Sunday 21 April 2013

Birthday Celebration Pejal, Little Tasha, Syakirah & Danish @ Teratak Angah Chalet, Kemensah

Hi semua... Yeahh entri kali ini adalah berkenaan kejadian yang berlaku semalam, Sabtu, 20 April 2012, bertempat di Teratak Angah Chalet, Kemensah, Kuala Lumpur. Apa ada di sini? Apa yang berlaku? Nak tahu? Kena baca entri ini sampai habis okey... 

Actually pada hari tersebut, ada sambutan hari jadi salah seorang rakan PPOC kami juga iaitu Mr Faizal atau nama glamournya Pejal. Kiranya, ada makan-makan dan mandi manda lah di sini. Sesi BBQ juga dan senang cakap, sesi enjoy puas-puas lah.

Ini first time aku ke sini. Kalau korang nak tahu lokasi tempat ini, ia terletak di kawasan Zoo Negara tapi bukan lah masuk ke dalam Zoo Negara tu. Zoo Negara tu kira cam landmark lah untuk korang yang mahu ke sini. So, jangan ingat kat KL kita tak boleh mandi sungai tau... Hehe... So pada yang mahu bercuti tetapi kesuntukan masa, bolehlah ke Teratak Angah Chalet ini untuk membebaskan diri dari tekanan dan hiruk pikuk kotaraya. Haha iklan lah pulak...

Ok lah, mari aku tunjukkan pada korang semua keindahan Teratak Angah Chalet ini.


Kami tiba awal sekitar jam 9 pagi. Haa tengok tu, ni tempat mandi sungai dan sungai ini dikelilingi dengan chalet yang boleh kita sewa untuk keluarga dan rakan-rakan beristirahat di dalamnya. Malah disediakan juga pondok kecil dan peralatan untuk BBQ.


Yang kat sini cetek airnya... Safe for kids lah, kalau aku yang main kat sini, alamatnya macam baring atas lantai je lah haha... Tu my dear tengah say hai kat korang semua... Sejuk air tu katanya.. memang best....


Oh ya.. lupa nak beritahu korang semua. Tema parti pada semalam hari adalah semua berpakaian jersi bola kegemaran masing-masing. Nie aku da siap-siap snap pic aku sebelum ke lokasi kejadian. I am Manchester United's die hard fan hahaha.. Glory Gloy Manchester United!


Seperti yang aku beritahu tadi, tu dia tempat BBQ.


Shariz dengan jersi Spain nya... Tapi katanya peminat Man Utd.


Masing-masing bergambar dengan jersi bola masing-masing.


Masa untuk makan-makan... Sedap-sedap semuanya. Especially mee hoon goreng dan sambal sotong. Sandwich telur dan sandwich sardin pun lazat tak terkata... 


Zira, wife Pejal dan Zizan tengah siap-siapkan kek untuk acara pemotongan kek. Tapi belum apa-apa lagi kek da siap kena tepung.. Aiyakkk geng-geng ni semua tak sabar nak main tepung rupanya....




Finally, dah kena tepung pun... And semua yang hadir memang jadi mangsa tepung lah... Hahaha...


The girls... Muka puas kena tepung... Aku siap da berendam dalam sungai sebab nak hilangkan kesan-kesan tepung tu haha...

Menunggu ayam-ayam BBQ siap dimasak... Memang sedap....






Masa untuk bermandi-manda dan bersuka ria. Di sini selain aktiviti mandi-manda di sungai, korang boleh juga mencuba aktiviti gayut Tarzan tu.










Ini pula sesi pemotongan kek bagi anak-anak geng PPOC yang menyambut birthday mereka pada sekitar April ini juga... Meriah dengan kek lah kali nie... Kek semua sedap-sedap sebab dah nama pun kek dari Secret Recipe kan.. Apapun banner tuk birthday Tasha dan Syakirah tu memang best.. Last but not least, diucapkan Selamat Hari lahir buat adik Tasya, Syakirah dan Danish.


Ini pula bila bapa pada 2 puteri yang menyambut hari lahir mereka tetapi diapula yang kena tepung ya.. Haha jangan marah yea, gurau-gurau, nak tepungkan budak-budak, tak sampai hati pulak, so ayahnya lah jadi galang ganti.

So, ini sahajalah pic yang sempat aku snap. Apa yang pasti, memang best beriadah dan bergembira bersama teman-teman di sini. Best sangat dapat mandi sungai, air nya sungguh sejuk, hilang segala tekanan seketika. Akhir kata, Thanks buat Zira dan Pejal sekeluarga yang menjemput kami semua ke sambutan majlis hari lahir Pejal. Tahun depan buat lah lagi ya hehehehe....

So cam ne? Best tak tengok aktiviti kitaorang di sini? Ada rasa mahu ke sini?
OKEY.. Ini alamatnya... Teratak Angah Chalet, Jalan Kg Orang Asli Kemensah, Hulu Klang.. 



SELAMAT MENGISTIHARATKAN DIRI SEMUANYA YA!

No comments:

Post a Comment