Wednesday 19 June 2013

OUR JOURNEY : #GRANDSTAND #SUPER GT INTERNATIONAL SERIES @ SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT.

Hye semua... Yeahh.. I am in a good mood today, so jom ber-blogging sepuas-puasnya...

Mesti korang ternanti-nantikan cerita tentang perjalanan aku ke Super GT Sepang yang berlangsung pada Ahad lepas.. Erkk ada ke yang tunggu story aku nie? Perasan lebey lah ko nie, Nad! Eh lantak lah, suka hati aku lah... Haha!

Seperti yang korang sedia maklum, kelab kereta PPOC diperuntukkan sejumlah 100 keping tiket percuma untuk ke Super GT Malaysia International Series yang berlangsung di Sepang International Circuit. Tak tahu lah betul ke tak 100 keping tu memang untuk PPOC sahaja sebab aku dengar ramai yang tak dapat tiket dan ramai juga yang tidak hadir ke Super GT tersebut, hurmm wallahualam, siapalah aku untuk menulis atau membicarakan tentang hal yang aku sendiri tidak pasti.. So, jom kita cerita dan kongsi-kongsi gambar tentang kejadian pada hari tersebut.

Aku dan geng-geng aku memulakan hari kami seawal 8 pagi. Kami decide untuk tidak follow konvoi, biasalah orang dah excited lebih, cam nie lah. So, aku, my dear, Fifi, Zira, Pejal, Cariz, Zana and her kid dan Magti bertolak seawal jam 8 pagi untuk ke destinasi yang dituju.


Let's start the day!

















Kami memulakan perjalanan kami di Sepang International Circuit dengan melawat dan bergambar bersama pelbagai model-model jenama kereta mewah, serta bersama gadis-gadis litar yang seksi semuanya. Lihatlah sendiri aksi-aksi jejaka-jejaka PPOC nie, semuanya kemaruk nak bergambar dengan gadis-gadis litar sekitar Sepang International Circuit ini. Haha. Layankan je lah ya...





Lagi pic-pic kereta-kereta mewah, tah bilalah aku nak merasa pakai kereta ni oiii...


Kereta idaman aku.. Honda City... Insyaallah.. my second car nanti.... Coming soon... Doa-doakan ya.. Insyaallah.. Gambar sebelah tu is Preve.. Cantik pulak Preve bila dah ditampal body sticker cam tu....







Manalah tau satu ari nanti dapat merasa pakai kereta-kereta nie semua... Huhuhu... Berangan dulu... Mudah-mudahan angan-angan menjadi kenyataan...




Lagi aksi-aksi gedik bersama gadis-gadis litar yang tak cukup kain... keh keh keh...


Selain daripada pameran kereta-kereta mewah, ada macam-macam game, cabutan bertuah dan sebagainya ditawarkan di setiap booth yang menyertai  pameran tersebut. Budak-budak nie tengah try nak main game race kereta pulak. Result? Dapat last kot... Hihihihi...


Tak pasti ini persembahan dari artis Korea atau sekadar miming, joget je lebey... Haha.. Tapi suara memang hancos... Gaya, keseksian dan liuk lentok je yang lebih and menarik perhatian kot....


 Sumo pun ada... kelakar!





Okey.. kami dah puas meronda-ronda di sekitar pameran kereta, so jom lepak di booth Drive M7 sambil menantikan ketibaan artis-artis yang turut merupakan duta mereka... Oh excitednya nak jumpa Aaron Aziz dan Fizo Omar. Sambil tu, jom posing dengan gadis-gadis Drive M7. Lagi hot dan cantik sekali.... I admire them.... 








Ini pula adalah Team Bar-Risan. Mereka adalah duta atau ambassador kepada Drive M7 juga. Mereka membuat persembahan akrobatik menggunakan palang. Mereka akan bergayut dan pelbagai aksi menarik dipersembahkan... Malah mereka turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba.. Sebab itulah ada gambar my dear bergayut sekali. Apapun, thumbs up pada mereka atas persembahan yang mengujakan semua pengunjung booth drive M7. Harap dapat melihat persembahan mereka lagi di event yang akan datang. 





Jom posing beramai-ramai dengan dorang....




Sesi duta-duta M7 bertemu peminat tiba ke kemuncaknya. Ini ketika bersama Gabit. Juga duta Drive M7. Jangan tanya aku siapa dia, sebab aku pun baru kenal dia... Haha... But dia agak hensem juga.... Ngeeee...





Fizo Omar rocking in da house!!! Masa yang dinanti-nantikan oleh semua... And yes.... aku dapat amik pic berdua dengan Fizo Omar... Ohhh I am so happy! U ollsss... silalah jeles ya.... Siap nak paksa korang jeles nihh... Hahaha!




Selepas sesi bertemu Fizo Omar, kami menanti ketibaan Aaron Aziz pula. Sementara menanti ketibaan Aaron Aziz, terspot pula pelakon jelita, Izzara Aishah. Apa lagi... jom lah posing dengan dia... Bila tengok Izzara Aishah, semangat pulak aku nak kuruskan badan..whoahahahaha tiba-tiba.. Ye lah kami sama tinggi rupanya.. cuma badan aku ni je x berapa nak mengancam.. Urggh!! Must do something.... Hehe itu cerita lain ya... Apapun Izzara Aishah memang seorang yang tidak lokek dengan senyuman dan setia melayan semua peminat yang datang mahu bergambar dengannya. Keep it up, girl! We Love You!













Kami tak pergi beratur pun untuk bergambar dengan Aaron Aziz sebab masa dah agak suntuk. Time tuk masuk tengok race.. So amik gambar curi-curi je lah dari jauh.. And last but not least, budak-budak nie ajak posing pulak dengan kereta Aaron Aziz...Yang warna hitam tuh... kereta BMW mereah tu kalau tak silap katanya kereta Fizo Omar... Jadi lerr... kereta artis pun kami sambar jugak untuk bergambar.. Haha... Janji ada, yea tak? Korang ada? Hehehehe....




Lupa pula.. ni pic kami bersama isteri kesayangan AARON AZIZ iaitu Diyana atau Kak D. A very beautiful lady. Friendly. Gorgeous. Itulah yang dapat aku describe tentang diri beliau. Well I do admire her. Harap-harap satu hari nanti, aku boleh jadi seperti dia. Cantik, dan setia menyokong sang suami. Mana la suami tak sayang oiiii.... 



Okey lah.. sudah-sudah lah tu berposing.. Jom kawan-kawan, kita masuk dalam, race dah nak start... Yes... ini yang aku nak cerita dengan korang semua pembaca budiman... Mungkin rezeki kami kot, kami dapat pula tiket GRANDSTAND.. Thanks kat Afifi dan kawannya.... Mungkin ini yang dinamakan rezeki, and it's our LUCKY DAY. Alhamdulillah.










Ini merupakan pengalaman pertama aku menyaksikan perlumbaan kereta di Grandstand. Perghhh memang terbaiklah.. Seperti yang aku idam-idamkan selama ini. Kalau korang nak tahu, aku memang suka tengok kecekapan pekerja-pekerja setiap pasukan yang berlumba menukar tayar dan melakukan servis pada kenderaan yang bertanding. Tapi selama nie, tengok kat TV je lah... pernah juga berangan-angan, yang one day I will watch it lively.. Bukan sekadar menonton di televisyen sahaja... And pada kali ini, impian ku tercapai... Ibarat mimpi jadi kenyataan, yes I was there... Satu pengalaman yang tak kan aku lupakan hingga ke akhirnya.

So overall, perjalanan kami sekawan untuk melihat sendiri Super GT International Series di Sepang International Circuit ternyata berbaloi-baloi. Walaupun letih, tapi kami semua gembira. 

Yeahh.. looking ahead to watch MotorGP pulak this October.. Ticket Grandstand pastinya... Insyaallah..... SIC, nanti kita ketemu lagi ya!



#KREDIT TO ZIRA for few pics yang aku amik tuk upload di dalam blog ini....















2 comments:

  1. suka gambar sumo tuu.. hihi3.. kelakar.. klu tengok depan2 tentu nak tergelak je kann.. dah folow sini semalam yunk..=) thanx sudi singgah n follow blog tema yea.. =)

    ReplyDelete
  2. hehe memang kelakar pun bila tgk sumo tu depan2... dorang lompat2 then jatuh hehehe.... hey, no worries lah sal singgah menyinggah blog tu... i mmg rajin blogwalking kalau ada masa... suke tgk blog para bloggers yg gempaq2 belaka.... anyway keep in touch yea....

    ReplyDelete