Yeahhh.. dan ini adalah last activity kami selepas pulang dari menjenguk baby tadi... Kali ini hanya few of us yang join aktiviti movie dan makan-makan ini... Kita enjoyyyyy puas-puas....
Kami bercadang untuk menonton filem lakonan Jackie Chan yang terbaru iaitu CZ12. Para peminat lakonan aksi pastinya menantikan filem ini.
Waktu tayangan adalah pada pukul 7.30 malam. So macam biasa, sebelum menonton, jom posing-posing dulu.. Alahai kitaorang memang tak kan kalah kot bab berposing-posing nie hehe..
Begitulah aksi-aksi kami semua.. Haha macam-macam kan.. dengan poster pun nak bergambar... Actually banyak lagi pic-pic lain tetapi bukan dalam simpanan aku..
Dan ini pula aku ambil dari kawanku yang turut sama dalam aktiviti kami ini.. Ambil dari facebook dia.. Heheh...
Aku tidak mahu review tentang filem CZ12 ini dalam entry kali ini. Mungkin di entry lain, insyaallah. Cukup sekadar komenku bahawa filem ini memang sangat BEST dan anda pasti PUAS dapat menontonnya. Sila lah ke pawagam berhampiran anda ya. memang tak sempat nak rasa boring pun sebab filem ini penuh aksi-aksi lasak dan lawak-lawak spontan dari Jackie Chan. Maka, memang sesuailah untuk menonton filem ini bersama rakan-rakan atau famili.
Selepas menonton filem, kami ke Restoran Flaming yang terletak berhadapan dengan KL Festival City Mall (tempat kami menonton wayang). Di sini kami makan steam boat, RM26 per person, makan lah sampai puas dan kenyang..
Maka sila lah lihat gambar makanan kami yea.. memang kenyang dan berbaloi-baloi... So korang boleh mencuba juga...
Macam-macam ada disini... ketam, udang, sotong, pepahat, daging, telur puyuh, fishball and fish cakes, ice cream, cendol dan etc, korang makan lah semua tu kalau larat yea.. Yea lah da bayar RM26 per person kan...
So kawan-kawan semua, Selamat Mencuba & Menjamu Selera ya!
No comments:
Post a Comment