Jom kita bicarakan topik di atas.. Antara kehendak diri, permintaan (dalam erti kata lain, nak manja la nie yea..), keinginan diri dan keikhlasan.. Semua elemen ini pastinya dan perlu ada dalam sebuah perhubungan cinta.So, mesti korang nak tahu, apa yang aku mahu cuba sampaikan kali ini.. Bagaimana keempat-empat elemen ini dapat dicampuradukkan atau dalam erti kata lain, bagaimana ia berhubung kait dalam sebuah perhubungan itu sendiri... Urmm sounds serious yeahh.. Hehe..
Okey... dalam sebuah perhubungan itu, tunjang utama adalah KEIKHLASAN. Kita harus ikhlas menerima pasangan kita seadanya. Segala kelebihan dan kekurangan dirinya haruslah kita terima seadanya. Itu barulah cinta namanya. Cinta yang IKHLAS dan SEJATI. Kalau kita hanya menyintai kelebihan yang ada pada dirinya, nescaya kita tidak akan dapat menerima keadaan buruk yang bakal berlaku pada hubungan kita. Lagipun, cinta itu bererti kesanggupan kita untuk susah dan senang berama hingga ke penghujung jalan cerita cinta itu. Itulah CINTA yang SEBENAR-BENARNYA.
Itu bab KEIKHLASAN. Now mari kita lihat pada sudut kehendak, permintaan dan keinginan sekaligus. Aku nak tanya korang, especially korang2 yang bercinta dan pernah bercinta, adakah korang berharap untuk mendapat sesuatu dari si dia? Contohnya teddy bear ke, baju ke and etc... Ye lah korang especially girls mesti selalu dan suka berbelanja buat si dia kan, so cam ne plak dengan pasangan korang, adakah dia pernah beri apa2 pada korang, sekurang-kurangnya on tarikh penting korang, contohnya birthday, annivessary and etc... Sekurang-kurangnya dalam setahun pasti ada hadiah istimewa buat korang kan... Harga tak penting, pada aku, kalau harga 50 sen pun but if ianya pemberian dari si dia, pasti korang akan hargainya sangat2 seolah-olah ia bernilai tinggi.. (untuk gadis yang tidak materialistik cam aku ler... ehehehehe..masuk bakul angkat lerr sdiri).
Itulah yang dinamakan KEHENDAK atau KEINGINAN.. Sama ada ia akan kekal sebagai impian dalam diri korang atau korang akan luahkan pada si dia.. KEHENDAK dan KEINGINAN akan sentiasa ada dalam diri kita, dan apabila kita luahkan akan apa yang kita mahukan, ia akan menjadi PERMINTAAN.
So yang mana satu korang? Korang akan beritahu si dia if you wanna something from him? Atau terus memendam rasa, dan sekadar memerhati teman-teman lain yang punya kekasih romantik dan suka memanja-manjakan temannya? Tapi pada pendapat aku, kita tak boleh lah terlalu meminta-minta pada si dia. Lebih2 lagi kalau belum kahwin nie. Kalau dah kahwin, hurmm as for me, aku memang tak reti nak minta-minta nie, biarlah aku sahaja yang berhabis untuk dia, namun bagi pihak aku, kalau dia mampu setia untuk aku seorang dan sentiasa disisi akus aat susah senangku, itu dah memadai. Memang adakala tercuit juga hati ini, adakala sampai berangan sendiri yang satu hari nanti dia akan hadiahkan aku sesuatu yang aku impikan but biarlah itu sekadar mimpi indah dalam hidup aku. Pada pendapat aku, CINTA dan KESETIAAN dia adalah yang paling utama dalam hidup aku, itulah bekalan hidup bahagia aku hingga ke akhirnya. Aku masih ada kerjaya dan duit untuk aku dapatkan apa yang aku inginkan... Insyaallah.
Tapi aku nak share hadiah yang pernah aku beri pada si dia. Nie masa birthday dia tahun lepas. Masa itu kami baru nak rapat. Hehe, aku lak memang jenis yang suka berhabis and aku mesti nak berikan yang terbaik, especially bila dah sayang. Comel tak hadiah nie... Teddy bear kecil, chocolate Ferrero Roche dan Love Notes. Ngeee...
Ini pula masa dia berjaya mendapat kerja di tempat baru. Congratulations sayang, U got a new job.. Hehe.. Ada Teddy Bear juga, photo frame kami berdua, chocolate Fererro Roche, Motivation Book dan Mug. Sebab tu aku kata, apa sahaja untuk si dia, aku tak kisah kalau aku tak dapat semua nie dari si dia, sebab pengorbanan dia pada aku selama ini dah terlalu besar, dan terlalu agung. Begitu sekali aku menilai apa yang telah dia lakukan buat aku sehingga aku nekad untuk tidak mengharap apa-apa material dari dia.
Lepas nie, kita tunggu apakah hadiah hari jadi untuk beliau pula yea.. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Can't wait for the moment... 4 days more to go... Hoyeyyy!!!
So, thats it.. Terpulang pada setiap individu untuk memilih apa yang diingini dalam perhubungan. Tepuk dada tanya hati anda sendiri.. apa yang korang pilih... Memilih untuk meminta-minta dan menuntut setiap hak dan, atau memilih untuk ikhlas dalam setiap perbuatan. Kalau ditilik tolak semula, CINTA itu perlukanKEIKHLASAN, so kita perlu sentiasa IKHLAS dalam setiap langkah kita.
Apapun, setiap perbuatan baik pasti ada ganjarannya. SABaR dan IKHLAS yang kita pegang pasti akan membuahkan hasil sama ada secara sedar atau tidak. Mudah-mudahan kita semua berjaya dalam [erhubungan masing-masing dengan cara kita sendiri. INSYA-ALLAH.
No comments:
Post a Comment