Monday, 5 November 2012

My Sis Lil Bro Wedding @ Penang (PART 1)

Entri kali ini akan menceritakan tentang majlis perkahwinan gilang gemilang yang berlangsung di Kepala Batas, Pualu Pinang. Ia adalah majlis perkahwinan adik lelaki kepada kakak angkat ku, iaitu Kak Zu. memandangkan kami semua dah seperti ahli keluarga sendiri, so kami pun turut diundang untuk sama-sama menghantar pengantin lelaki untuk majlis perkahwinan di sebelah keluarga pengantin perempuan.

Kami bertolak ke Penang pada hari Jumaat setelah aku da si dia tamat waktu bekerja. Its around 6 pm. Jalan memanglah tersangat jem menghala ke Plaza Tol Jalan Duta. Biasalah KL kan... It took almost 30 minutes just to reach the Plaza Tol Jalan Duta.. Hurgghh...

Perjalanan ke Pulau Pinang kali ini sesungguhnya amat mencabar sekali. Hal ini adalah kerana hujan turun dengan lebatnya di sepanjang perjalanan kami ke sana. Almost semua tempat ditimpa hujan yang maha lebat. Hujan yang tersangatlah lebat sehingga menyukarkan pandangan kami semua. Dalam hati ku berdoa moga dijauhkan dari sebarang malapetaka dan bencana, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju hendaknya. Alhamdulillah, akhirnya kami tiba juga di Kepala Batas, Pulau Pinang sekitar jam 11 malam. Abang dan kakak fetch kami and we had our dinner there. Pekena Char Kue Tiow Special yang sememangnya terkenal di sana.. Sedap.. Yummy...

Memandangkan dah menginjak ke tengah malam, so masing-masing masuk tidur di homestay yang telah disediakan, rehatkan diri sebelum majlis berlangsung keesokan harinya.

Akhirnya, tibalah hari yang dinantikan. Majlis kali ini agak istimewa kerana pengantin akan berarak menaiki tandu. Menarikkan?


Tu diaaa... pengantin sedang diarak sambil menaik tandu yang telah disediakan...

Jom kita ikuti sorotan sekitar majlis perkahwinan tersebut.





Jom saksikan sekitar upacara persandingan mereka dan suasana meriah sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.




Yang specialnya di sini is variety of foods yang ada di majlis ini. Paling menarik adalah aksi roti canai terbang...



Seterusnya pula adalah upacara tepung tawar dari kedua-dua belah keluarga mempelai.






Persembahan silat turut dipersembahkan untuk hiburan mempelai.





Selesai sahaja persembahan silat, tibalah masanya kedua-dua mempelai menjamu selera dan makan beradab.



Dan bermulalah juga sesi bergambar. Majlis kali ini juga diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat dan persembahan istimewa dari penyanyi veteran iaitu L Ramlee.



















Inilah sebahagian rentetan sekitar majlis perkahwinan yang cukup meriah itu. Dari kami buat pasangan pengantin, Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat. Next week pula majlis menjemput menantu di kampung di Muar. More exciting events to come. Nantikan kisah selanjutnya yea...


Akhir kata dari me and my dear, zillion thanks tuk Kak Zu dan keluarga yang menjemput kami sekali. Insyaallah kami akan ke Muar juga hujung minngu ini dan insyaallah akan membawa bersama the kids, Ieyka dan Afiq. Jumpa di sana!

No comments:

Post a Comment