Tuesday, 31 July 2012

Jom Masak2..

Hari ni mood baik nak masak2...

Alah bukan masak apa pun... Spagethi Carbonara jeh.... kuah spagethi tu x mo pakai Prego... amik resipi kat internet... ce buat...  resipinya lebey kurang cam nie... share dr blog juge...

Bahan:

Spaghetti 1/2 packet (5 org makan)
1 1/2 kotak kecil susu segar
2 sudu tepung gandum (dibancuh air)
2 sudu besar plain yogurt
Lada hitam serbuk kasar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
2 ketul bawang putih (dicincang)

Bahan optional:


Daging kisar (goreng dulu dgn sedikit minyak)
Cendawan butang (potong 2)
Mozarella cheese (jika ada)

Cara:

1- Rebus spaghetti. Sudah masak, terus basuh dgn air sejuk. Asingkan

2- Dalam mangkuk, campur susu, tepung gandum, yogurt, lada hitam, parmesan cheese. Kacau sebati.

3- Panaskan kuali, masukkan butter. Tumis bawang putih + kiub ayam.

4- Masuk bancuhan susu tadi. Atas api perlahan, pukul bancuhan dgn pemukul telur. Kacau hingga pekat. Jika terlalu pekat, tambah air masak.

5- Masuk bahan optional (jika ada). Kacau lagi.

6- Siap. Hidang dgn spaghetti.

7- Nak sedap, tabur sedikit mozarella cheese, bakar dlm microwave (medium, 4 minit). Mozarella akan menjadikan hidangan lebih cheesy.

8- Enjoy!


Korang semua "Selamat Mencuba" okeyyy....



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...