Friday, 30 November 2012

MOVIE SUMMARY : LAGENDA BUDAK SETAN 2


Hari nie mood aku lebih terarah untuk buat rumusan tentang cerita Lagenda Budak Setan 2 yang aku tonton malam tadi. Okey are you ready guys? Meh baca apa aku nak tulis nie tau...

LBS 2 kali ini adalah sambungan dari bahagian pertama dahulu. Setelah Kasyah kehilangan Ayu yang mati bersalin, Kasyah meneruskan kehidupannya sebagai seorang duda yang membesarkan anaknya sambil dibantu oleh pembantu rumahnya apabila Kasyah keluar bekerja. Manakala Katerina pula terusan berkurung kerana kecewa namun akhirnya Katerina bangkit semula dengan imej baru setelah dinasihati ibunya.

Nak dijadikan cerita, ketika Katerina kembali semula ke pejabatnya, Katerina yang ketika itu perlu mengahdiri temujanji dengan klien menghadapi masalah kerosakan kereta, lalu dia terpaksa menggunakan perkhidmatan awam untuk tiba di tempat yang dijanjikan. Kasyah juga berada dalam tren yang sama sambil membawa anaknya iaitu Atirah. Suara tangisan Atirah dalam tren itu menarik perhatian Katerina dan akhirnya mereka bertemu kembali.

So faham-faham lah kan kalau dah bertemu kembali tu.. Mesti la berbual mesra, keluar jalan-jalan and etc. Part yang pelik, mula-mula Kasyah cuma bawa Athirah bersama beg bayi je, tiba-tiba masa dorang dating lepas pertemuan itu, dah ada stroller pulak. Huhu.. bru beli kot. Di mana logika di situ huhu...

Maka hubungan Kasyah dan Katerina bertambah rapat selepas ini. Katerina sebenarnya masih diganggu oleh bekas kekasihnya iaitu Hisyam. Berbagai cara dilakukan Hisyam untuk memenangi hati Katerina semula. Hisyam lelaki yang kasar sebenarnya. Memang menjadi lakonan Bront Palaree kali ini.

Kasyah dan Katerina bercadang untuk berkahwin lalu Kasyah telah melamar Katerina. Pada awalnya ibu Katerina membantah kerana pada dia Kasyah pernah melukakan anaknya. Namun ayah Katerina menerima lamaran tersebut dan meletakkan syarat bahawa mereka akan berkahwin 3 tahun lagi untuk masing-masing mempersiapkan diri sebelum bergelar suami isteri.

Kasyah diterima bekerja di syarikat keluarga Katerina, manakala Katerina dihantar ke Afrika Syarikat untuk menguruskan urusan syarikat mereka. Ketika inilah Kasyah digoda oleh Zahirah, setiausaha syarikat tersebut. Kasyah menolak dan sememangnya ketara penolakan Kasyah tersebut. Ada yang memerhati dan mengambil gambar mereka dan video mereka berdua. Katerina kembali ke tanahair seketika atas permintaan bapanya dan hurmm rasanya korang boleh agak kan, mesti lah dah ada yang sebarkan photo dan video Kasyah itu. Awalnya Katerina enggan percaya namun setelah melihat video tersebut, Katerina terpaksa akur dan amat kecewa dengan tindakan Kasyah.

Mereka bertengkar, Kasyah tiada peluang untuk menjelaskan segalanya. Katerina memilih untuk mengahwini Hisyam, namun ada syarat dalam perkahwinan tersebut. Katerina enggan disentuh oleh Hisyam.

Katerina sebenarnya akhirnya terserempak dengan Zahira yang telah berhenti kerja. Zahirah takut melihat Katerina dan cuba melarikan diri. Namun gagal. Zahirah sebenarnya rasa bersalah dan memberitahu bahawa Kasyah tidak bersalah, semua ini dirancang oleh bapa Katerina yang telah memberi habuan besar buat Zahirah. Katerina amat marah dengan bapanya dan mencari Kasyah semula.

Kasyah ketika ini sedang dalam kesedihan kerana Atirah sakit. Mereka kembali rapat. Sebelum Atirah dimasukkan ke hospital, Kasyah telah bertengkar dengan abangnya yang merupakan seorang penagih dadah. Abang Kasyah iaitu iskandar kini telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan dia telah meninggalkan seorang perempuan mengandung di rumah Kasyah, maka Kasyah perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan perempuan itu bersalin dengan selamat.

Keadaan Atirah semakin lemah dan akhirnya Atirah meninggal dunia. Kasyah terlalu kecewa. Dia menganggap bahawa dirinya membuat semua yang rapat dengannya meninggalkan dunia ini. Katerina terusan memberi semangat buat Kasyah dan Katerina juga bercadang untuk bercerai memandangkan Hisyam juga telah sewel akibat erlalu kecewa kerana gagal memiliki cinta Katerina.

Begitulah sinopsis untuk LBS 2 ini. pada penilaian aku, best la jugak but tak sehebat LBS 1. LBS 1 lebih banyak emosi dan menyentuh hati berbanding LBS 2.. Ke aku yang hati batu? Ini penilaian aku sahaja... Maybe sebab aku peminat setia Lisa Surihani kot. Aura Lisa nie lain sket.. But.. oppsss ada surprise tuk para peminat Lisa Surihani. Ada babak kemunculan Lisa, iaitu ketika Katerina bermalam di rumah ibu Ayu, dan Katerina memakai pakaian Ayu, maka disitulah jelmaan Ayu (Lisa Surihani) muncul. kasyah seolah-olah melihat Ayu ketika itu. begitu juga ketika Kasyah tertidur dan Atirah menangis di sisi Kasyah, Ayu (Lisa Surihani) muncul lagi. Ho Ho... terubatlah rindu pada Lisa Surihani....

So that's the summary. Korang tengok lah k, filem ini sedang hangat di pawagam-pawagam berhampiran anda.

Yang pasti, setelah berakhirnya filem ini, ada trailer untuk LBS 3 yang akan ditayangkan tahun hadapan pula. Wah best lah.. Kelihatan LBS 3 agak menarik juga, yea lah part terakhir kan, mestilah hebat, nampaknya dugaan hidup Kasyah tidak berakhir. 

Okey kawan-kawan, memandang esok weekend, so take your time untuk menonton filem ini yea. Selamat menonton semuanya. Peace!



2 comments:

  1. nice sumary..xyah g tgk wyag dah..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe confdeb tenkiu.. eh jgn la smpi x g tgk wayang, kalau x tgk, feel nyer xde.... and ada jugak part yang i x story dgn betul2 kan... :-)

    ReplyDelete