Monday, 24 December 2012

Jom Tengok Baby ... Congrats Mieza and KA...

Aktiviti seterusnya... 

Jom melawat ibu bersalin bersama bayi comelnya. Siapa lagi kalau bukan Puan Mieza kita, dia dan suaminya, KA sama-sama merupakan ahli PPOC juga. Mieza selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang amat comel yang diberi nama Nur Qaira Danisha pada minggu lepas. Tahniah buat korang berdua di atas cahaya mata perempuan pertama ini. Semoga Qaira membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak dan solehah serta berbakti buat kedua ibu bapanya. So jom lihat beberapa keping foto disini...


Inigift dari aku dan my dear buat baby yang baru lahir. Set hamper ini ada rompers, handkerchiefs, kasut dan sebagainya. Okey lah kan... and kalau korang nak tahu, aku order khas dari kawan aku yang sememangnya menjalankan perniagaan online dalam bidang fesyen pakaian bayi dan kanak-kanak ini. Beliau juga turut menyediakan khidmat hamper. So kalau korang berkenan dan mahu mencuba sentuhan kreatifnya, korang boleh klik website beliau di SINI. Cuba lah, kalian pasti tertawan. Dan aku bangga untuk menyatakan yang aku berpuas hati dengan perkhidmatan dari beliau. (Alamak... da jadi slot IKLAN pulak hehe.. by the way, aku promote and puji ni bukan sebab dia best friend aku, tiada istilah 'pilih bulu' dalam konteks kehidupan aku. Memang hasil tangannya layak dipuji...).


Budak tomey yang diberi nama Nur Qaira Danisha. Memang cute pun dia...


My dear nie memang sukakan baby.. Sabar yea sayang hehe.... Tunggu kita sah diijabkabulkan dahulu, and I will make your dream comes true, Insyaallah. Haha amacam ada tokoh tak nak jadi bapa mithali... Mudah-mudahan. Amin Ya Rabbal Alamin...

Okey itulah kisahnya... Semoga baby Qaira cepat membesar ya, nanti boleh join mummy and daddynya jalan-jalan bersama PPOC members. Hingga kita bertemu lagi.. Assalamualaikum semua!

No comments:

Post a Comment