Friday 28 December 2012

Jom CUBA... Fellina Inchloss..

Assalamualaikum semua... Entry kali nie aku nak cerita sal Fellina Inchloss nie yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Yea lah, dah ramai yang berjaya menguruskan badan dengan produk ini. Kawan-kawan aku pun dah start guna produk nie nampaknya. So apa lagi kan, aku pun mahu mencuba juga. Yealah buat hilangkan lemak-lemak tepu yang semakin berleluasa kat tang perut nie lah especially.. Hadoii.. korang nak tahu tak, punca badan aku nie naik is sejak aku mula mengambil satu produk nie.. Al-kunun produk nie boleh menjaga badan kita, boleh mantapkan body kita, hasilnya, badan aku naik, well memang tak dinafikan part2 tertentu tu memang mantap lah jadinya, tapi ia juga menaikkan ukurlilit badan aku, kiranya nak suruh aku jadi besar dan mantap lah nie.. Eiii agak-agak boleh tak kalau aku nak saman dealer dia dan produknya? Korang mesti nak tahu produk apa kan, tapi aku tak boleh lah announce kat sini, kang ada yang saman aku pulak.... Cuma aku advice korang semua, hati-hatilah yea dengan produk yang menjanjikan kononnya boleh mantapkan body korang, kita nie perempuan fikir nak slim je, bukan nak jadi body builder.. Huhu...

Okey lah aku tak nak merepek panjang tentang produk yang tak berapa hot tu, baik aku cerita tentang produk baru yang sememangnya HOT dan AWESOME ini. Disebabkan ramai yang sudah berjaya dengan produk ini, maka aku telah membelinya juga. Harus lah nak try! 

Taraaaa... Ni dia!


Aku harap akan ada perubahan positif selepas menggunakan produk ini.. sama macam customer-customer yang lain.

Cara penggunaanya senang je.. sapu ikut arah lawan jam selepas mandi, setiap pagi, selepas makan dan juga sebelum tidur. Senang kan? Sapu di tempat yang bermasalah, dan korang akan rasa ia agak berangin. Bau krim nie pun wangi, aku suka bau dia, tak yah pakai perfume pun tak pe pas nie sebab bau produk nie memang wangi. And yang lebih menarik lagi tu, korang boleh sapukan kat muka juga dahu, biar hilang double ke triple chin tu.... Okey....

So aku akan berusaha dengan menyapu di perut dan dagu... Aku nak aku yang dulu, yang comel je... Bila tengok baju-baju lama yang bersaiz M, terus buat aku semangat nak guna losyen ini secara konsisten. Yea lah dulu aku pakai saiz M, sekarang saiz L.. Walaupun aku masih cute lagi (amboi perasannya ko!), tapi aku tetap rindukan body aku yang dulu...

Aku pun bosan dan fedup juga bila orang asyik tegur badan aku dah naik je... banyak naik la itu lah.. Kadang-kadang tu siap jadi bahan lagi. Bila order baju, ada yang suruh aku order saiz lelaki, kononnya aku tak layak order baju saiz ladies... Terasa nok!!! Macam lah aku nie da besar sangat macam ahli bina badan!

Tapi tak pe lah, walaupun kadang-kadang aku terluka hati dengan kutukan itu (aku nie sensitif sebenarnya, sayang aku je yang tahu cam ne sensitifnya aku dan segala luahan aku), aku akan kuatkan semangat juga untuk buang lemak-lemak tepu nie. Usaha tangga kejayaan kan? Aku akan buktikan pada semua yang mengeji aku tuh... Huhu.. lagipun sekarang, aku dah start pakai korset semula.. Ditambah pula dengan Fellina Inchloss nie, harap-harap berjaya lah hendaknya... Dan aku pun dah kurangkan pengambilan nasi dalam diet aku. Seminggu makan nasi sekali dua je.. Boleh je pun... Lagipun sejarah hidup aku, aku memang tak sentuh nasi putih masa zaman kanak-kanak dulu. Sampai aku berusia 13 tahun baru aku pandai makan nasi putih. So? Maknanya aku boleh kan? Ada yang nak mencebik atau mengutuk ke dengan statement aku nie? Kutuk lah, kalau tak caya, tanya lah parents aku, bukan aku nak berlagak perut mat salleh ke apa ke, dah itu hakikat! Sebab aku tahu pasti ada yang mencebik... Wateva! This is my life story, kalau tak suka, jangan baca.

Huhu.. hamboi.. penuh emosi pulak entry aku pasal Fellina Inchloss nie.. Hehe yea lah, mana tahan derr orang dok kutuk2 je.... So kawan-kawan, begitulah cara pemakaian Fellina Inchloss. Dan aku akan iringi bersama pemakaian korset dan diet yang sihat juga.

Aku akan update lagi after 3 weeks. Insyaallah apabila ada perubahan nanti. Korang doakan lah juga yea semoga aku berjaya. Aku pun nak buktikan pada mereka juga. Yang aku bukan BAHAN semata.

Moral of the story, jadi perempuan nie, jangan gemuk. Nanti kena kutuk. Jangan silap ambil produk. Hati-hati yea kawan-kawan perempuan semua. Jangan mudah terpedaya dengan produk yang menjanjikan kononnya nak kasi badan mantap meletup pejal semua ya... Nanti korang akan susah macam aku sekarang nie.

Apa-apapun, memang kena jaga badan mulai sekarang nie.. Persaingan makin ramai, so jom mula pasang badan dari sekarang. Jaga cik abang tu. Hehe...

Ok nanti aku story lagi tentang produk ini yea.. Kita nantikan hasilnya dulu. Insyaallah!

1 comment:

  1. moga2 ko slim dan comel cam dulu k!
    akupon doakan juga:)

    ReplyDelete