Monday, 1 October 2012

Rasa Tak Dihargai... Salahkah RASA ini?

I am back... perasaan kemaruk berblogging menjelma... Kebetulan terlalu banyak yang ingin diluahkan dan dikongsikan disini...

Entah lah.. Tetiba rasa mcm tak dihargai sangat2.. After you have done all your effort to satisfy his needs...

Tadi siang beria sangat tanya, masak apa... Orang dah penat2 masak, last2 dia g makan kat luar dengan kawan-kawan.. Aku bukan lah nak blaim kawan-kawan dia yang call dia last minute tu.. kebetulan je dorang call kan... But kalau dah rasa tak dihargai tuhhh, apa2 je boleh menjelma dalam kepala nie... 

Dan akhirnya lauk itu kini menjadi penghuni peti ais.. Menunggu untuk dipanaskan esok... Sadis kan... Bila apa yang anda buat untuk yang tersayang langsung tidak dihargai... Aku yang kelaparan menanti dia (niat hati nak makan sama-sama) akhirnya makan sendirian.. Kalau ku tahu, baik ku melantak cukup2 petang tadi, utamakan perut ini... Tapi demi cinta, aku persetankan rasa lapar... Aku kena tunggu dia... And endingnya, nie yang aku dapat...

Saya sangat2 KECEWA ketika ini.... 

Dan adakah aku kelihatan tidak ikhlas bila aku luahkan perasaan begini? Bukan tidak ikhlas, jangan cuba memutarbelitkan keadaan... Ini sekadar perasaan dalam hati..Sesiapa pun akan rasa begini bila segala usaha tidak menjadi.. kecewa.. Tapi dalam rasa kecewa itu, aku masih mahu melakukan perkara yang sama untuk esok dan hari-hari yang berikutnya.. Biarlah berpuluh kali ia berulang sekalipun, aku tetap seperti sekarang.. Setia melayani dan menjalankan tanggungjawab aku....

Semuanya sebab dia... kerana CINTA ini.. Adakala kita tidak boleh terlalu idealistik.. segala rasa yang manis dan pahit itulah rencah kehidupan ini... Untuk kita kenang di suatu waktu nanti... Itu pun jika diberi kesempatan untuk mengenang....

Akan begitu, luahan untuk malam ini, aku tetap merasakan yang aku kelihatan BODOH dan HODOH dengan situasi yang berlaku ini.. Tapi ini akan jadi secebis KENANGAN buat aku.. yang mungkin akan mematangkan aku lagi sedikit masa nanti.. Mungkin lepas ini aku akan TERSENYUM dengan gelagat EMOSI aku ini.. kerana semua ini adalah PENGALAMAN... dan MEMORI... sama ada ia kelihatan gedik atau mengada atau manja atau tak relevan, itulah proses yang perlu dilalui dalam sebuah perhubungan...

AKU TETAP CINTA KAMU, NOR AZMAN BIN SULAIMAN.... SELAMANYA.. BIAR APAPUN KARENAH AKU SELAMA INI, CINTA DAN HATI AKU HANYA MILIK KAMU... KAMU YANG BERNAMA NOR AZMAN BIN SULAIMAN... :-)



No comments:

Post a Comment