Karaoke Time!!!!
Semalam merupakan hari Deepavali, so faham-fahm lah kan, maknanya cuti umum lerr.. kalau da cuti umum, maknanya tak kerja lah, makanya ia adalah waktu untuk berjimba-jimba.. Hoyeyyyy!
Asalnya memang tak de plan pape pun. Setelah pulang lewat malam pada sebelah malam sebelum Deepavali dek melepak berTT bersama geng-geng Proton Persona Owners Club (PPOC). Itupun nsib baik dorng tak jadi nak naik Genting Highlands kalau tak, layulah and rabaklah mata aku nie. So pagi itu aku bangun dengan penuh kesegaran haha... Tup tup my dear inform, one of our PPOC geng ajak main bowling kat Alamanda, putrajaya. Ku terus cakap OK, boleh je.... Haha aku memang pantang diajak berjalan-jalan nie hehe...
Maka, kami pun bertolak ke Alamanda, Putrajaya. Kami tiba agak lewat sedikit, masa kami tiba tuh, mereka da nak habis bermain bowling for 1 game dah. Then dapat news yang beberapa lagi kawan kami mahu join. So we planned nak tukar tempat main bowling, nak shift to The Mines Shopping Fair @ Seri kembangan, Serdang. Macam biasa lah, konvoi kereta Persona bergerak beramai-ramai ke sana. But its quite disappointing jugak when The Mines sangat-sangat full and pack. Nak masuk ke The Mines tu pun da jem teruk. Wondering ada apa-apa event ke kat sana, so we had to cancelled our plan. Maka terciptalah rancangan mahu kembali ke Alamanda, Putrajaya dan karaoke di sana.. Okey pe, best jugak, selama nie aktiviti dengan kawan-kawan semua asyik bowling and melepak je... So pe lagi.. jom la gerak pegi karaoke.. nyanyi la puas-puas kasi hilang tension kepala...
Posing dulu sebelum gerak g karaoke-ing.. Hoyeyhhh.. Motif utama : Nak tayang baju PPOC ha ha ha...
Sebahagian aksi-aksi dari kami semua.. Nie lah dia.. kalau da masuk dalam bilik karaoke, selain dari melalak, posing-posing jangan lupa, semua memang kaki posing, boleh lah masuk close-up majalah pape nanti yea hehehe...
Ini lah Shariz. Memang handal menyanyi dia nihh.. apa lagu pun boleyy, balun je lah bro...
Yang berbaju merah nie namanya Midie.. Nie lah one of my friend yang hjiwang orangnya hehehe.. Jangan marah beb, tapi aku suka sikap optimis ko tuhh.. Will always support you okey.. Haaa dia nyanyi pun boleh tahan jugak tau. Cuma kadang-kadang malu nak tarik suara, tak tau la tengah sakit tekak ke atau saja simpan suara hehe...
Ni lak Sharol... He can sing very well. Serious sedap beb suara dia... Rupa-rupanya mamat ni pandai nyanyi selain pandai posing keh keh keh...
Sesi berduet pun ada jugak. Macam-macam lagu yang dinyanyikan. Me and my dear pun berduet jugak. Kitaorg nyanyi lagu Aku Cinta Aku Rindu by Ajai dan Nurul.
Begitulah sebahagian kisah santai kami the PPOC gengs. Selesai menyanyi, masing-masing kelaparan dan kami terus bergerak ke restoran berdekatan di Putrajaya. kalau tak silap nama tempat itu ialah Taman Anjung Warisan. Cantik jugak tempat tu, sorrylah kami tak sempat posing langsung sebab dah lapar sangat-sangat, masing-masing jadi pemburu tegar makanan ketika itu.. Hehe..
Kami bersurai kira-kira jam 9 malam. So apa perancangan seterusnya? Hopefully ada aktiviti lagi pada hari Khamis nie, sempena cuti Awal Muharram ni.. Hehe..
C ya!
No comments:
Post a Comment