Hai... Let me story about our weekend getaway at Port Dickson on last Friday... Baru hari ini aku dapat update the story, after a busy and tiring weekend for the pass 2 days.
Pada hari Jumaat yang lalu, kami telah ke Pantai Cahaya Negeri yang terletak di Port Dickson. Sebenarnya perjalanan kali ini langsung tak dirancang, tup-tup I came with an idea untuk ergi berjalan-jalan bersama.. Dah lama tak pergi bercuti berdua.... Asalnya kami bercadang mahu ke Melaka, but entah kenapa, secara tiba-tiba kami menukar rancangan dan terus ke Port Dickson...
Kali ini kita ke Pantai Cahaya Negeri pula. Dah bosan kan asyik ke Teluk Kemang je memanjang.. Dan untuk pengetahuan semua, Pantai Cahaya Negeri ini juga merupakan lokasi penggambaran filem AKU TERIMA NIKAHNYA yang telah aku tonton sebelum nie. Nampaknya si dia menunaikan permintaanku untuk melawat sekitar pantai tersebut.. Al-kononlah nak jadi macam Adi Putra dan Nora Danish.. Haha..
Jom posing-posing dulu cam biasa.. Sambil tu korang tengok la yea keindahan pantai ini pula... Maybe boleh mengimbau kembali detik-detik romantis Adi Putra dan Nora Danish dalam filem AKU TERIMA NIKAHNYA..
Di kawasan pantai ini juga terdapat kawasan paya bakau.
Aksi gediks nak lompat jugak... adeiii....I Believe I Can Fly..
Inilah secebis kisah kami ketika di Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson. Yang penting, rasa aman dan happy bila dapat pergi bercuti bersama-sama. Ini jugalah cara untuk mengeratkan kasih sayang antara kami, dan satu cara meluangkan masa berdua tanpa gangguan sesiapa. Tak perlu bercuti hingga ke resort and etc. Kerana sebuah perjalanan yang ringkas juga mampu memberi seribu kenangan manis diantara kami berdua. Apa guna pergi holiday sana sini but in the end tak bahagia juga kan.. Amboii... bunyi cam menyindir je.. Hehe, just telling the truth and the reality in this world... Small things can lead a happier life... There are certain times when big things doesn't give you happiness at all.
Renung-renungkanlah dan selamat beramal.. Okey...
#To be Continued. Part 2 plak. Nak tahu destinasi kami yang kedua? Then keep reading yeah!#
No comments:
Post a Comment