Sunday 31 March 2013

Melawat Rakan PPOC @ Hospital Selayang

Salam semua.... Kali ini aku mahu bercerita di mana kami, geng-geng PPOC telah pergi melawat rakan kami, Zilla yang juga merupakan ahli PPOC yang terlantar sakit di Hospital Selayang ketika ini. Difahamkan dah sebulan dia diserang batuk dan demam, lalu dia ditahan di wad beberapa hari yang lepas.

So cam biasa lah, kalau dah namanya PPOC, kat mana-mana pun korang sanggup nak berposing kan.. Yeahh yang penting kita hiburkan rakan kita yang sedang sakit itu, moga dia lebih ceria dengan keletah kami, so boleh lah cepat pulih dan cepat-cepat keluar dari hospital tu...


Tu dia.. Wajah-wajah mereka yang berada di puncak pimpinan tertinggi PPOC yang telah turun padang melawat rakan kita itu. Amboi ayat aku.. Skema macam nak buat liputan tuk Metro plak hahahaha poyosss...


Peace dari kami semua dan pesakit juga hehehe... Semoga cepat sembuh yea, kawan...


Aksi budak-budak nie korang jangan layan sangat.. Dorang nie memang 3 suku sket termasuk lah buah hati aku yang aku sayang sangat-sangat tuhhh.. Kat dalam ward pun korang buat bising and dok posing2... Beria lah nak kasi injection, berlakon jadi doktor hahahahaha, apapun dorang nie lah penggamat suasana...


Last but not least, nie pic collage yang aku buat, hasil koleksi pic-pic yang sempat di snap, digabungkan menjadi satu.. 

Doa dari kami semua, semoga Zilla cepat sembuh, and cepat-cepat kuar dari ward, kembali sihat dan ceria seperti selalu dan lepas tu boleh lah berjimba bersami kami semua seperti selalu... Oyeyy!

Insyaallah, Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday 30 March 2013

Jatuh Bangun Sebuah Perhubungan... AKU SAYANG DIA..

Hye semua.. Hari nie aku tak de aktiviti menarik untuk dikongsikan, so kalau korang dah baca tajuk post nie, so that's it.. Hari nie mood serius sket, aku nak bercerita dan juga meluah tentang isu jatuh bangunnya sebuah perhubungan. Eceh... Ada sesuatu berlaku ke? Lain macam je topik.... Haha.. Kalau nak tahu, kena lah baca aku mengomel dan membebel sampai habis ya.. baru tahu cerita sebenar.

Sebelum tu... baca quotes nie dulu....


Haaa... faham tak? Ia bermaksud, sedalam mana dan sehebat mana sekalipun sebuah cinta antara dua insan itu, pasti tidak akan lepas dari dilanda masalah. Yang membezakan cuma kekuatan kedua-dua insan itu untuk menghadapi dugaan yang telah tersedia buat mereka.. kalau sama-sama kuat mempertahankan cinta itu, diiringi doa restu dan takdir sememangnya menyebelahi mereka... Insyaallah, pasti kekal selamanya. begitu juga sebaliknya. Kalau kita tidak kuat menghadapinya, dan jodoh kita juga bukan ditakdirkan untuk sesama kita, maka berakhir jugalah ikatan tersebut. Ada juga kes di mana kedua-dua pasangan kuat menghadapi dugaan mereka, namun takdir telah tertulis mereka bukan untuk bersama.. So sad right? tapi tulah dia... Masam manis, pahit maung sebuah percintaan.

Macam mana pula dengan aku? Tak kan happy sokmo je kan? Ramai cakap kami nie pasangan ideal, bahagia dan happy sentiasa, sampaikan ramai teman-teman rapat turut tumpang gembira melihat kebahagiaan kami... Alhamdulillah.. Thanks kawan-kawan semua... Yea aku kenal semula erti bahagia sejak aku bersama dia.... 

Tapi.. macam aku cakap tadi... Setiap perhubungan pasti ada jatuh bangunnya.. Dan aku sedang alaminya...

Yea.. aku tetap tersenyum... Senyum macam biasa.... Urmm.. kebelakangan nie, si dia cepat bad mood.. Selalu marah-marah. Entah lah. Aku tahu dia ada masalah (maaf, aku tak boleh kongsikan masalah beliau di blog ini), tetapi aku berharap sangat agar dia bersabar hendaknya. Itu dugaan buat dia. Sabarlah wahai sayang. Jangan selalu marah-marah. Kadang-kadang aku pun rasa sedih, sakit, bercelaru bila dia terlalu emosi dengan masalah yang menimpanya...

"Sayang, I will always be with you.. Always and always... Jangan risau, saya tak kan pernah berubah, setiap hembusan nafas ini hanya ada namamu seorang.. Biar apa juga dugaan melanda, saya akan tetap setia di sisi awak, menemani awak, tak kira apa jua keadaan ketika itu. Sebab saya sedar, saat saya tiada apa-apa dan hampir kehilangan segalanya, hanya awak yang sudi membela nasib saya dan mempertahankan saya biarpun awak dicemuh, dimaki dan dihina, namun awak bertahan demi saya. Saya tahu awak sakit hadapi semua itu tapi awak tetap bertahan untuk saya. Kini giliran saya pula. Tak kira apa jua yang melanda awak, saya akan pertahankan dan akan hadapi segalanya biar sesusahmana sekalipun. Love you till the end... Nor Azman Sulaiman."



Sedih pulak aku lepas buat ucapan cam tu.. Huhu... Korang yang baca, sedih tak?  

"Awak, saya sayang awak, tau tak... Janganlah tension-tension yea... Jom kita pergi jalan-jalan pusing-pusing Kl, senyum lah sikit... "

Haha.. ucapan lagi... Rasa macam nak tuju lagu lah pulok.... 

So begitulah kisah aku... Aku kini didalam fasa dimana hubungan kami sedang diduga... Masalah kecik jerr, cuma biasalah, kadang-kadang kita tetap akan rasa tertekan kan? Doakan aku dan dia tabah sentiasa mengharungi dugaan hidup. Aku percaya pada kekuatan cinta kami berdua. 

Selebihnya biar ALLAH tentukan jalannya.. Aku cuma berharap agar aku dan dia sentiasa dibawah lindunganNya dan kami kekal bahagia selamanya. Insyaaalh, kita merancang, dan kita buat yang terbaik.

Kadang-kadang, aku selalu berharap dia membaca blog ini... Supaya dia tahu macammana dalamnya kasih aku buat dia... Agar dia mengerti, betapa aku amat menyintai dirinya... Dan semoga dia faham bahawa dialah pujaan hati aku, dari dulu, kini dan selamanya... Malah aku juga mahu dia tahu, betapa bertuahnya aku dikurniai lelaki seperti dia, yang setia menjaga aku, sepertimana ayah aku pernah menjaga aku dimasa kecilku.

HANYA DIA...





Tuesday 26 March 2013

Day 2 - Formula One @ Sepang International Circuit

Yeahhh kita bertemu lagi seperti yang telah aku janjikan semalam. Pada hari ini aku akan bercerita tentang aktiviti aku bersama si dia dan kawan-kawan menyaksikan perlumbaan akhir Formula One di Sepang International Circuit. Pada hari ini, ramai geng-geng POC turut turun sama, maka rasakanlah kemeriahannya ya!

Sebahagian geng-geng PPOC berkonvoi untuk ke lokasi. Aku dan si dia, Pejal, Zira,Shariz dan Zizan bergerak sendirian dan kami tiba lebih awal dari yang lain. Biasalah.. Semangat Ferrari lah katakan....



Mulakan pagi di Sepang International Circuit dengan senyuman. Nice weather.



Kami memulakan aktiviti kami dengan menjengah ke setiap booth yang ada di sekitar Sepang International Circuit. Memang best! Jom mulakan sesi berposing sakan.





Bersama model-model F1... 



Meriah kan suasana sekitar berlangsungnya Formula One di Sepang International Circuit? I am loving it!









Kalau korang nak tahu, ada aktiviti ala2 bungee jumping kat sini.. So kawan kitaorang, Shariz pun join lah aktiviti nie.. memang best katanya.... Korang tengoklah sendiri gambar yang dapat di snap.. Best kan melambung cam tu...









Pertunjukan motor-motor dan kereta yang digunakan ketika perlumbaan juga ada dipamerkan untuk tatapan para pengunjung.









Slot kebudayaan pun turut ada. Ini semua untuk menarik para pelancong yang berkunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya dan tarikan utama di negara kita.


Ini pula khas untuk para pengguna Kad Mesra Petronas. Sesiapa yang memiliki Kad Mesra petronas, berpeluang untuk bermain game yang disediakan dan automatik mendapat mata sebanyak 250 yang akan dikreditkan kedalam akaun Mesra anda secara percuma. Best kan? Malah siap dapat free gift iaitu topi Petronas.




Tibalah masa yang dinantikan iaitu kemunculan para pelumba F1 yang akan menandatangani autograf buat para peminat yang setia beratur sejak awal pagi lagi. Ermm, kitaorang memang tak sanggup arr, nak beratur berjam-jam menantikan dorang, haaa.. ni nak snap pic pun kemain susah sebab terlalu ramai yang berpusu-pusu dengan gadjet masing-masing demi mendapatkan shot terbaik.... Apapun, pengalaman ke F1 kali ini memang tak kan aku lupakan dan akan aku kenang selamanya. Memang BEST!




Dua gadis serba biru dan putih ini adalah die-hard fans pada Kimi Raikonnen. Mereka memang amat peramah dan periang, so apalagi, jom snap pic dengan mereka dan rakamkan aksi ceria mereka.


Semua orang dok posing kat sini.. so aku pun nak jugak... Yea saya memang tak slim macam model lain, but tak yah lah nak bahankan yea.. I am not born to be a model... I just like the way who I am...



Sekitar suasana di litar. Memang ramai kali nie.. Terutama foreigners. Sebenranya cuaca agak tidak menentu, mula-mula panas, then hujan.. Terpaksalah kami berpayung sambil menantikan perlumbaan bermula. Namun itu semua tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyaksikan perlumbaan berprestij ini. 

Semangat itu penting wooooo!!!



Vroomm! Phewwwww!!! Perlumbaan pun bermula. Litar agak licin, malah ketika sesi ujian, beberapa kereta terbabas. Apapun memang aku suka lah bunyi enjin kereta F1. memang best... I love the sound so much.... Tak yah pakai penutup telinga tu, tak syiok larrr....






Last but not least... INILAH KAMI... GENG PPOC yang berada di Sepang International Circuit untuk menyaksikan perlumbaan Formula One sesi tahun 2013. 

Proud that we are here, sesuai dengan tagline kami, PPOC ada dimana-mana sahaja.

Kawan-kawan semua... U olls memang ohsem! 

Dan dari pihak aku sendiri, aku sangat menghargai peluang kali ini. Dan kalau boleh nak jadikan aktiviti tahunan untuk aku, dia dan family kami nanti, Insyaallah tahun depan kami akan ke sini lagi.