Monday, 22 October 2012

Another Day To Remember : Bukit Broga

Inilah aktiviti yang telah ku janjikan untuk ceritakan pada semua yang membaca.. Panjat Bukit Broga! Hoyeyyy! Aktiviti with Proton Persona Owners Club (PPOC).

Kami berkumpul di Zoe Zen kira-kira jam 2 pagi.. Menantikan kehadiran semua yang terlibat. Mula bergerak sekitar jam 3.30 pagi, but masa tu only few cars yang pergi sebab kami akan menunggu di Petronas Kajang pula.. Tah ye ke tak nama pit stop nie, aku pun tak tahu hahahaha... Semasa kami dalam perjalanan ke hentian tersebut, ada la sorang Mat Rempit ni, nak tunjuk lagak di highway, dia berdiri sambil membawa motorsikal. Nak dijadikan cerita, dia gagal kawal motornya dan motor beliau terlepas dari kawalan dan terus melantun ke bahagian kanan jalan, dia pula terjatuh terguling-guling di jalan raya. Mujur tiada kenderaan melanggar beliau, dan kereta kami semua pun sempat mengelak walau masing-masing sedang memecut laju ketika itu.. Heii seram tul lah, semoga ia memberi pengajaran buat penunggang motorsikal tersebut, lain kali jangan nak eksyen sangat lah yea.... Kalau kena lenyek tadi, tahu plak family ko nak saman orang lah itu lah, padahal ko yang wat salah...

Ketibaan kenderaan-kenderaan lain sekitar 4.30 pagi dan selepas itu barulah kami meneruskan perjalanan ke Bukit Broga di Semenyih, Kajang. Actually this is my second trip to Bukit Broga, tahun lepas da sampai puncak dah, but tahun nie lagi happening sebab pergi ramai-ramai... Yang pastinya ditemani kekasih hati yang tersayang...

We reached there around 5 in the morning... So cam biasa, pendakian pun dimulakan.. Tapi sebelum tu stretching la dulu yea....


Muka ceria nak daki Bukit Broga.. Peace dulu....

Jom mulakan pendakian kita....



Pendakian pun bermula... Masa nie lah sesuatu terjadi... Mak aiii..penat nyerrr... aku siap leh rasa nak giveup... Cam pelik pun ada... Tahun lepas when I was here, aku boleh je daki, tak lah sepenat ini.. Ooo tidakkkk.. ini menandakan, badan da naik gler2 nie wehh... nak kena diet, what happen to my stamina??? Mula lah hati panasss semacam...  HOT HOT dah nie... adeiii.. Abang-abang PPOC yang berpengalaman pula sibuk beri semangat, tapi aku pun rasa tak nak menyusahkan dorang, yea lah x pasal2 nanti dorang kena tunngu sampai aku recover... So I made up my mind, aku suruh dorang naik dulu, let me stay with my sayang dulu... Biar kami naik sama-sama perlahan-lahan.. INI BUKAN ALASAN UNTUK DATING OKEYY.. aku tak nak orang cakap aku nak berkepit jehh...

Kami meneruskan pendakian perlahan-lahan. Aku pun risau juga dengan kaki my sayang sorang tuhh, takut dia sakit je, yealah, dalam kaki dia tu ada besi, kesan accident dua tahun lepas... Apapun kesanggupan dia menjaga aku sepanjang pendakian tersebut amat aku hargai. Kepala aku masih pening dan aku terasa mahu muntah. Mengikut kata-kata sidia, kalau aku muntah, bererti stamina dah tiada dan dia pun risau if aku rebah. Tapi aku memang dah tak mampu bertahan lagi, mcm banyak sangat angin je dalam badan nie... Last2 aku muntah jugak.... Huhu...

Tapi.... lepas muntah tu baru aku rasa ok... Badan rasa ringan, hilang segala pitam semua... Huyoyhh.. So.. I am back... Aku da kembali bersemangat untuk mendaki.. Hoyeyy.. so sambil mendaki, sambil snap pic... pemandangan pagi di Broga Hills memang sangat cantik...


Posing tetap posing walaupun penat and sakit tadi.. Ni muka baru lepas lega sebab badan da ringan semula...TQ sayang sebab entertain me yang hampir give up tadi... But aku xnak give up, satu je yang aku fikirkan, tahun lepas dah sampai sini, tak kan this year pancit habisss.. NO NO NO...



Masa nie masih awal pagi lagi... Nice shoot rite? kaler biru dia tuhh, skali pandang da mcm painting plak...



Ni sebahagian PPOC team yang kami jumpa tgh berehat-rehat juga, da kena tinggal gak la tuhh hehe....



Sebahagian lagi pemandangan yang sempat kami snap with our pinky camera. Canti kan? Perhatikan perubahan setiap suasana pagi tersebut... Best juga bila mendaki secara slow-slow nie.. Lebih menghayati keindahan alam.... Tapi pada saat ini, kaki si dia da mula sakit. Dia dah tak larat. Aku pulak makin bersemangat nak ke puncak. For me, sampai ke stage 1 (puncak pertama) pun jadi lah. Untuk pengetahuan semua, Bukit Broga nie ada 3 puncak.

Tapi my sayang da tak larat sangat. yea lah kaki dia tu. So dia beri keizinan untuk aku mendaki sendirian, dia akan tunggu aku di pit stop tempat dia menunggu ketika itu... Okey.. Maybe dia pun faham yang aku sangat-sangat mahu snap pic sekitar puncak Broga Hills. Thank You dear for your understanding. Sebenarnya kesian dia sebab tak dapat naik ke puncak, tapi katanya, tunggu dia fit semula, then we will climb again together.. I am ok with it, yess pas nie kita mendaki berdua pula yea...


 Dah nak sampai puncak pertama....


 Dah sampai... Now jom kita ke Stage 2 pulak...


Masa nie kalau tak silap, aku dah sampai ke Stage 2 and memang sengaja pun capture pic kasut nie... Hahaha... Just nak bgtau, nie lah my NIKE Pink & Black yang dah banyak berjasa pada aku....




 Aku membuat keputusan untuk turun selepas selamat sampai ke puncak kedua (2nd STAGE). Tak pelah, tak yah lah naik puncak ke-3 tuhh.. nie da kira sampai puncak, and aku amat berpuas hati. Lagipun kesian si dia, kena tunggu lama. So tak dapatlah aku bertemu PPOC team yang dah sampai ke puncak, tak dapat la sesi fotografi dengan dorang but its okay lah, yang oenting aku dah sampai ke puncak juga, tapi sebab aku naik sensorang, so x de la pic aku kan, tak pe, banyak masa lagi, we will be here again...

Yang penting lepas turun, aku berjaya menemui my dear yang sabar menantiku. Rindu eh sayang sebab budak becok nie x de.. Masa ku tgh turun bukit, kelihatan dia sentiasa menjengah-jengah keadaan, rindu la tuhh sebab lama sgt ku kat puncak.. hehe.. I am back la syg.... Kami terus turun ke bawah selepas itu...


Muka my dear... Kepenatan sudah... Masa ni kami da selamat sampai bawah... Apapun next time mahu pergi lagi.. Maybe akan bawa sekali kawan2 lain.. cam abg Mus, abg Joll, Kak Zu, abgku and Sha... Lepas tu pekena air kelapa kan.. Fuhhh... 

Macam biasa, PPOC Team akan berkonvoi pulang.. Jom singgah sarapan dulu sebelum masing-masing pulang ke teratak masing-masing.. 




So begitulah al kisah nya tentang our trip to Broga Hills.. Happy and best walau sangat-sangat memenatkan.. Dah lah 2 hari 1 malam tak tido, maybe sebab tu badan kurang fit and hampir give up pada awalnya.. Plan seterusnya is to go here with our friends pulak, so kalau boleh nak cukup tidur cukup semuanya, biar betul-betul fit.. Apa-apapun we are happy to be here....


Peace Yaw! Lepas ni banyak lagi destinasi dan aktiviti yang akan dikongsikan lagi di sini... Ohh what a beautiful life... :-)




No comments:

Post a Comment