Monday, 13 January 2014

Cerita Indah Di Universal Studio Singapore (USS).

Hye semua... bertemu kembali nampaknya... alhamdulillah... maaf, agak sibuk kebelakangan ini, sehingga terbengkalai sikit cerita aku ke USS tempoh hari...

Okey.. pada yang dah baca entry sebelum ini, seperyi yang aku khabarkan pada korang semua, untuk ke USS, tidak kisahlah dari mana destinasi korang sekalian, pastinya kita akan berhenti di Stesen HarbourFront (bagi yang menaiki MRT), dan selepas itu, beli tiket monorel untuk ke Pulau Sentoss. Unyuk pengetahuan semua, USS terletak di Pulau Sentosa dan bayaran tiket adalah sekali bayar untuk sehari. Kiranya korang boleh pergi kemana-mana sahaja di sekitar Sentosa dengan menggunakan satu tiket monorel tersebut.

Ok, now nak story-mory tentang perjalanan kami ke USS. Kami bertolak awal, sekitar jam 7.30 pagi... hass kerlasss kau jahh, kemain awal... tapi ada bagusnya pegi awal ni.. nanti korang akan tahu juga sebab musababnya hahaha...

Tiba di USS sekitar jam 8.45 pagi, pe lagi, jom lah posing2 dulu... hasa ni lah antara sebabnya....




Haaa tu dia... kalo kita sampai lambat, mostly lokasi ini akan penuh dengan kebanyakan orang yang nak photoshoot bagai, so kami datang awal pagi, nampak tak yang ia masih lengang lagi, so kiranya USS kami yang punya ketika ini... hahaha... yeahhh.. finally, we were here.... sampai jugak akhirnya.... yesszaaa... best gilerrr... to my sayang, rugi la awak tak join sekali, lepas ni plan cuti betul-betul okey.... kita kasi repeat lagi sekali....



Jom sarap jap... disini ada Malaysian Food Street tapi make sure korang pergi ke gerai yang ada logo halal sahaja ya....


Ok... tiket dah ready... jom masuk....

Mula-mula sekali kami posing2 lagi dan lepas tu terus ke Transformers Ride. Kata kawanku Zira, Transformers ni for sure pack dengan orang so better kita pergi dulu.. yeah good idea girl... jom....




Posing dulu seround sebelum naik kereta Transformers tu...lama jugak kami beratur untuk menunggu giliran. Dekat 40 minit juga..
Sepanjang kami beratur tu, kami dihidangkan dengan pelbagai visualization tentang Transformers, seperti yang dipaparkan dalam filem-filem sebelum ini. Yang nak berangan tu silalah ya...

So how's the ride? Mula-mula kami masuk kedalam kereta berwarna biru , aku pun tak tau pe nama bemda alah ni.... belasah je lah labu.... apabila kereta ini bergerak, kita akan bertemu dan seolah-olah berada dalam pertarungan Optimus Prime menentang robot-robot jahat yang lain..serius cam real derrrr... tapi memang confirm menjerit punya lah,lebih-lebih lagi bila kereta tersebut meluncur laju, siap terjun bangunan bagai....perghhh my god! Tapi apapun, ia sememangnya an awesome ride, and ikutkan hati nak je main lagi sekali tapi kena beratur panjang pula. Hingga ke saat ini, aku masih terkenangkan this awesome ride, and I wanna repeat it! Bilalah nak ke sini lagi... and kali ni, nak book untuk express lane pulak sebab malas nak beratur and nak main banyak kali hihihi... seriously, its awesome.. korang semua patut cuba ok...

After the ride, kami dapat bergambar dengan Optimus Prime dan Bumblebee! Sila jangan jeles yea hahahaha.. nah kasi belanja gambar satu kali...



Next... jom ke kawasan The Mummy... jeng..jeng..jeng...


Di The Mummy ni, macam biasa la, ala-ala zaman Mesir purbakala.. ada dua orang mamat yang pakai kaki kayu and asyik buat muka garang je haha... dan lepas tu, jom naik indoor roller coaster dia.. cam biasa lah kena beratur panjang lagi.... ada seorang mat salih tu siap tegur kami and beritahu, the awesome was awesome... hurmm.. korang faham2 je lah, kalo mat salih cakap awesome, mesti ngeri giler ni... mampukah aku yang gayat ni melaluinya? Hahahaha... gerun jugak memikirkannya...

Kesimpulan yang boleh aku khabarkan di sini, memang seram lah roller coaster dia... dah lah gelap, pastu siap ada api, waa terasa panas nya tu, aku risau je kot2 api tu jatuh ke kepala aku kan... haaa nampak tak imaginasi aku ni melampau sangat hahaha.... dah lah aku ni tak pernah naik roller coaster even kat Genting pun aku tak naik, sekali kat USS boleh pulak aku naik, ekstrem pulak tu... haha hebat kan? Apapun roller coaster ni lagi seram lah, ikut suka hati dia je nak lelaju pastu backwards pin selaju yang dia suka... ooooohhhh no!!! So pada yang adventerous tu, you should try.... masukkan dalam list korang ok... aku yang penakut ni pun sentiasa merindui this ride.... wahh curlasss takkk.....

Seterusnya, kami ke Waterworld... mengikut jadual yang diberi, ada show masa nie... so jom layan jap.... 


Show di sini pun menarik juga. Aku tak pasti diadaptasi dari filem apa sebab aku pernah baca one blog tu yang mengatakan ia dilakonkan dari salah sebuah filem atau drama, and kali ini ia edisi live depan penonton semua. Memang best sebab ada berbagai aksi stunt, siap ada api bagai... we are impressed! Nampak tak yang USS memang best gilerr.... 

Kami sebenarnya plan nak naik boat dan merentasi dunia Jurassic Park, tapi sayangnya estkmated waiting time is around 70 minutes masa tu, memang tak larat lah, tapi tak mengapa, we are gonna to repeat this trip again right, so next time bila kami ke sini lagi, kita naik lah boat ni... and guna lah express lane... tu advisenya if nak main banyak kali and to avoid traffics....

Kita layan Madagascar je lah.... naik boat jugak tapi simple la kali nie... sekadar menyelami perjalanan watak-watak dalam cerita Madagascar hehe.. pada yang bawa anak kecil tu boleh lah ke sini ya... enjoy the ride.... sempoi dan santai je....


Ini pul di sekitar slot Far Far Away. Kat sini, kami menonton 4D Shrek Movie. Pun sesuai kalau nak bawa anak kecil brsama. Best giler, my first experience gak ni tngok 4D movie... naak tak kejakunan aku di situ... bila Shrek naik kuda, automatically kerusi kita pun ikut bergerak. Best kan.... siapbrasa air terpercik kat muka lagi hehehe....


Inilah dia... Shrek di Far Far Away....

Lepas tu kami pergi makan dan beli souvenirs sementara menanti perarakan dari semua artis-artis dan mereka yang terlibat di USS ni.. 


Perarakan yang aku maksudkan tadi. Memang pack giler orqng masa ni... masing-masing sibuk nak snap pic mereka berarak.... memang sangat-sangat meriah...

Selepas itu, kami terus bergegas ke Hard Rock Singapore yang terletak di sekitar USS juga kerana pasangan sehati berdansa kita iaitu Zira dan Pejal mahu membeli baju di sana. Then, jeading to next destinantion, kita jalan-jalan di Pulau Sentosa pula... kita ke Siloso Beach... 

 

Agak menarik juga pantai disini.. cantik... pasirnya putih... ada pelbagai aktiviti juga bagi yang inginkan percutian santai...one of my dream place jugak nie... boleh rancang untuk ke sini lagi selepas ini... posing-posing jap then terus balik... masing-masing dah kepenatan yang amat sangat, mahu tercabut kaki oooo hahaha... dah lah line telefon kmi gagal roaming, tak sabar rasanya nak balik hotel, nak pakai WIFI, nak online, upload gambar, nak wassap dengan cinta hati... ahahaha...

It's definitely a tiring day but we really had fun! Repeat! Repeat! Repeat! Wajib!

Keesokannya, aku terus pulang ke Johor Bahru kerana cinta hati dah menunggu di sana, plus kakak angkat nak jumpa ku.. lama tak ketemu... so ku tinggalkan Zira dan Pejal dahulu, bagi ,ereka honeymoon pusing-pusing Singapore lagi... tuk korang berdua, thanks sebab invite aku join percutian kali ini, best sesangat... next plan nak gi mana? Hahaha....

An awesome trip sempena penutup kisahku di tahun 2013! Yeyyyy! Tahun 2014 yang kini menjelma, pastinya ada more holiday trips! Tungguuuuu......

Friday, 3 January 2014

PANDUAN KE SINGAPURA... (KL-SINGAPORE)...

Hai semua... bertemu lagi kita nampaknya... Alhamdulillah... masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi dan kembali berceloteh bersama kalian semua.

Ingat lagi tak pada entry ku yang terdahulu, tentang cerita ku renew passport di UTC Pudu Sentral? Yeah..ini lah sebabnya... sebab nak holiday di Singapura.... USS semestinya destinasi pilihan...

Sebelum aku bercerita tentang ke-havoc-an percutian kami ke Singapura di entry seterusnya, izinkanlah aku story mory dulu panduan ke Singapora. Let me brief you guys, okey.. mudah-mudahan boleh jadi panduan buat semua...

Oh ya, percutian kali ini disertai aku, Zira dan suaminya Faizal. Mh cinta hati tak dapat join sebab tak dapat cuti... so den keseorangan la nampaknya... kejam tul boss awak tu... huhuhu... tiket semua da beli tau... but it's okay. Next time kita repeat lagi...

Kami bertolak ke Singapura dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta. Perjalanan mengambil masa 3 jam untuk tiba di Johor Bahru. Kami tiba di Bangunan Sultan Iskandar kira-kira jam 5.30 petang dan ketika itu checkpoint agak sesak dengan kenderaan keluar masuk Singapura.


So are u ready guys??

Sebenarnya senang je prosedurnya.. Di checkpoint Bangunan Sultan Iskandar, kita just hand over our passport untuk di cop oleh kerani bertugas. Lepas tu, teruskan perjalanan sampai ke Bangunan Checkpoint Woodlands. Korang just drive kereta and follow the instructions.. kalau x de barang untuk di declare, follow lane hijau... jika ini pertama kali masuk Singapore dan tiada kad putih, jangan risau. Kerani di Woodlands akan memberi kita masa untuk isi white card tersebut dan cop passport kita. 

Untuk pengetahuan semua, kita perlu membeli kad auto pass ya... kad ini digunakan untuk kita membayar to (sekiranya ada melalui) dan bayaran parking di Singapura. So jika korang lum ada auto pass, kena beli ya selepas cop passport di Woodlands. Kerani bertugas akan memberitahu lokasinya, gak jauh mana, still dalam bangunan tersebut. Park kereta di sana, dan di sana ada beberapa wanita berpakaian ungu, beritahu mereka yang korang mahu beli auto pass, and minta mereka verify kereta kita. Maksudnya, mereka akan datang ke kereta kita dan mencatitkan details seperti plat kereta kita untuk diberi kepada pihak pentadbiran. Kemudian, kita isi form dan bayar SGD 10 untuk kad tersebut, di dalam kad tersebut ada SGD 4. Korang kena top up ya, boleh top up di mana-mana rangkaian 7 Eleven yang ada. Senang kan?

Finally...kami sudah berada di Singapura. Yeayyyy! Di sini, kami tinggal di Hotel 81 Dickson di kawasan Little India. Hotel ini ada provide free parking, so kami da berjimat di situ...

Pada yang mahu ke Universal Studio Singapore, korang boleh naik MRT untuk ke sana. Seperti apa yang kami lakukan, memandangkan kami tinggal di kawasan Little India, MRT terdekat adalah Bugis Station. Kami menaiki MRT ke HarbourFront, tetapi perlu tukar train di Outram Park ya teelebih dahulu.


Inilah dia tiket MRT. Apa yang menariknya, tiket ini boleh digunakan hanya dengan menambah nilai dalam kad ini.

Setibanya kami di Stesen HarbourFront, kami terus naik ke tingkat atas sekali. HarbourFront ini bersambung dengan kompleks membeli belah yang diberi nama Vivo City. Terus ke tingkat 3 dan di sana ada stesen monorel untuk kita ke USS yabg terletak di Pulau Sentosa.


Hanya dengan bayaran SGD4, korang boleh gunakan tiket ini untuk ke USS, Sentosa Beach, dan sebagainya untuk 1 hari. Jimat kan? As for us, kami ke USS dahulu dan selepas itu ke Sentosa Beach pula... 

So, let's have fun yeahh!

Diharapkan entri ini dapat membantu korang yang mahu ke Singapura dan mahu tahu lebih lanjut tentang cara-cara untuk ke sana dan favourite spots di sana... insyaallah..