Hye semua.. kali ini aku akan menceritakan pula tentang majlis perkahwinan adik lelaki kakak angkat kami, kali ini majlis di sebelah family lelaki pula. Majlis berlangsung di Lenga, Muar.
Kami bertolak pada malam Jumaat tersebut dan ketika kami tiba, Malam Teracap Inai sedang berlangsung. Apa yang boleh aku katakan tentang majlis ini ialah pengantin akan bersanding dan kemudiannya penari joget akan berjoget di hadapan mereka. Apa yang lebih istimewa lagi ialah apabila ahli keluarga turut sama-sama berjoget di hadapan pengantin. Selain dari itu, Malam Teracap Inai ini juga diserikan dengan nyanyian ghazal. Jom kita saksikan sebahagian foto-foto yang dapat dikongsikan disini.
Ini lah aksi ahli keluarga berjoget sekali hehehe...
Kedua mempelai di tepung tawar oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Aku pun turut berpeluang menepung tawar kedua mempelai. Moga kalian sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.
Selesai Majlis Teracap Inai, marilah kita menjamu selera. Thank You Kak Zu and family, di atas hidangan sup gearbox kerbau yang sangat sedap. Di tambah dengan sambal kicap yang sememangnya feveret ku.. Nyummmm....
Hari yang dinantikan akhirnya tiba jua, iaitu Sabtu, bersamaan dengan 10.11.12. Tarikh yang cukup menarik, bukan? Pada hari inilah berlangsungnya majlis perkahwinan dan persandingan sebelah keluarga lelaki pula. Macam biasa, hari kami yang sibuk dengan pelbagai tugasan bermula pada pagi hari lagi.
Majlis bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang. menariknya kali ini, persandingan bertemakan adat Jawa. hal ini memandangkan keluarga pengantin lelaki berbangsa Melayu Jawa. So ada kelainan dari segi pakaian pengantin dan sebagainya. Mari kita saksikan kemeriahan acara perkahwinan tersebut.
Dan sesuatu yang aku ingin kongsikan bersama di sini ialah, kawan-kawan baik kami iaitu Sha (dah lama kenal dia nie, perkenalan bermula dari Muka Buku lagi.. hehe, and we have met for few times.. pergi Singapura sama2 dan dia lepak2 rumahku di KL) dan Mus (selama nie cume kenal kat Muka Buku je, nie first time bertemu, previously he was Sha's ex colleague)turut hadir ke majlis ini. Thanks korang, sanggup susah-susah meredah hujan ribut untuk sampai ke majlis ini. Hope korang puas hati la hendaknya dengan layanan yang diberi (sorry kalau ada kurang pape), juga hope suka dengan doorgift and semoga gembira di majlis tersebut... So apa lagi, kalau dah jumpa tu, kenalah posing banyak-banyak untuk dijadikan kenangan.
Kalau dah semuanya memang kaki posing, nie lah jadi nyerr.. Hehe.. bikin apa pun semua mau diambil gambar.. Itulah KAMI semua...
Majlis petang itu turut dihiasi dengan persembahan ghazal (tak tau nama kumpulan ghazal tu, sorry hehe..). Apa yang istimewanya ialah salah seorang vokalis kumpulan tersebut merupakan bapa pengantin lelaki sendiri, malah beliau turut menyumbangkan sebuah lagu ketika majlis berlangsung. Cayalah abah angkat kitaorang hehe...
Majlis berakhir jam 5 petang. Acara terakhir yang dinanti-nantikan adalah malam Kuda Kepang. Sha, Mus dan abangku tidak dapat menyaksikan persembahan kuda kepang pada malam tersebut kerana masing-masing perlu pulang awal kerrana mereka juga ada urusan majlis perkahwinan sebelah keluarga mereka. Its okay, utamakan apa yang penting terlebih dahulu.. Yang penting, kami enjoy bersama kalian semua. lain kali kita jumpa lagi yeahhh...
Malam kuda kepang juga berjalan dengan lancarnya. Sebenarnya, ini pertama kali aku menyaksikan persembahan 'live' kuda kepang. Nama je anak Johor kan, tapi tak pernah tengok 'live'lagi. Apa yang boleh aku rumuskan tentang persembahan kuda kepang tersebut ialah ia amat menghiburkan. Dengan ragam penari-penari yang telah dirasuk, pelbagai aksi yang mereka lakukan, antaranya makan buah kelapa, menyiram pokok, panjat pokok dan sebagainya.
Begitulah sebahagian ceritaku ketika di majlis perkahwinan tersebut. Tiada banyak yang dapat ku ungkap kan, selain ucapan selamat buat pengantin baru dan didoakan semoga cepat mendapat zuriat selain kekal bahagia bersama sehingga ke hujung nafas yang terakhir. Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment