Friday 30 November 2012

MOVIE SUMMARY : LAGENDA BUDAK SETAN 2


Hari nie mood aku lebih terarah untuk buat rumusan tentang cerita Lagenda Budak Setan 2 yang aku tonton malam tadi. Okey are you ready guys? Meh baca apa aku nak tulis nie tau...

LBS 2 kali ini adalah sambungan dari bahagian pertama dahulu. Setelah Kasyah kehilangan Ayu yang mati bersalin, Kasyah meneruskan kehidupannya sebagai seorang duda yang membesarkan anaknya sambil dibantu oleh pembantu rumahnya apabila Kasyah keluar bekerja. Manakala Katerina pula terusan berkurung kerana kecewa namun akhirnya Katerina bangkit semula dengan imej baru setelah dinasihati ibunya.

Nak dijadikan cerita, ketika Katerina kembali semula ke pejabatnya, Katerina yang ketika itu perlu mengahdiri temujanji dengan klien menghadapi masalah kerosakan kereta, lalu dia terpaksa menggunakan perkhidmatan awam untuk tiba di tempat yang dijanjikan. Kasyah juga berada dalam tren yang sama sambil membawa anaknya iaitu Atirah. Suara tangisan Atirah dalam tren itu menarik perhatian Katerina dan akhirnya mereka bertemu kembali.

So faham-faham lah kan kalau dah bertemu kembali tu.. Mesti la berbual mesra, keluar jalan-jalan and etc. Part yang pelik, mula-mula Kasyah cuma bawa Athirah bersama beg bayi je, tiba-tiba masa dorang dating lepas pertemuan itu, dah ada stroller pulak. Huhu.. bru beli kot. Di mana logika di situ huhu...

Maka hubungan Kasyah dan Katerina bertambah rapat selepas ini. Katerina sebenarnya masih diganggu oleh bekas kekasihnya iaitu Hisyam. Berbagai cara dilakukan Hisyam untuk memenangi hati Katerina semula. Hisyam lelaki yang kasar sebenarnya. Memang menjadi lakonan Bront Palaree kali ini.

Kasyah dan Katerina bercadang untuk berkahwin lalu Kasyah telah melamar Katerina. Pada awalnya ibu Katerina membantah kerana pada dia Kasyah pernah melukakan anaknya. Namun ayah Katerina menerima lamaran tersebut dan meletakkan syarat bahawa mereka akan berkahwin 3 tahun lagi untuk masing-masing mempersiapkan diri sebelum bergelar suami isteri.

Kasyah diterima bekerja di syarikat keluarga Katerina, manakala Katerina dihantar ke Afrika Syarikat untuk menguruskan urusan syarikat mereka. Ketika inilah Kasyah digoda oleh Zahirah, setiausaha syarikat tersebut. Kasyah menolak dan sememangnya ketara penolakan Kasyah tersebut. Ada yang memerhati dan mengambil gambar mereka dan video mereka berdua. Katerina kembali ke tanahair seketika atas permintaan bapanya dan hurmm rasanya korang boleh agak kan, mesti lah dah ada yang sebarkan photo dan video Kasyah itu. Awalnya Katerina enggan percaya namun setelah melihat video tersebut, Katerina terpaksa akur dan amat kecewa dengan tindakan Kasyah.

Mereka bertengkar, Kasyah tiada peluang untuk menjelaskan segalanya. Katerina memilih untuk mengahwini Hisyam, namun ada syarat dalam perkahwinan tersebut. Katerina enggan disentuh oleh Hisyam.

Katerina sebenarnya akhirnya terserempak dengan Zahira yang telah berhenti kerja. Zahirah takut melihat Katerina dan cuba melarikan diri. Namun gagal. Zahirah sebenarnya rasa bersalah dan memberitahu bahawa Kasyah tidak bersalah, semua ini dirancang oleh bapa Katerina yang telah memberi habuan besar buat Zahirah. Katerina amat marah dengan bapanya dan mencari Kasyah semula.

Kasyah ketika ini sedang dalam kesedihan kerana Atirah sakit. Mereka kembali rapat. Sebelum Atirah dimasukkan ke hospital, Kasyah telah bertengkar dengan abangnya yang merupakan seorang penagih dadah. Abang Kasyah iaitu iskandar kini telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan dia telah meninggalkan seorang perempuan mengandung di rumah Kasyah, maka Kasyah perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan perempuan itu bersalin dengan selamat.

Keadaan Atirah semakin lemah dan akhirnya Atirah meninggal dunia. Kasyah terlalu kecewa. Dia menganggap bahawa dirinya membuat semua yang rapat dengannya meninggalkan dunia ini. Katerina terusan memberi semangat buat Kasyah dan Katerina juga bercadang untuk bercerai memandangkan Hisyam juga telah sewel akibat erlalu kecewa kerana gagal memiliki cinta Katerina.

Begitulah sinopsis untuk LBS 2 ini. pada penilaian aku, best la jugak but tak sehebat LBS 1. LBS 1 lebih banyak emosi dan menyentuh hati berbanding LBS 2.. Ke aku yang hati batu? Ini penilaian aku sahaja... Maybe sebab aku peminat setia Lisa Surihani kot. Aura Lisa nie lain sket.. But.. oppsss ada surprise tuk para peminat Lisa Surihani. Ada babak kemunculan Lisa, iaitu ketika Katerina bermalam di rumah ibu Ayu, dan Katerina memakai pakaian Ayu, maka disitulah jelmaan Ayu (Lisa Surihani) muncul. kasyah seolah-olah melihat Ayu ketika itu. begitu juga ketika Kasyah tertidur dan Atirah menangis di sisi Kasyah, Ayu (Lisa Surihani) muncul lagi. Ho Ho... terubatlah rindu pada Lisa Surihani....

So that's the summary. Korang tengok lah k, filem ini sedang hangat di pawagam-pawagam berhampiran anda.

Yang pasti, setelah berakhirnya filem ini, ada trailer untuk LBS 3 yang akan ditayangkan tahun hadapan pula. Wah best lah.. Kelihatan LBS 3 agak menarik juga, yea lah part terakhir kan, mestilah hebat, nampaknya dugaan hidup Kasyah tidak berakhir. 

Okey kawan-kawan, memandang esok weekend, so take your time untuk menonton filem ini yea. Selamat menonton semuanya. Peace!



MARATHON MOVIE...


Hai semua... 

A short entry for today before I proceed to the movie summaries...

Semalam aku telah pergi menonton 2 movie sekaligus iaitu Twilight : The Breaking Dawn (Part 2) dan Lagenda Budak Setan 2.

Memang aku dan rakan aku iaitu Farhana dah plan untuk marathon movie nie since last week lagi. Berpunca dari kekecewaan sebab gagal menonton filem Twilight hujung minggu lepas yang fully booked ketika itu, then  kami terpaksa menonton Pontianak VS Orang Minyak (Aku memang tak kan buat summary tentang filem ini, jangan tanya kenapa.. peace), maka kami telah merancang untuk menonton Twilight diikuti dengan Lagenda Budak Setan 2 yang baru sahaja masuk panggung kelmarin. So we named it as 'Marathon Movie' dan 'Girls Day Out'...

Kami bertemu di Wangsa Walk sekitar jam 5 petang. Then terus beli tiket. Waktu tayangan untuk Twilight : The Breaking Dawn Part 2 adalah pada pukul 6.30 petang manakala Lagenda Budak Setan 2 pada jam 9.30 malam. Memandangkan banyak masa lagi sebelum tayangan movie pertama bermula, so kami pergi makan-makan dahulu di GeorgeTown White Coffee Wangsa Walk.

Overall, the food were nice. Lepas nie boleh datang lagi... Thumbs up kat Nasi Lemak Rendang Ayam dia dan Pineapple Fried Rice.


Lepastu kami jalan2 sekitar Wangsa Walk and cuci-cuci mata jap...

Okeh waktu tayangan da mula...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Secara keseluruhannya, kedua-dua movie nie best lah... Especially Twilight : The Breaking Dawn Part 2.. Lagenda Budak Setan 2 pun best.

Nanti aku ceritera dan komentar dengan lebih lanjut untuk kedua-dua movie ini yea. Akan ada 2 entri khas untuk tiap satu movie ini.

Apapun, kali ini kami puas hati dan memang berbaloi-baloi tontonan wayang kali ini.. Terubat lah kekecewaan minggu lepas... 


Thursday 29 November 2012

Ini Pre-Shopping Namanya...


Petang Selasa yang lalu, my dear ajak shopping tau..Wahh best and excited sesangat...

So kitaorang pegi ambik Ika sekali around 6 petang dan terus shoot to Alamanda, Putrajaya.

Bukan apa, nak masuk KL town memang jem habis-habisan. Jem yang amat teruk. So sila lah lupakan angan-angan untuk shopping di KLCC, Mid Valley atau Times Square. Kesesakan jalan raya yang amat teruk berlaku disebabkan hari hujan yang agak lebat dan juga ketika ini berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC. Sebut pasal Perhimpunan Agung UMNO nie, aku teringin ahh nak ke sana.. Bukan nak jadi perwakilan ke apa ( tak layak and tak sempat pun), but aku nak pergi booth2 dia je, nak shopping hehe hope Sabtu nie dapat kelepasan tuk ke sana, nak shopping baju kurung lah..

Okey sambung cerita sal shopping tadi. So kami pun bershopping di Alamanda, Putrajaya. Lagipun ni just pre-shopping je, belum shopping giler2 lagi pun, hehe...

Kitaorang semua cuma nak beli baju dan seluar je....

Dalam banyak-banyak butik yang kitaorg masuk, semua terpaut pada Esprit kot.And untuk pengetahuan semua, aku khususnya memang peminat dan pengguna setia brand Esprit. Hehehe... So masing-masing dah dapat baju from Esprit.


Inilah IKA.. Bergaya dengan baju kemeja kotak-kotak Esprit yang dicubanya... 

Kami pergi juga ke butik-butik lain untuk cari seluar jeans and etc, tapi nampaknya masa kurang mengizinkan untuk pilih satu persatu.. Sambung nanti on Saturday je okiesss.... Buat masa nie beli apa yang sempat dulu...  Ada juga beli seluar jeans di Padini... Yang lain-lain nanti kita seranggggg this weekend yeah.. Wait for us, we will come again.. hehehe...

And nie baju baru aku from Esprit. Confirm lah aku akan sayang baju nie sangat-sangat sebab ianya di beli oleh my dear yang manja. Hehe Thank You banyak-banyak yea awak... Kalau boleh nak pakai hari-hari je... Aku nie da mcm jakun je.. Eh sukati lah, selama nie dia tak pernah kasi aku apa-apa tau but aku tak kisah semua tu, nie first time tau, so jawabnya semua nie akan jadi pengubat rindu aku pada dia lah nanti....

Nah korang tengok lah.. cantik tak? Tak cantik pun tak pe janji cantik di mata aku...


Tak sabar rasanya nak pakai baju nie hehehehe..


Dan lagi tak sabar nak sambung shopping samada petang esok pas ambik Afiq a.k.a Angah ataupun on Saturday... Hoyeyyyy... This weekend will be enjoyable sebab ada Ika n Afiq....

Dah lama pendam RINDU kat dorang berdua, dah lama tak kuar sama-sama hoyeyyyy...

SO.. Apa plan weekend nie...?

1) Nak shopping kat booth-booth Perhimpunan Agung UMNO 2012. (With Ika and Afiq jugak)

2) Shopping with Ika and Afiq kat KLCC atau Mid Valley.

3) Tengok bola kat Stadium atau kat mamak pun jadi lerr with Ika and Afiq (Malaysia vs Indonesia)

#HARAP-HARAP TERCAPAI LAH KESEMUA WISHLIST AKU NIE.. DOAKAN TAU!#

P/S : Sebab my dear tu tak berapa suka tempat yang crowded. Nak kena pujuk kaw2 nie... Hoho!

Wednesday 28 November 2012

Selamat Pengantin Baru Buat Pekli & Baizura (PART 1) ... From Us, PPOC Team.

Assalamualaikum semua..

Baru hari ini aku berkesempatan untuk update tentang majlis perkahwinan sahabat kitaorang juga yang juga merupakan ahli Proton Persona Owners Club (PPOC) iaitu Muhammad Nazri atau lebih mesra dikenali sebagai Pekli bersama Baizura. Kali ini kami hadir ke majlis sebelah keluarga perempuan di Gombak. So mcm biasalah kitaorang akan konvoi beramai-ramai ke majlis tersebut.

Kitaorang berkumpul di belakang Petronas berhampiran (aku lupa nama tempat tu) kira-kira jam 12 tengah hari. 


Ketibaan kereta pengantin yang dihias cantik. Kereta putih nie memang selalu dijadikan kereta pengantin, biasalah design VIP punya... Baekkk punyerrr...


Tu diaa... Pengantin lelaki dah sampai di tempat kami berkumpul...





Ni lah dia owner kereta ini merangkap pengapit pengantin lelaki... Ada sape-sape mahu berkenalan? Single lagikkkkk......





Jumlah kereta yang turut serta dalam konvoi tersebut. Ada larr dalam 10 to 12 cars. 

Kami memulakan perjalanan setelah keluarga pihak lelaki tiba sama dan terus bergerak ke rumah pengantin perempuan.

Bila dah sampai tu, korang faham-faham sendiri lah kan... Maka biarlah koleksi gambar-gambar ini menceritakan segalanya...
















































Maka itulah ceriteranya. Meriah kan kawan-kawan semua? Menyusul pada Ahad ini, 2 Disember 2012, kenduri sebelah lelaki pula iaitu Pekli di Putrajaya. Rasanya untuk majlis di Putrajaya ini akan lebih ramai yang hadir dan berkonvoi sama, so apa-apa pun kita tunggu yea Ahad ini, cam biasa aku akan update lagi. Hopefully best la hendaknya...

Buat pasangan pengantin baru, diucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Bahagi Sehingga Ke Akhir Hayat. Amin.