Thursday 27 March 2014

REVIEW SHAKLEE.. The Best Ever Supplements

Assalamualaikum semuanya...

Lama kita tak jumpa kan kat arena penulisan blog nie... yeahh.. I am busy with my life.... kerja.. lots of activities... macam-macam lagi... dan dalam tempoh ini jugak, banyak yang telah berlaku.... 

First of all, sebelum aku mulakan entry aku kali nie, pastinya ketika ini negara kita digemparkan dengan kejadian MH370, semuanya masih dalam siasatan dan usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan, rasanya tidak perlulah aku komen tentang semua itu kerana aku bukan pakar dalam bidang ini, namun sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaiik buat mereka semua... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... #PrayForMH370...

Ok.. back to our story for today... kali nie aku nak bercerita tentang kebaikan supplemen Shaklee nie.. aku baru cuba ambil suipplement ni sejak sebulan lalu, and alhamdulillah, so far dah ada kesan-kesan positif.


Sebenarnya, kalo korang nak tahu, Shaklee nie ada pelbagai jenis vitamin dan makanan tambahan ya... Dan ramai orang punya assumption, Shaklee nie mahal..dulu aku pun ada tanggapan sebegitu.. sebenarnya tidak tau u ollsss.. harganya sangat affordable, and tak semahal yang dijangka.. ada lah few of the products yang mahal sikit, tapi kalau berbaloi untuk kesihatan, apa salahnya.. plus pil Shaklee nie tahan untuk sebulan dua... so... nampak kan penjimatan disitu....

Aku mulalah nak makan vitamin nie sejak-sejak.. ermmm sejak-sejak dah ada ura-ura nak mendirikan masjid lerr... ahaha... alhamdulillah u olls.. bila tarikhnya, insyaallah akan diumumkan nanti, amboi bajet ko artis ke.. sampai nak announce2..ahahah.... ye lah... mesti lah nak badan nie sihat, kulit cantik dan sebagainya kan... memandangkan sahabat baik sendiri ada jual Shaklee, so dia la yang jadi my penasihat plus perunding kesihatan dan kecantikan gituhhh.. kelas ko kak Lieza.... hehehe....

okey... ni la set yang i olls ambil ya.... B complex, Vita-Lea dan Vita C-Plus. Nak tahu apa khasiat-khasiat nya? Jom baca jap...

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Diambil sebiji setiap hari.... senang kan demi nilai kesihatan itu...

Kedua.... Vita-Lea... 

Apa itu Vita-Lea?

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka & lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin & mineral kritikal dalam jumlah yg seimbang utk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata & sistem imun dalam jangka masa panjang.
~ 2 kali lebih antioksidan utk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
radikal bebas.
~ 2 kali lebih kalsium utk pembinaan tulang.
~ 2 kali lebih magnesium utk mengekalkan rentak jantung, otot & fungsi saraf.
~ 2 kali lebih Beta karotena utk membentuk vitamin A yg lebih biopotent.
~ 3 kali lebih selenium utk melindungi paru-paru, kolon & prostat.
~ 3 kali lebih vitamin K utk menyokong proses pembinaan tulang.

~ 6 kali lebih boron utk menyokong kesihatan tulang.
~ 10 kali lebih Biotin yg menyokong proses pengeluaran tenaga.

Yang ni kita makan 2 biji setiap hari....

Dan..yang akhir sekali...aku ambil Vita C-Plus... haa... mana-mana yang cantik tu.. nak awet muda.. nak kulit gebas gebus... nak sihat taknak memanjang demam, meh rawat dalaman kita dengan Vita C-Plus nie...

Khasiat Vita C-Plus :

  • - Merangsang pembentukan collagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan
  • - Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam dikulit, ruam, etc.
  • -Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • -membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
  •  membantu meningkatkan sistem imun
  •  membantu mengurangkan symptom flu dan selsema
  •  merangsang pengeluaran T-cells yang membantu melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita
  •  membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen
  •  membantu memperbaiki masalah insomnia, stress
  •  membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah

APA KESANNYA PADA DIRIKU?

Yea..mesti korang nak tahu apa kesannya pada aku kan... and dalam tempoh menghampiri sebulan pengambilan supplemen Shaklee ini secara berterusan, tak kan lah dah gebas-gebus dan macam-macam lagi kan... tapi so far alhamdulillah... rasa lebih sihat, lebih kuat, dan kulit muka pun da terasa licin... (aku memang tak de masalah kulit yang kronik), but now jerawat susah nak tumbuh, kulit dah jarang mengelupas... even few days before period pun, jerawat tetap tak tumbuh...kalau sebelum nie, mesti jerawat tumbuh juga sebiji dua sebelum period... so nampak kan? Sedikit demi sedikit perubahan sudah melanda diriku... ohhh gembiranya rasa... 

Seperkara lagi... proses pembuangan atau perkumuhan juga lancar sejak adanya Shaklee nie... dan masa datang bulan hari tu, walau aku kena sakit kepala yang maha dahsyat, tapi darah keluar dengan lebih banyak, mula-mula takut jugak coz my period always normal, tapi kali ni lebih banyak dari biasa, but its ok lah kan, nampak tak yang badan aku nie ibarat lubuk penyakit, mujur cepat sedar, now rasa lebih segar dan sihat, alhamdulillah...

Terima kasih diucapkan buat my Kak Lieza yang syorkan produk ini.. memang terbaik... korang yang ingin mencuba, boleh lah hubungi beliau sendiri atau mana-mana agen berdaftar Shaklee... ceh aku nie dah cam buat iklan lak... btw, iklan ini tidak berbayar ya...

Korang boleh lah add dia kat Facebook ya.. nie Facebook dia... Add jangan tak add... add untuk kebaikan, pe salahnya kan...




Again and again... I am convincing u olls... try lah produk ini, okey...

Seriously.. berbaloi-baloi... aku pun akan tambah lagi dos pengambilan Shaklee lepas nie.. namapun nak gebas-gebus u ollss.....

P/S : To haters, awak teruskan je baca ceritera cantik saya nie ya.... awak tak nak cantik, sudah..tapi jangan busy body hal saya... saya tak nak jadi cam awak tau... saya nak jaga luar dalam, bior mantop.... huhu... 

K kawan-kawan semua, till we meet again...

 Jom Cantik Dan Sihat Sama-Sama.....



Tuesday 4 March 2014

REVIEW WANGSA GRILL BY CHEF ZUBIR - #NaDiAzmaN 3 YEARS ♥

My latest entry.... kisah yang baru sahaja berlaku malam tadi... ngeh..ngeh..ngeh...

Okey, sebelum ni aku pernah update tentang genapnya tiga tahun aku dan si dia bersama right? And I do promise u guys, untuk cerita kat mana kami celebrate our special day... yeah, semalam baru kami berkesempatan nak sambut bersama-sama... jadi lah, kan.... mesti ada haters yang mencebik baca entry aku ni kan? Tak kisah la nak kata apapun, yang penting kami tahu apa kami buat dan apa yang kami rancangkan.... 

Actually, my cinta hati dah lama plan nak bawa aku ke Restoran Wangsa Grill milik Chef Zubir ini... woww... excited nya la haii nak makan dekat restoran milik salah seorang ahli panel juri dalam rancangan Masterchef tu.... ye lah, mesti sedap kan...

Kami tiba di sana sekitar jam 8.50 malam. Agak lewat sedikit sebab hari hujan dan jalan jem teruk.


Jemput tengok yea u ollsss....

Okey, meh aku introduce satu persatu menu yang kami pilih kali ini, dan aku juga akan review rasanya ya... senang korang nak buat pilihan menu if korang ke sini nanti...


Ini starter yang kami pilih.. Nachos... pembuka selera... memang membuka selera pun. Seriously, sangat-sangat sedap.... ada rasa masam masin yang sangat sekata.... secukup rasa... sampaikan kitaorang rasa macam tak cukup je nachos satu piring nie... next time order asing-asing lah.... haha tamak haloba.... 

Rating 9/10. Yummy.....


Ini main course sayerrr... yes, this is mine... untuk main course, aku pilih Chicken Chop... lain dari yang lain kan chicken chop dia.. interesting... and nice presentation.... ada peha ayam yang sangat crispy bersama sos yg pedas manis, one scoop mixed vegetables, minced chicken (ayam kisar) dilimpahi sos blackpepper dan potato cheese cake... memang ohsem sesangat... peha ayam tu sememangnya lembut dan bahagian luar nya sgt crispy... sayur tu pun sedap tapi aku makan mushroom je hehe... ngelat kan.... minced chicken tu pun sedap, dan yang paling aku suka potato cheese cake tu... dia ala-ala tart gitu... tepung nya crispy and end up melting in your mouth.... oh mennnn!

Rating 9/10. Aku bagi 9 sebab ia unik... 


Ini pula main course pilihan encik hero hati... tenderloin (220 gm) medium cooked. Macam sedap je.. mcm best je kn kan kan... memang pun... sebab aku pun rasa sekali... Tenderloin medium cooked dihidangkan sekali besama sayur salad dan baked potato.... yang ni pun sedap... enik hero hati memang suka sangat.... berbaloi katanya datang ke sini... siap nak repeat lagi... nampak tak betapa sedapnya makan di sini.. cuma sediakan ongkos nya sahaja lah ya.... oh ya, aku nak share... salad dia tu pun sedap... rasa juicy sangat.. aku bukan pemakan sayur, sejak diet atkins aritu barulah aku belajar telan sayur tu pun makan coleslaw je hahaha.... but salad di Wangsa Grill ni sedap lah.... juicy and fresh... sedap nyerrrr... kalau nak ajar anak makan sayur, boleh la try salad di sini.. haha.. macam-macam lah ko ya nad.... baked potato tu aku tak rasa, so aku tak dapat komen ya...

Rating kami 8.5/10. Ikut suka aku nak tulis angka apa lah ya.... haha....

Lupa nak snap pic air... nampak sangat excited kan tengok food dia... but just for sharing... aku minum Californian Strawberry, dan encik hero hati minum air Coke... kesian minum air Coke je sebab asalnya dia nak minum Oreo Milkshake tapi waiter tu cakap, hari ni tak de milkshake pulak... nasib baik tak kempunan tau my hero tu..... takpe next time ok....

My rating? Air Californian Strawberry tu bisa-biasa je, tapi cukup la manis and masam dia, tak de la sampai rasa sakit tekak sebab manis sangat and etc.. Rating 6/10... air coke tu tak yah la suruh aku bagi komen atau rating ya hahaha....


Finally.... last but not least.... masa untuk makan dessert... kali ini kami pilih Caramelized Apple - Bread Butter Pudding. Apa rasa dia? Sekali lagi kami akan jawab, suka sesangat! Best... puding roti siap ada ice cream and jem strawberry... aku pernah baca review bloggers lain, ramai yang suka dessert nie, tak kurang juga yang komen rasahya terlebih cengkih, but for me, just nice... sedap... cukup rasa... ohsem.... lepas nie, tak nak share-share dah starter dengan dessert.... hohoho... nampak tak aku punya tamak haloba tu....  

Rating 9/10 lagi... 

Susasana di restoran ini juga agak selesa dan menenangkan. Hiasan dalaman berlatarbelakangkan sejarah tentang Chef Zubir dalam arena masakan ini. Menggunakan konsep fine dining, maka tempat ini agak selesa dan sesuai untuk candle light dinner, makan malam keluarga dan rakan perniagaan. Simple but nice.

Harga makanan di sini... standard lah... kami makan berdua pun around RM150 juga lah... sekali sekala apa salahnya especailly on our special day... plus aku rasa lagi berbaloi makan di sini sambil support orang kita sendiri....



Begitulah cerita tentang our 3 rd year annivessary celebrtion... simple kan... makan-makan, rileks-rileks je... To my encik hero hati... tenkiu belanja saya... lain kali belanja lagi hehehe... i am happy with you... to haters... (eh ada jugak ucapan untuk haters ekkk)... Sila tengok post nie dan sila berfikir menggunakan otak yang Allah dah berikan pada anda, sebelum sibuk nak buat crita dan tambah cerita sana sini sdangkan awak tak tahu apa-apa pun, kenal kami pun tidak... okey.... nak stalk pun stalk lah tapi guna akal, kesian la letak otak kat lutut, tu bukan tempat dia tau.... okey... peace!

Apapun, kami pasti akan repeat lagi ke sini.. banyak lagi menu nak kena try tu ahahaha.... k kawan-kawan smua.... jom support Chef Malaysia..... 

PENANG AGAIN.... JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG & YG SEWAKTU DGNNYA

Yesss kita bersambung lagi....

Kalau korang baca entry sebelum ini, aku telah menceritakan tentang majlis perkahwinan sahabat PPOC kami di Kuala Kangsar.

Selesai segala urusan majlis perkahwinan tersebht, kami terus shoot ke Pulau Pinang pada petang itu. Dengarnya Jambatan Kedua Pulau Pinang bakal dirasmikan pada malam hari nanti.... kami sememangnya sudah merancang untuk melalui jambatan tersebut, cuma tak pastilah bila, samada malam Sabtu itu atau keesokan harinya.

Tiba di Penang sekitar jam 5 petang, kami terus check in di SE Hotel. Masing-masing kepenatan yang amat sangat, so kami plan untuk berehat dahulu dan keluar bersiar-siar semula pada sebelah malam sahaja.

Pada malam itu, kami jalan-jalan di Persiaran Gurney. Kita pekena pasembur... makan malam bersama-sama. Macam-macam la kitaorang makan, ada yang makan pasembur, ada yang makan nasi lemak, kue tiaw goreng, laksa Cina dan sebagainya...


Tu dia... makan malam kami tempoh hari.. memang sedap.. seperti biasa, pasembur Penang memang terbaik... Nasi lemak ayam goreng pilihanku tu pun sedap... rangup ayam dia...sebab tu lah aku tak pernah puas kalau pergi Penang nie... Penang memang best sebenarnya.... 

Selepas itu, kami terus ke Batu Feringghi... Jalan-jalan di Night Market Batu Feringghi. Kat sini pun happening. Walaupun dah pernahergi sebelum nie, aku tetap mahu pergi lagi. Coz pada aku, ia adalah salah satu pasar malam yang happening di Malaysia nie.. banyak mat saleh, ada perkhidmatan beca dan sebagainya. Kami tak beli apa-apa pun, but just posing-posing je... jom posing jap kat Restoran The Ships yang designnya sebiji kapal.. unik kan? 



Taraaa.... abaikan kualiti gambar yang gelap sket tu.... 

Selepas itu, kami terus pusing-pusing jalan-jalan di sekitar Padang Kota Lama. Kami tak turun dari kereta pun, just lalu je, sambil menikmati angin malam. Selepas itu, kami terus pulang ke hotel, few of them ada yang sambung lepak lagi bersama krew PPOC Taiping yang datang ke Bagan Serai, tapi aku dan Mieza tak join sebab dah letih sangat...

The Next Day ....

Masing-masing dah segar badan, so jom jalan-jalan lagi.... Kita sarap dulu dan next destination ... Bukit Bendera!


Gelagat kami berenam di Bukit Bendera.... Baby Qaira rileks je naik keretaapi di Bukit Bendera.... hehe.. best ye dikk... tak gayat eh.... caya lah.... walaupun aku dah naik Bukit Bendera ni sebanyak 3 kali (eleh 3 kali je pun, tu pun nak berlagak kikikiki), tapi aku tetap enjoy the ride... best.... kalau aku duduk Penang, mahu setiap minggu aku pergi naik kalau boring kan kan kan....

Setibanya di puncak Bukit Bendera, kami posing-posing dulu macam biasa dan kemudian lepak minum sebelum turun ke bawah.

Next location ... bawak dorang ke ChowRasta Market, beli jeruk. Aku tak beli pun coz jeruk bukan lah feveret aku.

Last destination... Jambatan Kedua Pulau Pinang. Gigih gak kitaorang dok cari sambil guna Waze dan siap tanya orang... haha.. nampak tak semangat sangat nak lalu Jambatan Kedus tu.... 

Finally, sampai jugak... masing-masing teruja...


Jangan jeles... saya da sampai... anda bila lagi? Hehehe...


Posing2 dan ambil gambar di sekitar Jambatan Kedua Pulau Pinang. Trafik bergerak perlahan namun masih dalam keadaan lancar. Actually jambatan ni sama cam Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada, tapi biasalah, nama pun jalan baru kan... so semua orang excited lah nak cuba jalan baru....

Lepas nie, kalau pergi Penang, nak lalu jambatan nie lagi... oh ya... dalam tempoh sebulan nie, laluan melalui jambatan ini adalah percuma ya....

Ok... masing-masing dah puas hati eventhough its a short holiday... so jom balik KL.... Penang... till we meet again ya! Sayonara!


Monday 3 March 2014

WEDDING 2014 (PART 2) - KUALA KANGSAR : PPOC HAZRUL AMIN ♥ EVANA SYIREEN

Hai semua..

Sebelum ini, aku ada update tentang majlis perkahwinan anggota PPOC Hazrul Amin yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bukit Beruntung, Rawang. Kali ini aku akan update tentang majlis mereka yang berlangsung di kediaman keluarga pihak pengantin lelaki pula iaitu di Kuala Kangsar.

Memandangkan kami kenalan rapat, so ka i semestinya hadir ke kedua-dua belah majlis.

Kami memulakan perjalanan dari awal pagi lagi. Singgah Ipoh dahulu sebab masing-masing teringin sangat nak breakfast roti telur goyang yang sememangnya terkenal di Ipoh, Perak. Sanggup tuhh!

Selepas itu, kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar. Kami berkonvoi ke Kuala Kangsar bersama-sama krew PPOC Thundercats sekali. 



The convoi's!

Kami tiba di Kuala Kangsar sekitar tengah hari dan skemudiannya mengiringi pengantin perempuan ke kediaman pengantin lelaki.


Posing2 dengan pengantin sebelum pengantin berarak untuk bersanding...




Belanja gambar sket.. gelagat pengantin dan juga warga PPOC yang hadir memeriahkan majlis mereka... Tahniah diucapkan dan semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya.


Ni pula hadiah dari kami untuk pengantin baru... hehehe....  and tulisan kat kad tu hand made tau... sila terharu.... hahahaha.... sebab terlupa beli kad, so aku buat lah kad sendiri and tulis sendiri, dah lama tak buat tulisan cam tu, gigil jugak tangan masa awal-awal buat. 

Tamatnya majlis, kami PPOC Central terus shoot ke Penang, Makan angin namanya.... hajat hati kami nak lalu Jambatan kedua Pulau Pinang. Berjayakah kami mencapai hasrat ini? Nantikan update dalam episod seterusnya... cewah... ayat aku dah macam dalam rancangan Fear Factor pulak... hahaha.. 

Till we meet again.... will update later.... tungguuuuu......