Thursday, 15 November 2012

MOVIE SUMMARY : ISTANBUL AKU DATANG

Bertemu kita kembali dalam segmen mengomen sal filem.. Kali ini tentang filem Istanbul Aku Datang, sebuah filem hasil gandingan mantap Lisa Surihani, Beto dan Tomok. Kalau dilihat, hanya Lisa Surihani satu-satunya nama besar dalam filem ini. Tomok lebih menyerlah dalam dunia nyanyian manakala Beto lebih menyerlah dalam drama televisyen. As for me, tak kisah lah kalau orang lain memberi gambaran awal bahawa filem ini tidak akan meletup kerana tiada pelakon popular, namun pada aku, filem ini antara wajib tonton kerana aku sememangnya peminat setia Lisa Surihani yang sememangnya gorgeous and comel itu. And for me, filem ini sangat-sangat sweet jalan ceriteranya. Membuatkan aku tersenyum menonton lakonan mereka dan membuat ku terbuai dengan kenangan laluku juga.. Hehe, kalau dilihat, there are few similarities in their roles with my love story.. Nanti aku jelaskan kenapa ku rasakan ada sedikit persamaannya...


Kali ini kami bukan berdua sahaja. Sebaliknya rakan kami iaitu Afifi pun turut serta menonton filem ini. Sebab tu lah ada 3 tiket di sini.

Ok jom mulakan rumusan filem yang ku tonton kali ini. Mengisahkan tentang Dian (lakonan Lisa Surihani), seorang gadis jelita yang juga merupakan seorang blogger yang datang ke Istanbul untuk bertemu dengan kekasih hatinya, Azad (lakonan Tomok) dengan sebuah harapan bahawa kekasihnya akan melamarnya secepat mungkin. Dian sentiasa menulis cetusan hati dan aktiviti sehariannya di dalam blognya. (So, sama cam aku kan? Itu persamaan yang pertama...)

Setibanya di Istanbul, Dian tidak dijemput oleh kekasihnya. Alasannya sibuk dan tidak dapat dihubungi. Namun Dian berjaya bertemu juga dengan kekasihnya, and for the time being, dia tinggal di rumah sewa kekasihnya itu. namun terlalu banyak perubahan dalam diri kekasihnya iaitu Azad, antaranya tidak suka aksi romantis di khalayak ramai, kurang memberi tumpuan pada Dian dan sebagainya. Semua itu dirasai oleh Dian namun demi perancangan yang telah dirancang, dia membiarkannya sahaja. (Nie pun persamaan masa kisah lampau aku, my ex never bother about me, apapun tak boleh, mana leh manja2 sangat, malu katanya.. Huh!).

Dian rajin memasak sepanjang berada di rumah sewa Azad. Dia disukai teman-teman serumah Azad kerana mereka dapat merasa masakan Dian yang lazat. Namun tibalah satu saat dimana Azad akhirnya meminta Dian mencari rumah sewa lain dengan alasan adalah tidak manis unutk mereka tinggal bersama dalam sebuah rumah. Dian terpaksa menuruti kemahuan kekasihnya dan bermulalah episod mencari rumah sewa. pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi oleh Dian seorang diri, dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia, ada yang pengotor, ada yang suka bergaduh dan sebagainya. Dian hampir putus asa mencari rumah sewa, sehinggalah dia bertemu kembali dengan lelaki Turki yang menegurnya ketika dia baru sahaja tiba di Istanbul dan lelaki itulah yang mencarikan beliau rumah sewa.

Dian mendapat rumah sewa seperti yang dihajati, she is so happy woth the house. Tapi.. ada sesuatu berlaku selepas itu. Jeng Jeng Jeng... To her surprise, sebenarnya rumah itu turut didiami oleh lelaki lain iaitu Beto Khusyairi. Bermulalah pula episod pertengkaran mereka berdua berkenaan rumah tersebut. Mereka sama-sama mencari tuan rumah tersebut namun sayangnya tuan rumah telah ke Mesir untuk melawat anak perempuannya. Maka terpaksalah mereka berkongsi rumah tersebut, dan Dian pula terpaksa menipu kekasihnya bahawa dia tinggal bersama-sama seorang housemate wanita berbangsa Arab yang amat strict.

Pelbagai keletah pertengkaran berlaku diantara Dian dan Beto dalam filem ini. Mereka saling membencii diantara satu sama lain. Hinggalah tiba di satu waktu di mana Azad mahu datang mengejut ke rumah sewa Dian. Dian cuba menyembunyikan bukti bahawa dia tinggal bersama lelaki lain namun gagal. Azad muncul ketika salah seorang kawan lelaki pada Beto turut berada dalam rumah tersebut untuk menukar pakaian. Dan Beto juga muncul di rumah selepas itu. So pastinya korang leh agak apa yang berlakukan, mestilah bergaduh, mestilah Azad hilang kepercayaan pada Dian dan tidak mahu mendengar sebarang penjelasan dari Dian lagi. 

Dian berasa sungguh sedih kerana cintanya bakal hancur. Beto mula merasa kasihan pada Dian. Dalam pada masa yang sama, Dian juga perlu keluar dari rumah tersebut kerana tuan rumah telah mengembalikan wang Dian dan memohon maaf kerana Dian sebenarnya ditiipu oleh anak jirannya sendiri. Beto mempelawa untuk membantu Dian menjelaskan perkara sebenar pada Azad. Dian bersetuju dengan pelawaan Beto itu kerana dia sememangnya mengharapkan hubungan mereka kembali pulih.

Namun begitu, niat suci Beto tidak diterima oleh Azad langsung. malah Azad tegar menghina Dian seolah-olah Dian perempuan yang tidak bermaruah. Ada babak pergaduhan dan aksi tumbuk-menumbuk antara Beto dan Azad ketika ini. Dan lebih keji lagi, kekasih Azad yang bernama Melis turut muncul dan akhirnya Dian pula bergaduh dengan Melis. So sad, aku benci lelaki macam ini... Hancurnya hati Dian, Tuhan je yang tahu. Betto yang membantu mencucikan rambut Dian yang disimbah aiskrim oleh melis, dan Dian menangis sepuas-puasnya ketika itu, barangkali itu cara dia melepaskan perasaan kecewa yang bersarang dalam hatinya. (Ni pun cam kisah hidup aku juga, dulu lepas aku dihina disakiti oleh my ex, my sayang yg sekarang nie lah yang sembuhkan luka aku, pujuk aku dan buat apa yang termampu olehnya)

Dian akhirnya bertekad untuk pulang ke Malaysia. Padanya, istanbul tidak sesuai buatnya. Beto sedih dan cuba untuk menghiburkan hati Dian. Beto memohon untuk membawa Dian berjalan ronda-ronda Istanbul sebelum keberangkatan Dian keesokan harinya. So, they went for a walk. I can see that they are having a good time together. Pastinya antara Dian dan beto telah terbit rasa di hati mereka namun masing-masing tidak terluahkannya. Beto banyak memberi nasihat (ayat power tuhh) pada Dian. (Ni lagi similarities dengan kisahku. Dulu my sayang nie lah yang sentiasa memberi aku semangat untuk aku melupakan segalanya :-))

Selepas mereka pulang dari berjalan-jalan, Azad sedang menunggu Dian dihadapan rumahnya. Dan disitulah Azad melamar Dian, Azad juga sanggup emninggalkan pengajiannya di Istanbul dan mahu pulang ke Malaysia bersama-sama Dian. Alasan Azad is dia sunyi selama ini, thats why dia bersama Melis.. Wallaweii lelaki kalau bagi alasan memang secukup rasa sesuka hati dia je kan? Just sebab sunyi, then you can find for another girl? Dan pada detik ini, Dian menerima kembali lamaran cinta Azad. And she accept the ring. Poor Beto..

Dan Beto kecewa.... Namun dia pasrah...

hari yang dinantikan tiba jua. Dian perlu bertolak ke lapangan terbang, Azad sudah menunggunya dibawah. Dian mencari Beto, namun Beto tidak membuka pintu biliknya. perasaan Dian amat berat ketika mahu melangkah keluar dari rumah tersebut. Beto keluar dari biliknya ketika Dian telah keluar rumah, dan akhirnya Beto membuat keputusan drastik untuk menghalang pemergian Dian. Dian masih dibawah, sedang memasukkan barang-barangnya ke dalam teksi...

Yesss... Beto yang dinanti Dian muncul jua. Menghalang Dian dari pergi.

Yang sweetnya is when Beto merayu agar Dian tidak pergi dan memohon peluang ini, manakala Azad merayu diberi peluang kedua. Beto pula tidak mahu sebarang peluang kedua kerana dia mahu menggunakan satu-satunya peluang yang dia ada ini untuk Dian...

So.. suspens tak? Siapakah pilihan Dian akhirnya????




Ini cerita 2 tahun lepas. Dan kini setelah 2 tahun berlalu, 'mereka' kembali lagi ke bumi Istanbul. Kali ini untuk merakamkan foto pre-wedding mereka. Siapa? Pastinya Dian dan Beto lah. Sweet kan? A very good and happy ending indeed. Suka sangat2 dengan ending mcm nie...



Begitulah yea, our movie summary untuk kali ini. memang ada sedikit yang mengena juga dengan jalan hidup aku, and I hope my story will end exactly cam kisah Dian dan Beto juga. Insyaallah. Happy ending... Bila tengok movie nie, tiba-tiba aku teringin pulak nak menjejakkan kaki ke Istanbul, perhaps for a honeymoon after our wedding nanti, Insyaallah, korang doa-doakan lah yea. I wanna be a beautiful girl who live in her own dream, who makes it reality, this is not a fairy-tale story, this is a reality... 

Apa-apapun, aku nak bagi 5 bintang pada movie Istanbul.. Aku Datang ini.. Wah dapat 5 star ek, bukan senang nak dapat 5 star... But they deserve it.. Thumbs up! Hope leh menonton lagi aksi-aksi Lisa Surihani dalam filem-filem yang lain pula. Coz I really admire her talent, her commitment and her personality.

Okey tu saje... Jumpa lagi kawan-kawan semua.. Daaaa....





No comments:

Post a Comment