Tuesday 24 September 2013

Newborn PPOC Junior.... Baby Pasangan Pekli & Baizura

Salam semuanya..

Hari ini aku nak bercerita tentang kelahiran newborn baby girl kepada pasangan Pekli dan Baizura. Kalau korang nak tahu, pada entri tahun lepas, ada aku selitkan cerita majlis perkahwinan mereka, dan alhamdulillah, kini mereka telah pun bergelar ibu dan ayah buat puteri mereka yang tersangatlah comel.

Jom layan beberapa gambar si kecil yang menjadi pelengkap kehidupan mereka berdua... PPOC junior nie....


Taraaa... ni hadiah untuk baby and the mum as well... ada  lah sedikit socks, mittens, dan di dalam bungkusan besar tu is diaper bag.. Untuk kegunaan si ibu dan anak bila keluar berjalan nanti.


Little princess... Amboi kemain cik abang kita dukung baby.. Tak sabar ke yang? Tunggu ya... Insyaallah.. Hehehehe...



Sebahagian gelagat kami sekawan... aku, Huda dan Lily bergambar bersama our PPOC junior nie... Semoga membesar dengan sihat hendaknya dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa anda ya... Amin Ya Rabbal Alamin...

Till we meet again! Salam semuanya...

Thursday 12 September 2013

MerdekaRAYA 2013 PPOC Northern + Jalan2 Bukit Bendera.

2 stories in 1 entry!

Nampak sangat aku dah penat nak mengupload gambar, dan merapu merepek meraban kat blog njie.. Haha! Sorry lah kawan-kawan semua, I am rushing indeed, tapi dalam masa sama tetap nak melepaskan rindu mengomel kat blog kesayangan nie... 

Ini tentang event MerdekaRaya yang dianjurkan PPOC Northern. Haa.. nampak tak, best kan join kelab PPOC nie, sebab kita boleh ke serata Malaysia, saling sokong menyokong event yang dianjurkan oleh setiap region. So u olls yang membaca blog nie, kalau ada kereta Persona atau ada kengkawan yang ada Persona, mari lah join kelab kami nie, just jot down your comments di ruangan komen, kalau boleh tinggalkan lah nama dan email untuk dihubungi ke kan, sebabb mostly yang bertanya sebelum ini, tak letak maklumat yang boleh dihubungi semula, so susah la kan.. Ngeee.. promosi kelab sendiri jap...

Ok, sambung cerita...

Memandangkan sambutan Aidilfitri dijalankan ketika negara kita menyambut kemerdekaannya, maka atas sebab itulah ia diberi nama MerdekaRaya 2013. Memandangkan kami yang dari Central nie semuanya bercuti, maka kami pun berkonvoi ke Pulau Pinang. Sambil beraya, sambil kita berjalan sekitar Penang... Jom!


Ni gambar ketika kami sedang siap-siap mahu berkonvoi ke Pualau Pinang... Oh excited bangat!

Kami bertolak kira-kira jam 11 malam dan tiba pada pukul 4 pagi. Pada asalnya ada 2 kumpulan konvoi. Kumpulan pertama bergerak lebih awal, dan kami dalam konvoi kedua. Namun akhirnya, kami yang dari konvoi kedua bertemu dengan konvoi pertama, so apalagi, kasi jalan sama lorrr....


Ini pic kami bertiga... tiga sekawan lah katakan... Berposing dengan kereta masing-masing... Amacam, ada gaya retis tak? Hihihi...



Few pics from Cik Zilla, team media PPOC merangkap S/U Admin PPOC.. Hehe, pic aku ada dalam note, malas giler nak sambung dengan kabel... haa ni lah dia blogger paling malas kuasa 4... hihi...

Apapun, kami semua enjoy sekali dengan jamuan raya MedekaRaya anjuran PPOC Northern ini. Sebenarnya, ada 2 event pada hari yang sama, kebanyakan antara kami terus bergegas ke autoshow bagi memberi sokongan pada rakan-rakan yang bertanding, namun kami agak keletihan di samping kami perlu menyelesaikan masalah berkenaan kediaman.

Pada sebelah malamnya, kami lepak-lepak makan di Padang Kota. Pasembur satu! Yummy!

Itu cerita yang pertama... Cerita kedua... Jom berjimba-jimba di Bukit Bendera.... Nampaknya, ini kali kedua aku kesini dalam tempoh setahun.... Yee haaa....



Mula-mula kita posing dulu.... Gegurls with gegurls.. Boboy dgn boboy... 


Jom kita gerak ke Bukit Bendera... Sambil jalan pun nak posing... no comment ahhh....


Dah sampai! Posing berdua dulu...


Muka-muka excited dah dapat tiket nak naik cable car... Posing tetap posing.... pantang jumpa camera....



Perhatikan pakcik dalam pic nie.. Hehe pakcik pun nak enter frame yea...


Ini masa dalam cable car... Siap sedia semua... Cable car nak berangkat nie.... Peace, say cheese...kita snap pic dulu hihihi... apapun, memang terbaik lah pengalaman jejalan kali nie, memang riuh dibuatnya denga gelak tawa dan ragam masing-masing.. Haha.. geng sempoi kan?





Sebahagian aksi masing-masing ketika di puncak Bukit Bendera... Best nya... tak pernah rasa jemu untuk ke sini. Rasa nak pergi lagi dan lagiiiiii..... Next plan yea.. Again! Haha!



Ini masa dah turun... Hujan mula membasahi bumi Pulau Pinang ketika ini, seakan-akan bersedih kerana kami semua akan kembali pulang ke KL dan Ipoh.. Haha perasan lah kau! Asalnya kami bercadang untuk jalan-jalan sekitar Batu Feringhi, tetapi memandangkan hujan turun dengan lebatnya, maka kami terus ke Georgetown untuk menjamu selera di Gurney Drive, dan terus pulang ke Ipoh dan KL.

Apa pun, trip kali ini leh lah di kategorikan antara yang sangat menyeronokkan sekali. Ditambah dengan geng -geng sekepala semuanya, memang havoc la kan!

Kawan-kawan semua, let's plan for next trip! Ngeee.....







Morning Drive @ Jay Bee

Ini sambungan entry aku tentang jelajah Sahur PPOC Southern bersama anak-anak yatim dari Rumah Barkat, Johor Bahru.

Tetapi sambungan kali ini tidak ada kena-mengena dengan event yang berlangsung itu. Macam biasalah, stelah tamatnya majlis, kami bercadang untuk pusing-pusing sekitar Johor Bahru sebelum masing-masing meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Perancangan awal ku, mahu jalan-jalan sekitar Johor Bahru terlebih dahulu. Nak singgah rumah kakak angkatku, kemudian berjalan-jalan shopping di Johor Premium Outlet dan berbuka pula di Restoran ZZ. Orang Johor pastinya tahu lokasi yang aku sebutkan tadi. Tetapi memandangkan ramai crew yang keletihan, so kami bercadang untuk pusing-pusing sekitar Johor Bahru, dan kemudian pulang ke Kuala Lumpur. Kalau orang lain jogging, kami pulak sekadar melakukan morning drive.. bukan morning jog tau... erkkk sungguh tak sihat lah aktiviti kami hahaha!

Meh la kita layan koleksi gambar kami berposing-posing di few hot spots di sekitar JB nie. Aku pun dah terikut sekali ala-ala pelancong yang tak pernah jejak Johor Bahru.. padahal...... Hey I am Johorean okey!


Mula-mula kami bergambar di sini.... Buat korang yang tak pernah sampai sini lagi, dari sini kita boleh melihat Singapura... Hoyeahhh.. alahai, dekat tul dengan tempat kerja aku satu masa dahulu....







Selepas itu, kami terus sahaja ke Danga Bay.. Posing-posing kat sini dengan kereta pula... Layankan je lah yea haha....


Last but not least, kita singgah legoland dulu, tapi dapat amik gambar kat luar je lah, tu pun jauh glerrrr, x nampak wordings Legoland tuhh.. Masing-masing dah lemau nak masuk parking, so tepi jalan pun jadi lah... Aku orang Johor, so da biasa dah... Hehe...

Pape pun, memang seronok bersama kalian semua.. Next time kita plan betul2 trip ke Johor Bahru yea.... Banyak tempat aku boleh bawak korang....

See ya!

PROGRAM AMAL : JELAJAH SAHUR PPOC SOUTHERN : PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM JOHOR (RUMAH BARKAT).

Entry kali ini, aku nak menceritakan tentang event amal yang PPOC telah jalankan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Aku pun tidak terkecuali dari terlibat dalam program seumpama ini. Ada 2 event yang aku sertai, pertama anjuran PPOC Central, di Rumah Anak Yatim Paya Jaras, tapi aku tiada koleksi gambar sepanjang di sana, so untuk entry kali ini, aku kongsikan kisah kami beberapa wakil PPOC Central yang berkenan mencemar duli (ekekeke bajet sultan ke apa) untuk turun ke Johor Bahru bagi memeriahkan acara Jelajah Singgah Sahur bersama anak-anak yatim dari Rumah Barkat, Johor Bahru.

Ok, jom layan koleksi gambar bersama sedikit penerangan dari aku. Setiap gambar, ada kisahnya...

Sebelum itu, gambar adalah dari koleksi persendirian aku sendiri dan dari rakanku iaitu Lily.


Dah sampai JB dah masa nie.... Muak baru bangun tido hahaha...





Posing dulu sebelum event bermula...






Sekitar berlangsungnya majlis bersahur bersama anak-anak yatim dan penyerahan goodies dan sumbangan dari kami. Apa sekalipun, semoga niat yang baik ini diberkati Allah hendaknya. Dan harapan kami, semoga anak-anak yatim tersebut turut mendapat manfaat juga dari apa yang didermakan buat mereka. 

Amin ya Rabal Alamin. 

Review : AIDILFITRI 2013

Hye semuanya...

Hurmm.. bersawang nampaknya blog aku nie.. Dekat lebih sebulan aku tak update apa-apa... maknanya sejak bermulanya Ramdhan hinggalah berakhirnya Syawal yang mulia di tahun ini, langsung tiada apa-apa update dari aku.. Sorry u olls semua, since rumah kena pecah dan laptop dicuri, memang tiada kesempatan langsung nak update blog macam dulu-dulu.. Hurmmm.. sigh.. bila lah nak ada laptop semula nie....  Hurmm.. kena masuk dalam kategori wishlist...

My first entry setelah sekian lamanya tidak update apa-apa.... oklah, aku just review tentang sambutan Aidilfitri aku kali ini. Cam biasa, aku menyambutnya bersama keluarga, kekasih dan keluarga si dia.. Nothing much to say, nak ucap Salam Aidilfitri pun dah terlambat, hoho... so, meh lah layan beberapa koleksi gambarku. Aidilfitri kali ini juga, banyak open house rakan-rakan yang kami lewati... Thanks semua, sebab sudi jemput k\aku dan si dia ke open house korang... Tunggu open house kami next year, k... Insyaallah....


Ni pic mse otw nak ke open house rumah Zira.. kemain kan aku melaram, set rambut bagai... haha..



Open house rumah Zira dan Pejal... Thanks korang..


Next destination... Beraya di rumah Cak dan Kak Aja...


Ni antara open house paling meriah sekali... Rumah Cik Zilla.. Our S/U Admin PPOC... Mau tak meriah.. Khabarnya sampai awal subuh pun masih ada yang bertandang... kelassss kauuuu!!!


My Best Friend's Open House... Pasangan pengantin baru yang pernah aku kongsikan cerita perkahwinannya dalam blog aku ini... Semestinya antara open house yang menjadi pilihan ramai, kerana sang suami adalah chef di Hilton Kl... Memang sedap lah masakannya... Yummy.. I love the macaroni soooooo muchhhh....


Seterusnya, open house rumah Kaduk Lukman, one of our good friend juga.. Unik sebab hidangan kali ini adalah yong tau fuu.. Terbaik bro!


Open house Dauz Marcello dan isteri, Zana.. Dauz, salah seorang photographer untuk PPOC yang tidak asing lagi.. Hehe.. nanti nak book dia for my special ocassion juga, insyaallah.

Itulah dia, ceritera Aidilfitri 2013 aku... Warna -warni Aidilfitri ku. Alhamdulillah, Syawal kali ini aku bahagia... Terima Kasih Semuanya.... Semoga berkekalan selamanya....