Tuesday, 3 December 2013

Trick Art Museum di I-City, Shah Alam...

Kisah seterusnya....

Aku rasa ada bagusnya juga aku up kisah yang da berkurun lama ini sekarang.. yelah, sekarang kan musim cuti sekolah, mana lah tau ada yang sedang berkira-kira untuk membawa anak-anak atau adik-adik pegi bercuti, di sini ku ingin rekemenkan Trick art Museum yang terletak di I-City Shah Alam.

I-City Shah Alam kini bukan sekadar kawasan lampu berhias yang begitu indah dan ramai pengunjungnya ketika waktu malam. Kalau korang nak tahu, I-City kini sudah ada water park sendiri. So pada yang nak mandi manda ru, boleh lah ke sini ya... korang boleh google untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang water park di sini.

Kali ini aku ingin berkongsi cerita tentang Trick Art Museum ini. Ia adalah tentang kesenian dimana lukosan yang dipamerkan disini nampak hidup dan kita boleh merasainya dan bergambar seolah-olah kita berada dalam situasi yng dilukiskan.. hebat kan? Thumbs up buat mereka yang berani mencetuskan idea ini...

Jom kita tengok keaslian dan keunikan lukisan di sana...


Aksi si hero hati ku... kemain lagi kalo bab bergambar nie... tengok tu.. nampak real kan tangg tu.. sedia untuk di daki walau sekadar lakonan semata... haha...


Ahhh tidakkkk... nak kena telan dinosaur tu.... keh keh keh.. aksi mesti mau lebih.....


Ini pula versi dari aku... korang rasa nampak real tak pic aku mendaki gunung batu tu... hahahaha.... bajet cam berani je nak buat gitu in reality... haha... gayat wooo kalo realitinya.. x de nyer nak senyum... tapi semua ini hanyalah "trick art"...

So apa lagi... bawa lah ibu yah, adik-adik dan anak-anak korang ke sini ya... selain Trick Art Museum, ada juga daya tarikan lain di sini...

Nak tahu apa dia? Sila lah ke lokasi ini.. explore sendiri dan rasai lah keriangannya... (aku da macam wat iklan plak hahaha)...

Ok... bye!

No comments:

Post a Comment