Thursday, 18 October 2012

VARIASI Cetusan Perasaan.

Assalamualaikum...

Pada entri kali ini, aku ingin meluahkan seberapa banyak yang sedang aku rasai dan lalui dalam tempoh seminggu ini. Haaa itulah yang dinamakan 'Variasi Cetusan Perasaan'. Kiranya minggu kali ini boleh diibaratkan minggu yang penuh episod emosinya yang pelbagai. So let me jot down semua jenis-jenis rasa yang sedang aku alami dalam tempoh terdekat ini.

1) EXCITED
Yeahh aku sedang excited sekarang nie. teruja pun iye jugak.. By this entry being posted, untuk pengetahuan korang, tinggal sehari je lagi untuk birthday si dia. Haha.. Aku lum buat apa2 persiapan lagi nie, tapi itu tak yah risau, do trust me, I am a last minute person, esok aku akan masuk semua kedai kat KLCC tu untuk selesaikan urusan pembelian hadiah harijadi si dia. Yes, I am totally busy tomorrow. Busy nyopping hadiah hari jadi si dia. Tapi dalam masa sama, aku excited sangat tentang his birthday.. Wah, tak sabarnya nak tunggu apabila tepat detik 12 tgh malam, I wanna give him a hug, a kiss, and of course lah a Happy Birthday wishes as well as the birthday gift. Hurmm tiba2 idea membuak2 nak buat something esok. Aku nak sorokkan hadiah dia and tinggalkan lots of notes with clues dekat kawasan sekitar kami ketika itu. Yeahh.. mesti best kan, mesti seronok tengok gelagat dia tercari-cari hadiahnya nanti, ooo so sweet, brilliant idea lah Nadia! See, I told u before, do trust on me, I am a last minute person who will come with brilliant ideas haha! This is awesome! And actually.. jeng jeng jeng.. aku tak boleh cerita kat sini, sebab aku takut manalah tahu tiba2 angin si dia nak baca blog nie, huh habis perancangan utama aku tuh.. aku leh cerita yang sampingan je hohoho.... yang sampingan pun nampak cam gempaq kan, apatah lagi plan utama yang bakal berlangsung esok... DAH LAMA KU PLAN TAU.. HAHA MINTAK2 BERJAYALAH DGN JAYANYA... Ohh ok.. I am over excited now. Serious tak sabar nak upload gambar kat Facebook dan kat Blog nie, upload aksinya yang meti comel je masatu kan... Ahh sweetnya.... Semoga segala yang dirancang berjalan lancar hendaknya. Amin Ya Rabbal Alamin.



2) GERAM + JEALOUS + MOOD MERAJUK
Haa tu dia.. 3 sekaligus. Sebab aku merasakan 3 rasa ini dalam satu situasi. Ini berkaitan abang aku yang kini berada diperantauan keranan tuntutan kerja. Korang mesti ingat kan, I do post about him dalam entri ku yang lepas. Aku dan si dia menghantarnya di KLIA ketika itu. Yeah he is save. Doing fine in Shanghai, cuma kurang sihat sedikit kerana dijangkiti flu dek cuaca yang amat sejuk di sana. Abang, ku doakan mu selamat dan sentiasa dibawah lindunganNya. So kenapa aku nak geram, jealous and ala-ala mood merajuk? Ye lah, abang langsung tak call aku yang dia dah selamat sampai di Shanghai. Masa kat airport, dia dah janji nak call. Ok. Itu aku tak kisah sangat sebenarnya. Aku faham dia ke sana atas tuntutan tugas, bukan untuk berfoya-foya. Kalau dia tak inform aku, dia akan inform kakak kesayanganku, iaitu Kak Zu. Itu dah cukup buat aku. Yang buat aku terkilan tu, abang inform semua perkembangan diri dia kat adik angkat baru dia. Ohh jealous menyengat-nyengat lah aku kan. Alasannya, kat Shanghai, x de link for Facebook, dan abang berSkype dengan 'adik baru' dia. Aku dengar hari-hari 'berSkype' each other. And 'adik baru' itu pun teramat-amat manja dengan abangku, fine.. Bukan aku nak halang pergaulan abang, up to him lah, tapi tak yah manja sangat lah beb. Sampai nak nangis2 masa abang beritahu yang abang akan ke oversea. Alahai, abang will be back in 1 week time right? Bukannya abang stay setahun kat oversea pun. Plus, sepanjang abang duduk Malaysia pun, mereka hanya pernah bertemu sekali je pun. Okey. Mungkin aku bukan gadis yang mudah emosi, aku bukan gadis cengeng, atau erti kata lain aku nie hati batu. Actually thats not me. Aku masih seorang insan yang ada hati dan perasaan, hati aku lembut bila aku sayangkan seseorang, aku hanya jadi sekeras-keras manusia bila aku dah terlalu terluka. Itulah aku. So, the fact is, aku sayang abang aku. I care on him. Tapi aku tahu, he is doing fine and he will always be fine. Itu gerak hati aku. Naluri seorang adik. Akan ada masanya aku akan bermanja dengan abang aku. Bak lirik lagu Fynn Jamal - Aku punya manja kau saja boleh rasa.. Yeah thats me. Tanyalah juga pada my sayang. So apa sekalipun, memang aku geram, jealous and merajuk. Aku geram sebab abang lambat kirim berita pada aku, my sayang and kakak aku. Aku jealous sebab mereka hari-hari 'berSkype', dan setelah 4 hari abang berada di perantauan, barulah pada hari ke-4 nie kami tahu yang abang tertinggal telefon bimbitnya di dalam pesawat. Kenapa abang tak bagitahu aku atau kakak? Kenapa hanya 'adik baru' abang je yang tahu semuanya? Dan ini membawa mood merajuk dalam diri aku. Abang dah lupa adik ke? Abang, adik pun ada Skype juga lah, bukan setakat Skype, adik ada Zello, Viber, WhatsApp, semua pun ada, you can add me kan abang...? Tak apalah.. SIAPALAH ADIK NIE... SIAPALAH KITA NIE... SIAPALAH KAMI NIE SEMUA NAK DIBANDINGKAN ORANG BARU... 

Tak apalah, aku tak salahkan abang pun. Cuma sedikit berkecil hati je. Aku tetap mendoakan keselamatan abang tak kira dimana jua abang berada. Mungkin adakala aku ni berperwatakan kasar, aku tak manja, tapi aku masih percaya yang abang lebih sayangkan aku lebih dari 'adik baru' tu. Sebab kakak aku pun bilang begitu padaku. Tak pe lah abang, adik tak pandai gedik-gedik manja, but I know you love me more, and you should know, I do care for you. Always and forever. Malas nak type panjang-panjang (padahal memang da panjang berjela pun..haha), aku pun pelik kenapa 'adik baru' tu manja sangat and nampak cam bangga sangat seolah-olah kini dia yang tahu segalanya tentang abang, tapi tak pe lah, tu soal perasaan dia, terpulang pada dia. I trust my brother very well.

3) BOSAN
Aku bosan sedikit lately nie sebab my sayang agak busy dengan karier dia. Now pagi-pagi dia dah pergi office, then pulang petang, malam sambung semula kerja. Kadang-kadang during weekend pun dia kena singgah office juga. Itu aku tak kisah. Yang aku bosan tu, time dating dengan aku pun dia sibuk main game je. Adeyaii makin teruk addicted dia nie terhadap game. Tapi tak pe lah, bila fikir-fikir semula, bair dia kemaruk main game dari dia main SMS dengan perempuan lain kan kan kan.. Tapi kalau cam nie punya gaya, memang tak jadi lah nak belikan gadget for his birthday, nanti makin teruk plak addicted pada game, cukup-cukuplah dengan Ipad tu yea sayang...

4) BAHAGIA
Walau apa pun, aku tetap bahagia. Yang itu pasti. Memang aku gembira dan bahagia sekarang nie. Kepala aku dah tak serabut lagi macam dulu. Now hati aku tenang je. Aku bahagia dengan my sayang, aku tenang bila di sisi beliau. Aku sentiasa rasa mahu kekal bersama dia hingga ke akhir hayat aku, Insyaallah. Mudah-mudahan ALLAH makbulkan permintaan ini. Aku juga gembira dengan kakak aku, abang aku, dan beberapa rakan-rakan rapat aku. Biarlah aku hilang kawan yang suka ambil kesempatan pada aku (my ex-housemate), dan beberapa lagi yang mengaku 'kakak' pada aku tapi dalam diam khianati aku, asalkan kini aku bebas dari masalah-masalah dan tidak sakit hati lagi. Aku gembira dengan kawan-kawan dari Proton Persona Owners Club yang sangat sporting and sekepala dengan aku. Dulu aku agak pendiam bila bersama mereka, tapi now aku dah jumpa yang sekepala dengan aku, so I am happy to be with them, itulah geng-geng aku. Aku juga gembira dengan rakan-rakan Facebook aku, there are few of them yang memang rapat walau kami belum berjumpa lagi, contohnya abang Mus dan abang Joll. Insyaallah nanti kita bertemu di Air Terjun kota Tinggi seperti yang dirancang sebelum ini. Telatah mereka sungguh menghiburkan hati.. So I just wanna say that I am HAPPY. Ibarat lirik lagu Melly Goeslow - Ku Bahagia.... Jom layan jap. 

Melly Goeslaw - Ku Bahagia Lirik 

Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indahku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Ku ingin nikmati
Segala jalan yang ada dihadapku
Kan kutanamkan cinta tuk kasihku
Agar ku bahagia


Ok thats all for today's entry. Jumpa lagi yeah.. Dengan cerita-cerita yang LAGI BESTTTTT...

#SEANDAINYA ADA YANG BACA BLOG NIE, AKU MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU ANDAI TULISAN AKU MENGGURIS RASA. INI LUAHAN HATI AKU, BUKAN SEMUA ORANG BOLEH FAHAM KENAPA TERJADINYA CETUSAN RASA INI. YANG NYATA AKU TIDAK SALAHKAN SESIAPA DAN AKU TIDAK MENGHALANG SEBARANG AKTIVITI DAN PERHUBUNGAN SESIAPA. CUMA SEDIKIT TERKILAN. MAAF SEKALI LAGI. YANG BURUK PASTINYA DARI AKU, YANG BAIK DARI ALLAH SWT#

No comments:

Post a Comment