Hiyaaahh! Hiyahhhh! Tajuk pun da cukup ganas kan.. Haha.. Itu adalah tajuk movie terbaru yang kini sedang hangat diperkatakan dan sedang rancak ditayangkan di pawagam di seluruh negara. Asalnya aku tak berminat pun nak tengok filem nie, but when aku dengar temuramah antara para pelakonnya di radio Hot FM, tiba-tiba terasa berkobar-kobar gituh mau menonton filem nie.. Kiranya promotion hebat and berkesan la nihh hehe!
Filem ini hasil lakonan Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, Zul Handyblack dan ramai lagi. Memaparkan hampir kesemua bakat baru dalam industri perfileman tanahair, namun kesemuanya berjaya membawa watak masing-masing dengan jayanya. Kalau sebelum ini kita sering disajikan dengan filem-filem gengsterisme hasil arahan Shamsul Yusof yang sememangnya sinonim dengan filem aksi, kali ini kita ada variasi hasil sentuhan pengarah Hashim Rejab pula.
Filem ini mengisahkan tentang kisah hidup Bad yang dihimpit kemiskinan dan hidup dalam serba kekurangan. Di rumah, ibunya sering membebel berkaitan keadaan hidup mereka yang sentiasa kekurangan wang. Ayahnya bekerja namun gaji yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Mereka juga hampir-hampir dihalau keluar dari rumah sewa yang mereka diami. Di luar, Bad berkawan dengan rakan-rakan samsengnya dan mereka sering membuli Rudy yang lemah. Di sini dapat dilihat runtuhnya akhlak Bad adalah kerana kurangnya pengawasan dari ibu bapa di samping hidup yang penuh kedaifan memaksa beliau bertindak sedemikian. Dan aku percaya, apa yang cuba dipaparkan dalam cerita ini adalah gambaran sebenar sebahagian hidup anak kota yang hidup serba kekurangan. Ini realiti sebenarnya.
Macam biasa pastinya ada elemen cinta yang diselitkan dalam filem ini. Perkenalan antara Bad dan She telah membuahkan bibit-bibit cint di antara mereka. Bad bertekad, dalam hidupnya dia perlukan dua W iaitu "Wanita" dan "Wang". Hanya dengan memiliki kedua-dua W tersebut, barulah hidupnya sempurna. Bad berkenalan dengan Alex yang merupakan seorang pengedar dadah dan melalui beliau Bad menjual ice di disko dan pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur. Bad berjaya meraih jualan yang tinggi dan hasilnya dia memiliki wang yang banyak,he owned his own sport car (Satria Neo yang da di paint air brush hijau dengan tulisan VERV). Dia juga semakin hidup mewah dan sentiasa bertukar-tukar teman wanita, namun cintanya tetap buat She seorang.
She merayu pada Bad agar meninggalkan kerja tersebut namun Bad tidak bersetuju kerana padanya, wang adalah segala-galanya. Wang sahaja yang boleh memberinya kesenangan hidup selain membersihkan kembali maruah keluarganya yang seringkali dipijak-pijak oleh tuan rumah sewa yang mereka diami itu.
Namun sesuatu yang tidak diduga berlaku. Salah seorang teman Bad mati akibat terlebih suntikan dadah didalam badan, semua menuduh Bad puncanya. Dan akhirnya Bad ditangkap dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak (Juvana).
Ketika di dalam pusat pemulihan akhlak, banyak yang Bad pelajari tentang kehidupan. KARMA. Itulah pengajaran paling berharga yang Bad perolehi sepanjang beliau disana. Menurut Bad, apa yang kita lakukan hari ini akan ada balasannya untuk kita nanti. Kita pasti dihukum dengan apa jua perbuatan jahhat yang telah kita lakukan. Di pusat pemulihan akhlak, Bad dibuli dengan teruknya, namun Bad menerima takdirnya sebagai salah satu balasan buat beliau yang telah banyak melakukan kejahatan sebelum ini. Banyak peristiwa berlaku ketika Bad berada dalam pusat pemulihan akhlak tersebut. Rasanya korang kena menonton juga kalau nak tahu apa yang bad lalui disana.
Akhirnya Bad keluar dari pusat pemulihan akhlak tersebut. Ayah Bad menerimanya kembali dengan gembira namun tidak bagi ibunya. Bad mencari kekasihnya, She namun apa yang menyedihkan, kekasihnya kini bukan She yang dahulu. She yang lemah lembut dan manis kini sudah tiada. Kini She adalah seorang gengster wanita yang sudah jauh berubah. Kasar dan egois. Bad terkejut dengan perubahan kekasihnya dan mahu She berubah namun She menolak. Menurut She, Alex yang menyelamatkannya dari dijadikan pelacur selepas ketiadaan Bad. Malah dia menyalahkan Bad kembali atas apa yang terjadi pada dirinya itu.
Bad kembali bertemu dengan teman-teman lamanya. Masing-masing telah ada kehidupan sendiri kini. Ada yang dah berjaya menjadi serang usahawan, ada yang mencari rezeki di car wash. Bad turut bekerja di sana. Di ketika inilah Rudy yang sering dibuli oleh Bad and the geng suatu ketika dulu muncul kembali. Beliau rapat dengan She dan turut menjadi orang kuat Alex. Pelbagai aksi ganas apabila konflik melanda dimana Bad juga merayu pada Alex agar melepaskan She dari genggaman mereka. banyak aksi pergaduhan antara Bad, Alex, Rudy dan teman-teman Bad ketika ini. Antaranya apabila Rudy datang menyerang ke car wash mereka. Juga aksi apabila Bad dan teman-teman menyerang ke banglo Alex.
SO... APA ENDINGNYA????
To make it short, mcm biasa lah, sindiket dadah Alex berjaya dibongkar dan polis berjaya memberkas kesemua mereka ketika Bad dan teman-teman sedang bertarung sesama mereka. Dan yang sebenarnya membongkarkan rahsia tersebut pada polis adalah She sendiri. Di akhir filem ini, She ditembak Alex sebelum ALex melarikan diri namun berjaya dicekup polis. She rebah di pangkuan Bad, tidak pasti sama ada hidup ataupun mati.
---------------------------------------------------------------------------------
Mengikut persepsi aku, aksi-aksi dalam filem ini memang ganas namun aku suka. Haha! Sebab lain dari filem-filem aksi yang lain. Filem ini membuatkan mata sentiasa celik sebab nak tunggu aksi-aksi seterusnya. Thums Up! Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang..
Sebenarnya ada banyak pengajaran yang boleh dikupaskan dari filem ini. Antaranya, hidup ini adalah karma, apa-apa perkara buruk yang kita lakukan hari ini pastinya akan menerima balasan. Kedua, kita sentiasa diberi peluang untuk merubah diri untuk menjadi lebih baik, peluang untuk berubah sentiasa terbuka, terpulanglah pada kita untuk membaiki diri dan setelah berubah kita juga perlulah kuat untuk menghadapi dugaan selepas itu. Biasalah, bila kita dalam proses berubah nie, pastinya banyak godaan yang mahu kita kembali pada sifat-sifat buruk dahulu. Ketiga, kita juga perlu sedar wang itu semeangnya penting dan antara keutamaan dalam sebuah kehidupan tetatpi tidak bererti kita harus gelap mata dan menjadi hamba duit sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarga.
Apa-apapun, aku suka filem ini. Dan aku tak kisah if my dear plak ajak menonton sekali lagi sebab si dia belum menontonnya lagi.. Filem nie best, so x de hal if nak tonton lagi.. Ngeh Ngeh Ngeh...
Pada yang free-free tuhh, leh la try menonton filem nie.. Then nilaikan.. Setiap orang ada penilaiannya yang tersendirikan...
ainaa kawan saya kata cute sangattt
ReplyDeleteafiqah kwn saya suka watak bad sama macam crush dia... sanggup lakukan apa saje
ReplyDelete