Saturday, 22 December 2012

Edisi Makan-Makan : Satay Station Jalan Ampang, KL.

Salam Sabtu semuanya.. Selamat berhujung minggu!

Kali nie aku nak bercerita ala-ala rancangan Jalan-Jalan Cari Makan gitu.. Yea lah mesti korang muak dengan story sal konvoi dan jejalan sana sini kan, so kali ini kita tukar topik pulak, entri kali ini aku nak cerita tentang makanan pula...

Tersebutlah kisah, aku mengidam nak makan sate sangat-sangat.. Uikk mengidam? Haa korang jangan fikir bukan-bukan yea, bukan orang mengandung je yang boleh mengidam tau... Mengidam nie bukan tertulis termaktub khas untuk yang pregnant sahaja hehe..

Pada awalnya, aku nak makan Sate Kajang.. Sate Hj Samuri tu... So my dear pun terus memandu ke Kajang, actually Sate Kajang Hj Samuri dah banyak cawangannya kan but aku pun tak tahu kenapa he wanna drive to Kajang jugak.. Tapi sayangnya memang bukan rezeki aku kot, Sate Kajang Hj Samuri tutup malam tadi...

Urmm mengidam tul nak makan sate nie.. so we decided to go to Satay Station.. Satay Station nie pun merata cawangannya di KL nie, so kami choose untuk ke Satay Station yang terletak di Jalan Ampang.


Di Satay Station ini, selain menjual sate ayam, lembu dan hati, ada juga disediakan masakan seperti mee rebus dan sup daging. So aku pilih mee rebus sebagai hidangan utama. Ini gambarnya... Taraaa...


Rasanya? Ermmm... okey lah... tu aje aku boleh komen.. Ini komen jujur aku, hope-hope tak kena saman lah ya dengan owner Satay Station. Maaf kan saya tuan kedai... Tetapi pendapat peribadi aku, masakannya biasa-biasa sahaja, yea lah maybe sebab aku orang Johor kot, yesss time nie lah nak berbangga dengan darah Johor yang mengalir dalam diri ini. Cewahhhh.... Korang mesti tahu kan yang Johor sememangnya terkenal dengan mee rebusnya, especially Mee Rebus Stulang, pada yang pernah makan Mee Rebus Stulang, pastinya tahu rasa kepekatan kuahnya berserta keropok dan udang specialnya. Sebab itu aku komen Mee Rebus ini biasa-biasa sahaja, but still sedap, not bad, setiap orang ada resepi istimewa mereka yang tersendiri kan? Kalau tak sedap, mesti lah aku tak makan sampai habis.. Hehe...


Taraaa... nie lah dia hidangan yang dinanti-nantikan... Sate yang aku idam-idamkan.. Hehe... Looks nice kan? Memang sedap... Thumbs up.... Cuma kuah dia oily sikit but itu bukan bermakna tak sedap okies. My dear cakap, kuahnya pedas sikit, tapi for me, okey je, tak pedas langsung.. Tang mana yang pedas tuhh? hehe, sate dia sedap, thumbs up....Puas rasanya dapat makan sate... So lepas nie nak mengidam apa ya? Korang-korang semua, boleh la try sate di Satay Station selepas ini okey.... Wahh aku dah macam pengacara Jalan-Jalan Cari Makan pula heheh... Amacam, ada bakat tak? Phewww!!!

Satay Station di jalan Ampang ini juga agak besar tempatnya, sesuai lah if nak lepak-lepak dengan friends and families, kalau nak buat ocassion as birthday party pun sesuai juga kerana keluasannya. Tapi kalau nak buat romantic candle light dinner tak sesuai kot kerana tempatnya agak bising sedikit. Dan kalau korang nak tahu, time korang makan tu, ada diiringi dengan muzik ghazal sekali, so kalau bawak mak ayah mesti sesuai kan... Old timer gituhhh.... Cuma parking area kawasan ini agak terhad sikit, so kena tunggu lama untuk mendapatkan parking. 

Itulah ceritanya tentang Satay Station... 

Maka , sampai sini sahaja rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kita untuk hari ini.. Oppss terlebih sudah! Hehe... okey nanti aku update lagi if ada best restaurant to reccommend pada kawan-kawan semua...

Till we meet again.. Peace Yaw!! Assalamualaikum semua..

No comments:

Post a Comment