sebelah malamnya ada sesi BBQ pula.. And kalau korang nak tahu, bukan sekadar ada BBQ tau, ada pesta tepung dan telur untuk 3 birthday boy kita yang lahir pada bulan 12... Amin, Chor and sorang lagi (sorry x kenal nama, but Happy Birthday tuk korang semua k)

Jom layan gambar lagi...


Jemput makan semua... Yummy!!!


Inilah Azizan Januari.. (Nama glemer dia).. Dia nie memang pandai menyanyi, maklum lah dulu hampir-hampir masuk AF3... Suara dia pun memang sedap. Azizan menyanyikan lagu Radja - Takkan melupakanmu. sesi karaoke ini sebenarnya dibawah kendalian PPEOC, tapi cam biasa, PPOC diberi peluang menghantar beberapa wakilnya yang sudi untuk menyumbangkan lagu haha, cam biasa Zizan lah wakilnya...


Nie lah dia December babies.. Haha nasib korang lah yea. Papepun korang memang sporting....


Ni antara kaki menepung.... Azir...  Ko pun kena tepung skali yekk.... Hope pic ko nie tak jadi kontroversi lah yea... Aku nak meriahkan blog aku je hehe, bila kita bercerita, kena lah bagi yang best2 dan menarik huhuhu...


Inilah dia 3 birthday boys tu.. December babies... Haha peace yaww... dorang nie bukan setakat kena tepung, malah kena telur sekali....  Semoga jadi kenangan terindah untuk birthday korang lah yea kali ini...


2 budak nakal yang happy and gembira sangat when dapat menepung kawan-kawannya.. Last-last mereka pun kena sekali... Muka macam evil je masing-masingkan.. Afifi dan Shariz.

Selepas acara BBQ itu, maka berakhirlah aktiviti malam itu. Kami menginap di Sunshine Resort, Port Dickson.

Kami bersiap-siap pulang ke KL pada hari Ahad. Ramai yang from Central yang tidak bermalam di PD. Dan ada yang pulang awal pada pagi Ahad itu. Kami (just left few cars from Central, rasanya dalam 6 biji kereta je) bertolak pada jam 1 petang bersama few crews dari PPOC Pahang. Kali nie kami melalui jalan lama, kerana highway PLUS cam biasa dilanda jem yang teruk, even PD town pun jem yang maha dahsyat.

Alhamdulillah, semua selamat sampai kira-kira jam 5 petang. Thanks tuk semua - PPOC Pahang, PPOC Negeri Sembilan, PPEOC dan PNC yang turut ada dalam event kali ini, thanks atas jemputan terhadap PPOC Central.

Ada umur, kita bertemu lagi.... Salam semuanya!

2 comments:

  1. bestnye ade gathering cmni. nak join tapi takde persona lak. hehehe.

    teringin nak join gathering tapi maluuuuuuuuuuu..wuuwuwuw

    btw, jom singgah blog lisa. follow twitter skali if sudi.bole kita beramah mesra bertweet2 disana:)

    ReplyDelete
  2. Hye Lissa... meh nak follow blog... hehe join gathering mmg best,apa2 gathering pun biasanya best.. mne tau nti bloggers grup wat gathering ke, jgn malu2 okey :-) okeh nti kita follow twitter skali...

    ReplyDelete