Yess.. Aku Benci MAT REMPIT. Disebabkan ini blog aku, maka ikut suka hati aku lah nak menamakan mereka as 'sampah' sekalipun. Ada ke Mat Rempit yang baca blog ini? Ada? Marah? I dun care as I have my own reason to express these feelings to them.
Memang dari dulu lagi aku merasakan yang mereka ini memang menyusahkan. Nak tahu kenapa? jom baca secebis kisah aku bersama dengan mereka...
Sebelum ini aku pernah menceritakan tentang seorang Mat Rempit yang terjatuh di lebuh raya (mujur tiada kemalangan berlaku ketika itu) dek mahu menunjukkan aksi terlampau ketika menunggang motorsikal. Itu salah satu penyebab aku mengatakan bahawa mereka ini ZERO dan NOTHING. SAMPAH. Jika dalam filem Adnan Sempit ada mengatakan bahawa Mat Rempit ni ibarat 'sampah', memang aku bersetuju 100%.
Kisah kedua berlaku malam tadi, ketika aku dalam perjalanan pulang dari Melaka. Disebabkan mereka inilah, maka aku mendapat idea untuk bercerita tentang mereka.. Malam semalam, ketika aku dan si dia dalam perjalanan pulang dari Melaka, ada sekumpulan Mat Rempit yang memecut laju di lebuh raya yang sama, dan apa yang paling annoying is bila mereka memotong kereta kami dan seolah-olah mahu melanggar kami. Hey Mat Rempit. anda rasa anda cukup cool and hebat ke berbuat demikian? Mujur si dia cekap dalam pemanduannya, kalau aku yang memandu ketika itu, mesti aku dah gabra kan, and maybe sesuatu yang buruk telah pun berlaku.. Let say an accident occurs.. Mat Rempit pastinya menyalahkan pemandu kenderaan ketika itu, padahal mereka yang bersalah... Memang SAMPAH lah..
Aku tidak menafikan ada antara kita yang memecut laju motorsikal masing-masing terutamanya sekali apabila mahu pergi bekerja dan sebagainya. There are some circumstances yang perlu kita faham mengapa kadang-kala kita perlu memecut laju. Tapi kalau dah tengah-tengah malam, then memecut laju and mengganggu pemanduan orang lain, manusia jenis apa dorang nie? Mengikut perkiraan aku, mereka semua masih muda remaja, suppose diwaktu itu mereka berada di rumah, bukannya terlibat dalam perlumbaan haram sebegini..
Dan apabila kita bercakap tentang Mat Rempit dan perlumbaan haramnya, pastinya ia melibatkan, judi, duit, dadah, perempuan dan sebagainya. Dan lebih dikesalkan lagi, anak Melayu lah yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat ini. Sedih dengan sikap sesetengah anak Melayu yang menghancurkan diri dan masa depan sendiri di tanahair sendiri.
Last but not least, aku harap para Mat Rempit berbangsa Melayu ini bangkitlah hendaknya. Moga diberi kesedaran hendaknya untuk bangkit kembali. Jangan terusan menjadi SAMPAH MASYARAKAT MALAYSIA. Maaf kerana entri kali ini agak kasar bunyinya, tapi inilah hakikatnya.
USELESS + ZERO + NOTHING = MAT REMPIT.
#Lepas nie, kalau korang terlanggar sesapa and cedera parah atau mati katak, jangan sibuk nak saman-saman atau menyalahkan pihak lain. Especially kaum keluarga Mat Rempit nie. Tengok dulu anak awak tu macam mana yea.#
No comments:
Post a Comment