I am back... Seperti dijanjikan, mari..mari..mari... Aku nak ceritakan tentang movie Aku Terima Nikahnya yang telah aku tontoni petang semalam...
Sungguh bersemangat aku mahu menonton cerita ini... Pujukan terhadap si dia yang tersayang berjaya... So kami pun bercadang untuk menonton di Golden Screen Cinemas Midvalley Megamall. We had our lunch there dan terus bergegas ke GSC di tingkat atas. Ketika itu jam menunjukkan pukul 4 petang. Ramai betul orang di sana, kelihatan agak sesak juga. Barangkali juga sebab ketika ini terlalu banyak cerita sedang hangat dipertontonkan di pawagam-pawagam terdekat anda.. Plus its weekend...
To my surprise, tiket untuk tayangan filem Aku Terima Nikahnya habis dijual... Untuk jam 5.30 petang.. hurmm... nak kena tunggu for the next screening time iaitu pukul 8 malam nanti.. Itupun dikategorikan as Selling Fast. Hurmm, pukul 8 malam pula kami dah ada program lain.... So my sayang mencadangkan agar kita bergegas ke TGV KLCC dan try tengok screening time di sana pula.. Thank You Dear sebab sungguh memahami... Kami bergegas ke KLCC, and here we go... Tiket dah dapat pun...... Yeyyyy.. Let's watch the movie..
Okey.. lets review tentang keseluruhan cerita ini... Berkisarkan kisah percintaan pandang pertama antara Alissa dan Johan yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Mereka hidup bahagia, mmg sangat-sangat 'loving couple'... Sampai aku asyik nak tersenyum-senyum je melihat gelagat percintaan mereka.. Kadang2 tu ada jugak part2 kisah percintaan mereka tu seolah-olah sama dengan kisah aku dan si dia.. Contohnya makanan kesukaan Johan is lempeng with sambal tumis.. Alahai tersenyum-senyum lah my sayang kat sebelah tu... And sikap Alissa yang menyuruh Johan order kan makanan untuk nya, ceh mcm aku selalu buat je.. hehehehe...
"Kalau kita rasakan apa yang kita rasa, kita akan dapat rasa apa yang kita rasa"
Salah satu petikan ayat yang dilontarkan oleh Johan (lakonan Adi Putra) buat Alissa (lakonan Nora Danish). Ayat inilah yang menyatukan kembali mereka berdua setelah melalui dugaan apabila Johan hilang ingatan setelah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang menyaksikan beliau hanya mampu mengingati peristiwa ynag berlaku sebelum beliau mengenali isterinya, Alissa.
Dek kemalangan tersebut juga, Alissa semakin terseksa untuk mengembalikan ingatan Johan. Pelbagai usaha telah dilakukannya untuk mengembalikan ingatan Johan terhadap dirinya. Alissa memasak masakan kegemaran Johan sebelum ini, ALissa juga membawa Johan ke tempat Johan melamar beliau sebelum ini, namun semuanya hampa. Johan semakin rimas dan benci pada Alissa. Hal ini kerana Johan rasa tertekan kerana kegagalannya untuk mengingati siapakah Alissa yang sebenarnya. Johan juga lebih selesa bersama teman baik Alissa dan ini mengundang cemburu di hati Alissa yang semakin hari semakin tertekan dengan situasi yang menimpa kehidupan mereka berdua. Namun satu yang aku tabik tentang Alissa ialah kerana cintanya yang kuat buat si suami. Dia tetap setia buat si suami walaupun si suami langsung tidak ingat padanya. Malah suaminya Johan bercadang mahu melepaskan Alissa namun niat tersebut dihalang oleh ibu bapa Johan sendiri.
Keadaan semakin meruncing melanda hubungan mereka apabila teman baik Alissa tiba di rumah ketika hanya Johan yang berada di rumah tersebut. Kebetulan Johan sakit kepala dan mahukan ubat, lalu teman baik Alissa memberikan ubat. Alissa pula tiba di rumah ketika itu. Keadaan mereka yang agak rapat ketika itu membuatkan ALissa naik angin dan menghalau teman baiknya, malah Alissa akhirnya memohon untuk dilepaskan. Alissa seolah-olah putus asa setelah menyaksikan aksi antara Johan bersama perempuan lain itu.
Disaat Alissa sedang bermuram durja memikirkan masalah rumahtangganya dan berjauhan dengan Johan, barulah Johan kembali sedar dengan apa yang berlaku. Beliau kembali mengingati segala peristiwa silamnya bersama Alissa.
So dah tentu korang boleh agak apa endingnya kan? Yeahh its a happy ending story... Cinta mereka kembali bertaut, so memang happy lah menonton cerita ini....
Seperti tagline mereka sebelum ini.... "Kalau kita rasakan apa yang kita rasa, kita akan dapat rasa apa yang kita rasa". Ayat yang disebut Johan ketika mereka sedang bahagia diulit cinta, dan ayat ini jugalah yang Johan lafazkan sekali lagi apabila mereka kembali bertemu dan bersama semula...
Aku bagi 4 bintang untuk cerita ini. Pertama, sebab ia filem keluaran kita. Sokonglah industri perfileman negara kita kan... Kedua, kerana cerita ini mampu membuai emosi kita apabila menontonnya. Ada emosi bahagia, ada unsur humor, dan ada rasa sedih.(Pendapat aku larr... tak tahu lah pendapat orang lain mcm mana pula)...
#Yang penting aku dah dapat tonton filem ini.. Anda bila lagi?#
No comments:
Post a Comment