Monday 29 October 2012

Our Weekend Getaway (PART 2) - MELAKA (Pantai Klebang, Jonker Street and Malacca River)

Bertemu kita semula dalam lembaran episod kedua percutian kami yang serba ringkas pada hujung minggu yang lalu. Episod kali ini akan menceritakan tentang perjalanan kami ke Melaka pula. haaa sebelum nie kan kami bercadang mahu ke Melaka but akhirnya perancangan ditukar ke Port Dickson. So on last Saturday, we decided to go to Malacca. 

Kami bertolak petang itu sekitar jam 3 petang. My dear plan nak lalu jalan lama selepas keluar dari Tol Pedas-Linggi. Biasalah orang lelaki nie, memang suka memandu ikut jalan lama kan? Lebih mencabar katanya... Yea lah, jalan bengkang-bengkok, al-kununlah layan lap katanya... Hurmm..

Perjalanan diteruskan dan kami tiba di bandar melaka kira-kira jam 5.30 petang. Jalan agak sesak juga, biasalah Melaka... As we all know, Melaka memang sesak mengalahkan KL bila musim cuti dan musim perayaan. Itu semua orang tahu.

Pada asalnya kami tidak bercadang untuk ke Pantai Kelebang. namun melihatkan suasana di sana yang agak meriah dengan orang, maka kami pun singgah sebentar untuk emlihat apa yang ada di sana... So these are what we found at Pantai Kelebang. Menarik kan? Biarkan foto-foto disini menceritakan kemeriahannya.



Wah.. ada layang-layang besar nampaknya.. Dan disini juga telah dijadikan tempat bermain layang-layang. Pelbagai jenis dan saiz layang-layang ada disini. Harga bermula dari RM5, tali diberi percuma. Interesting right? Pas ni boleh datang sini lagi and bring the kids here. bagi mereka main puas-puas. malah kat sini dah macam di Port Dickson. Ada horse riding for children!




Macam biasa ahh.. edisi bergambar sambil melompat mesti adaaaaa....


Nie aksi si manja ku dengan layang-layang besar... Nak posing jugak katanya hehe...

Okey cukup setakat itu tentang kisah di Pantai Kelebang. Insyaallah nanti akan update lagi if perancangan nak bawak the kids menjadi.. Kami bertolak ke Bandar Melaka pada jam 6.30 petang. And... macam biasa, jalan jem teruk.. melekatttt....


Lihat lah sendiri keadaan melaka yang sungguh sesak ketika itu. Jonker Street tu dekat je, but terasa macam nak balik KL plak. Dekat 2 jam jugak kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Tapi tak pelah, janji leh pergi Jonker Street.


 Macam biasa, jom posing-posing di sekitar Jonker Street.









Frankly speaking, aku tak berapa suka and enjoy with Jonker Street. Dari 5 stars, I will only give 2.5 stars. Haha.. Haa tu lah, dulu beria sangat nak ke Jonker Street.. Yeah, ini penilaian aku setelah berada di sana. Tak best lah, macam pasar malam biasa je, plus stalls yang dijual semuanya menyajikan Chinese Foods je.. Memang lah ada few stalls yang jual air dan sebagainya. Tapi maybe sebab tekak aku nie memang dari azali lagi tak leh terima and bau masakan mereka, sorry to those who read this statements. Sorry and sorry again but I have to be honest with my ratings. Anyway its a nice place to shop. I even bought myself the car sun shades. 4 pieces for RM30 only.Sape mahu, boleh pergi beli di Jonker Street...

Last but not least, its time for dinner. Jom makan di tepi sungai pula atau lebih dikenali di sekitar kawasan Malacca River Bank.


Sambil makan, kita hirup udara segar di tepi sungai sambil melihat pelancong-pelancong menaiki bot. Plan asal kami pun mahu naik bot, but macam dah lambat pula. But its okay, there are still lots of time for us to explore all this. Insyaallah, some other time. 


Sebelum pulang, kita bergambar sekitar jambatan di sungai tersebut. Then siap-siap untuk pulang ke KL...

Bestnya edisi jalan-jalan ke Melaka kali ini. Sweet and simple. Seperti tema percintaan kami juga. Apa-apapun jutaan terima kasih buat si dia  (look below) nie yang dah bersusah payah drive and merealisasikan percutian simple kami kali ini.. Love U Sayang.. My HERO FOREVER... Haipp.. Jangan ada yang cuba-cuba nak try okeyyy..



Okey lah. Tu je nak story kali ini. Nantikan entri seterusnya yeah.. We are heading to Penang by this weekend. Bersama-sama the kids, and di sana kami akan bertemu dengan abang dan kakak kami. Hoyeyy!! Can't wait! 

#Peace Yaww!#



No comments:

Post a Comment