Friday, 12 October 2012

KISAH RAKYAT MALAYSIA...

Assalamualaikum.. Salam Pagi Jumaat yang indah...

Pada entri kali ini aku nak membincangkan tentang secara umumnya sikap rakyat Malaysia yang agak mementingkan diri sendiri.. Kenapa aku berkata demikian? Semua ini berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui sendiri selama ini.... Especially sepanjang aku berada di Kuala Lumpur nie. Dulu masa di Johor Bahru, aku tak pula berapa perasan tentang sikap sebegini.. Mungkin JB belum ramai manusia yang mementingkan diri sendiri kot haha...

Disini ada beberapa senario yang telah aku perhatikan dan lalui sendiri.....

1) DALAM LRT
- Aku sentiasa perhatikan sikap orang-orang kita dalam LRT nie.. kadang2 tempat duduk yang di sediakan is for pregnant ladies only, atau warga tua, sah-sah ada kenyataan di cermin LRT itu, tetapi yang memenuhi tempat duduk LRT tersebut is anak-anak muda, yang warga tua pula berdiri dalam LRT, terhuyung hayang memegang besi untuk berpaut... So selfish kan? korang yang muda boleh suka2 duduk and sambil surfing internet kat smartphone masing-masing.... Tak malu ke dengan para pelancong yang turut sama berada dalam kenderaan awam tersebut? No sivic at all... 

2) DI FOOD COURT
- Ini berlaku ketika aku di KLCC. Kalian pasti tahu Signatures, Level 2. Ketika itu jam 12 petang. Well, its a peak time sebab pada masa ini lah semua akan bertumpu ke food court ini untuk menjamu selera. Para pekerja di sekitar KLCC terutamanya akan membanjiri kawasan ini. So, memang full house lah, memang susah lah nak dapat tempat duduk kosong... Apa yang aku nampak di sini? Ada 1 table kosong di sebelah table yang diduduki oleh 2 orang gadis yang sedang enak menjamu selera.... Tapi, di table kosong itu ada handphone and wallet 2 gadis tersebut... Hurmm wondering if diaorang copkan meja tu untuk kawan-kawan mereka yang mungkin akan join them for lunch seketika nanti... Seorang lelaki warga asing yangs edang membawa makanannya datang ke araha gadis tersebut, dan aku mengerrti apa yang di tanyakannya.. Dia pastinya bertanya akan meja kosong tersebut.. is it occupied by any of their friends or not.. Gadis itu menyatakan bahawa tempat itu untuk rakannya yang akan datang sebentar lagi... Okey.. Simple. Lelaki itu pun berlalu pergi... 

Dan.. sehinggalah ke akhirnya, tiada siapap pun yang datang makan di meja tersebut. Tiada pun kawan2 gadis tersebut.. hinggalah mereka telah habis makan, mereka pun bangun dari tempat duduk dan berlalu begitu sahaja... SO SELFISH RIGHT? Tak kan lah gadjet-gadjet tu tak boleh diletak dalam poket or handbag or letak atas meja makan mereka itu sahaja? Bila orang bertanyakan tentang kekosongan meja tersebut, mereka menipu dgn mengatakan ada orang akan duduk di situ... Sekali lagi aku geleng kepala melihat ragam mereka.. barangkali ada yang akan komen, maybe kawan dia ada sms and tak dapat join mereka.. Sorry, aku dah lama perhatikan meraka, mereka langsung tak sentuh handfon mereka yang mereka letak di meja kosong itu... Wahhh sungguh stalker aku pada hari itu yea.. whoa hahahaha! 

Pada 2 gadis tersebut, hope one day anda belajarlah menghormati hak orang lain juga ya... kalau nak conquer semua meja, sila makan di rumah sahaja okeyyy....

3) DI PERHENTIAN TEKSI
- Pemandu teksi dan penumpang sama sahaja.. Kenapa aku berkata demikian? Let's read this...

Di sesetengah tempat seperti Midvalley dan sebagainya, there will always a long queue at the taxi stand... Dan ada sesetengah penumpang yang jump the queue, alasannya nak cepat and etc.. Hello, can't u think, yang berbaris-baris panjang sampai lenguh kaki tu pun mungkin ada hal juga, barangkali hal nya lebih penting dari anda but still have to queue untuk dapatkan teksi. And kamu senang-senang potong barisan... Hadeyaiii.. memang sakit hati sangat-sangat dengan manusia tak bermoral sebegini.. Kalau nak hidup pentingkan diri sendiri je, its better kamu duduk dalam hutan je.. Tolong lah faham, semua orang pun nak cepat, semua orang ada hal masing-masing.. belajarlah menghormati sesama kita walau kita tak saling mengenali.

Tentang pemandu teksi pula... Aku faham jalan di KL nie memang sentiasa jem... nama pun KL... kota metropolitan... I think that is common sense.. Semua orang pun tahu. Semua orang pun faham. Ada sesetengah pemandu teksi yang amat berkira.. Ada sesetengah tempat, dia refuse mahu hantar. Then soalan aku yang simple, kenapa mahu jadi pemandu teksi? Kami pun bukannya nak naik secara FREE.... WE PAY YOU....

Entah lah.. aku pun tak faham.. Diharapkan satu hari nanti gejala selfish seperti ini dapat dikurangkan hendaknya... Mungkin perlu lebih banyak pendekatan tentang kesedaran sivik dikalangan semua.. Bukan sekadar diterapkan pada kanak-kanak sahaja, malah yang dewasa pun perlu di didik tentang kesedaran sivik ini.. Sebab apa yang aku lihat, yang kurang ajar nowadays is the adults...

MAAF kalau ada yang terasa dengan cerita ini.. Aku sekadar menulis apa yang aku rasa dan ingin aku kongsikan... Peace yaww! 


No comments:

Post a Comment