Sunday 23 June 2013

Pengalaman Terbaik Shopping Online Dengan ZALORA

Hey ya! Apa khabar semua para rakan blogger dan para pembaca sekalian? Hope all of you are doing good yeah!

Yeah.. baca tajuk entri ini.. Yes, it's about ZALORA. Mesti korang semua tahu apa itu ZALORA kan? Salah satu portal online shopping terbesar dan paling dikenali ramai. Dan pastinya ramai yang mengingati iklan nya yang begitu simbolik di mana penerima barangan dari ZALORA menjerit kegembiraan setelah menerima barang pembelian mereka.

Yea, ini kali pertama aku shopping online bersama ZALORA. Sebelum nie, memang biasa shopping online but bukan dengan ZALORA. Yea lah, now rata-rata antara kita berbisnes secara online sahaja. Dan mereka menggunakan khidmat penghantaran POSLAJU. Ermm korang tahu-tahu jelah kalau dah guna khidmat POSLAJU nie, nama je tagline nya "DIJAMIN SAMPAI ESOK", but in the 2 ke 3 hari kemudian baru lah sampai barang-barangnya. Dah serupa normal postage je... I really had bad experience with POSLAJU. 

Tetapi, dengan ZALORA ni, you can get your items within 1 to 2 days. Aku buat online purchase pada Khamis malam, and guess what, hari Sabtu barang dah sampai. Cepatkan? But unfortunately, I am not around ketika penghantaran tersebut, so they re-deliver it today, bersamaan hari Ahad, 23 June 2013. Thumbs Up! 

Untuk pembelian kali ini, aku menggunakan method Cash On Delivery, so ZALORA dah arrange kan panel courier service mereka iaitu TAQBIN. Untuk pengetahuan korang semua, TAQBIN ini beroperasi hari-hari tanpa mengenal cuti umum dan hujung minggu. 365 days.. Dah macam iklan KFC pulak.. Haha.

Apapun, aku memang berpuas hati dengan perkhidmatan dari ZALORA dan TAQBIN. Thumbs up untuk mereka. Yes, aku pasti akan shopping lagi dengan ZALORA selepas ini. Buat ZALORA dan TAQBIN, semoga terus berkhidmat dengan cemerlangnya untuk para pelanggan anda. Keep it up ya!


Belanja korang sekeping gambar.. Jom jerit ala-ala iklan ZALORA... AHHHHHHHHH!!!! Excited la katakan....

Okey, till we meet again, see ya! Buat yang masih ragu-ragu untuk shopping dengan ZALORA, cuba lah. Yea aku tahu, banyak komen negatif dari few bloggers yang melalui pengalaman buruk bersama ZALORA. Well, biasa lah tu, sometimes they do make mistake right? Tapi aku percaya yang ZALORA akan memperbaiki prestasi mereka dari masa ke semasa. So cubalah... Ini LINKNYA. KLIK di perkataan "LINKNYA" itu yea...

ZALORA THE BEST! 

Friday 21 June 2013

AURA WHITE & AURA SHINE : Jom Cuba!

Hey ya!

Hari ini, aku tak nak lah bercerita tentang aktiviti aku bersama PPOC atau aktiviti jalan-jalan aku... Nanti korang-korang yang baca blog aku nie akan letih and bosan pulak. So.. untuk hari ini... Meh aku nak bercerita tentang AURA WHITE dan AURA SHINE yang baru saja aku beli dengan one of beautiful sister yang jual produk ini melalui instagramnya. A very friendly lady... Thanks a lot, sudi melayan segala karenah and pertanyaan aku tentang produk ini... Hehe... Jangan nyesal yea sis, dapat customer banyak soal cam saya nie.. Hehe.. Kalau berkesan, saya pasti beli dengan sis lagi... Smile!

Sebenarnya, dah lama dah aku plan nak beli produk AURA WHITE nie.. Tapi asyik bertangguh je... Nak dijadikan cerita hangat lagi sensasi, adalah seorang hamba Allah nie dok kutuk-kutuk aku nie hitam, tak kan putih, bla bla bla... Erkkk.. Jap.. Hitam kah aku? Gelap ke aku nie? First time in history lah ada orang kata aku hitam... aiyakkkk sakit tul hati kita nie! Bukan lah aku nak cakap kalau hitam tu tak cantik, okey...Ramai yang berkulit gelap tapi tetap cantik, cam Halle Berry gituhhh.. So please don't get me wrong ya, sebab setiap wanita itu cantik dengan caranya yang tersendiri...

Okey, berbalik pada cerita asal tadi.. Apapun, walaupun hamba Allah itu mengeji aku sebegitu rupa, sekurang-kurangnya, apa yang dia buat telah membuka pintu hati aku untuk lebih bertegas lagi dalam menitikberatkan penjagaan kecantikan aku terutamanya penjagaan kecantikan dan kesihatan dalaman. Sebagai seorang gadis yang semakin menginjak usianya, sudah tiba masanya untuk aku menitikberatkan penjagaan kecantikan dalaman aku. Lagipun, aku tak mahu kelihatan lebih tua dari usia, so, let's start the beauty routine from now! Aku kena mula rajin dari sekarang. Buat hamba Allah berkenaan, walaupun bahasamu kasar dan seolah-olah tidak menghormati aku sebagai rakanmu, aku tetap berterima kasih atas kata-katamu. Sekurang-kurangnya kau buat aku sedar, barangkali ada sesuatu yang dia nampak pada aku yang aku dan orang sekeliling tidak nampak. Thanks beb, at least aku sedar diri aku, dan aku akan buktikan aku bukan seperti yang engkau katakan.

Haha.. Kelakar kan.. Hanya kerana sebaaris komen yang menyinggung perasaan, akhirnya berjaya membuat aku membeli set produk AURA WHITE ini. 


Taraaa... nie lah dia... AURA WHITE dan aku siap dapat free gift AURA SHINE dan free shaker. Apa yang istimewanya, AURA WHITE kali ini berperisa CHOCOLATE INDULGENCE.

Sedikit info tentang AURA WHITE berperisa CHOCOLATE INDULGENCE ini... 

KELEBIHAN AURAWHITE CHOCOLATE INDULGENCE :

Ia adalah dark chocolate 100% dari Cocoa Bean Organic yang di proses dengan teknologi nano dimana ketika dibancuh ia tidak berketul jadi penyerapan nutrisi pada tubuh lebih sempurna.

Flavonoid dalam coklat mempunyai sifat antioksidan yang kuat yang dapat melindungi terhadap penyakit-penyakit degeneratif.
Minuman ini sangat berkhasiat selain berperisa coklat yang lazat ia juga mengandungi protein yang tinggi , nutrisi optimum, tiada gula atau pewarna tambahan.
Bahan utama yang lain antaranya adalah L-Glutathione,Tilapia Kolagen, Co Enzyme Q10, Hyaluronic Acid, Omega 3 Salmon Fish, Pearl Powder,Pitera & sebagainya. Kesemua bahan ini di gabungkan dapat menbantu kecantikan & kesihatan anda dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Selain itu, free gift yang kita dapat ialah Aura Shine. Apa itu Aura Shine? Mesti ramai yang tak pernah dengar dan tak sangka bahawa Aura White juga ada produk lain selain produk Aura White yang menjadi fenomena di masa sekarang.
KELEBIHAN PRODUK AURASHINE :


Turut menggunakan teknologi Nano di mana tekstur tablet nya 1000 kali lebih halus, membolehkan zat aktifnya diserap badan dengan cepat dan sempurna

Hasil gabungan bahan utama Tilapia Kolagen, L-Glutathione, Pearl Powder serta inovasi bahan tambahan terbaik, antaranya Hyaluronic Acid (HA) ,Omega 3 Salmon Fish, Co Enzyme Q10 dll bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan selain bertindak sebagai booster tambahan dalam pengambilan  minuman Aurawhite Gluta Collagen.

Mengandungi 26 vitamin dan zat mineral bagi membantu mengaktifkan sel kulit, melembap, mencerah serta menganjalkan kulit serta awet muda.

Berperisa ORANGE BERRY MINT yang sedap di kunyah iaitu gabungan mixed berries, ekstrak oren yang kaya dengan Vitamin C serta ekstrak Pudina untuk memberi kesegaran serta keceriaan untuk anda.

Kiranya AURA SHINE ini hadir dalam bentuk trial pack gitu... Berbaloi kan? So jom kita disiplinkan diri untuk jadi CANTIK, MENARIK, TERTARIK DAN DA BOMB!

Okeylah... Time's up! Masa untuk mandi, dan apa lagi... sebelum makan malam, jom Shake and Shake and have your AURA WHITE.

Untuk kawan-kawan yang mahu mencuba, jangan segan silu untuk mencuba ya... Jom jadi CANTIK bersama-sama. Kita kaum wanita, jangan malas untuk memelihara kecantikan yang Allah telah kurniakan buat kita.

Till we meet again! Insyaallah!


Wednesday 19 June 2013

OUR JOURNEY : #GRANDSTAND #SUPER GT INTERNATIONAL SERIES @ SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT.

Hye semua... Yeahh.. I am in a good mood today, so jom ber-blogging sepuas-puasnya...

Mesti korang ternanti-nantikan cerita tentang perjalanan aku ke Super GT Sepang yang berlangsung pada Ahad lepas.. Erkk ada ke yang tunggu story aku nie? Perasan lebey lah ko nie, Nad! Eh lantak lah, suka hati aku lah... Haha!

Seperti yang korang sedia maklum, kelab kereta PPOC diperuntukkan sejumlah 100 keping tiket percuma untuk ke Super GT Malaysia International Series yang berlangsung di Sepang International Circuit. Tak tahu lah betul ke tak 100 keping tu memang untuk PPOC sahaja sebab aku dengar ramai yang tak dapat tiket dan ramai juga yang tidak hadir ke Super GT tersebut, hurmm wallahualam, siapalah aku untuk menulis atau membicarakan tentang hal yang aku sendiri tidak pasti.. So, jom kita cerita dan kongsi-kongsi gambar tentang kejadian pada hari tersebut.

Aku dan geng-geng aku memulakan hari kami seawal 8 pagi. Kami decide untuk tidak follow konvoi, biasalah orang dah excited lebih, cam nie lah. So, aku, my dear, Fifi, Zira, Pejal, Cariz, Zana and her kid dan Magti bertolak seawal jam 8 pagi untuk ke destinasi yang dituju.


Let's start the day!

















Kami memulakan perjalanan kami di Sepang International Circuit dengan melawat dan bergambar bersama pelbagai model-model jenama kereta mewah, serta bersama gadis-gadis litar yang seksi semuanya. Lihatlah sendiri aksi-aksi jejaka-jejaka PPOC nie, semuanya kemaruk nak bergambar dengan gadis-gadis litar sekitar Sepang International Circuit ini. Haha. Layankan je lah ya...





Lagi pic-pic kereta-kereta mewah, tah bilalah aku nak merasa pakai kereta ni oiii...


Kereta idaman aku.. Honda City... Insyaallah.. my second car nanti.... Coming soon... Doa-doakan ya.. Insyaallah.. Gambar sebelah tu is Preve.. Cantik pulak Preve bila dah ditampal body sticker cam tu....







Manalah tau satu ari nanti dapat merasa pakai kereta-kereta nie semua... Huhuhu... Berangan dulu... Mudah-mudahan angan-angan menjadi kenyataan...




Lagi aksi-aksi gedik bersama gadis-gadis litar yang tak cukup kain... keh keh keh...


Selain daripada pameran kereta-kereta mewah, ada macam-macam game, cabutan bertuah dan sebagainya ditawarkan di setiap booth yang menyertai  pameran tersebut. Budak-budak nie tengah try nak main game race kereta pulak. Result? Dapat last kot... Hihihihi...


Tak pasti ini persembahan dari artis Korea atau sekadar miming, joget je lebey... Haha.. Tapi suara memang hancos... Gaya, keseksian dan liuk lentok je yang lebih and menarik perhatian kot....


 Sumo pun ada... kelakar!





Okey.. kami dah puas meronda-ronda di sekitar pameran kereta, so jom lepak di booth Drive M7 sambil menantikan ketibaan artis-artis yang turut merupakan duta mereka... Oh excitednya nak jumpa Aaron Aziz dan Fizo Omar. Sambil tu, jom posing dengan gadis-gadis Drive M7. Lagi hot dan cantik sekali.... I admire them.... 








Ini pula adalah Team Bar-Risan. Mereka adalah duta atau ambassador kepada Drive M7 juga. Mereka membuat persembahan akrobatik menggunakan palang. Mereka akan bergayut dan pelbagai aksi menarik dipersembahkan... Malah mereka turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba.. Sebab itulah ada gambar my dear bergayut sekali. Apapun, thumbs up pada mereka atas persembahan yang mengujakan semua pengunjung booth drive M7. Harap dapat melihat persembahan mereka lagi di event yang akan datang. 





Jom posing beramai-ramai dengan dorang....




Sesi duta-duta M7 bertemu peminat tiba ke kemuncaknya. Ini ketika bersama Gabit. Juga duta Drive M7. Jangan tanya aku siapa dia, sebab aku pun baru kenal dia... Haha... But dia agak hensem juga.... Ngeeee...





Fizo Omar rocking in da house!!! Masa yang dinanti-nantikan oleh semua... And yes.... aku dapat amik pic berdua dengan Fizo Omar... Ohhh I am so happy! U ollsss... silalah jeles ya.... Siap nak paksa korang jeles nihh... Hahaha!




Selepas sesi bertemu Fizo Omar, kami menanti ketibaan Aaron Aziz pula. Sementara menanti ketibaan Aaron Aziz, terspot pula pelakon jelita, Izzara Aishah. Apa lagi... jom lah posing dengan dia... Bila tengok Izzara Aishah, semangat pulak aku nak kuruskan badan..whoahahahaha tiba-tiba.. Ye lah kami sama tinggi rupanya.. cuma badan aku ni je x berapa nak mengancam.. Urggh!! Must do something.... Hehe itu cerita lain ya... Apapun Izzara Aishah memang seorang yang tidak lokek dengan senyuman dan setia melayan semua peminat yang datang mahu bergambar dengannya. Keep it up, girl! We Love You!













Kami tak pergi beratur pun untuk bergambar dengan Aaron Aziz sebab masa dah agak suntuk. Time tuk masuk tengok race.. So amik gambar curi-curi je lah dari jauh.. And last but not least, budak-budak nie ajak posing pulak dengan kereta Aaron Aziz...Yang warna hitam tuh... kereta BMW mereah tu kalau tak silap katanya kereta Fizo Omar... Jadi lerr... kereta artis pun kami sambar jugak untuk bergambar.. Haha... Janji ada, yea tak? Korang ada? Hehehehe....




Lupa pula.. ni pic kami bersama isteri kesayangan AARON AZIZ iaitu Diyana atau Kak D. A very beautiful lady. Friendly. Gorgeous. Itulah yang dapat aku describe tentang diri beliau. Well I do admire her. Harap-harap satu hari nanti, aku boleh jadi seperti dia. Cantik, dan setia menyokong sang suami. Mana la suami tak sayang oiiii.... 



Okey lah.. sudah-sudah lah tu berposing.. Jom kawan-kawan, kita masuk dalam, race dah nak start... Yes... ini yang aku nak cerita dengan korang semua pembaca budiman... Mungkin rezeki kami kot, kami dapat pula tiket GRANDSTAND.. Thanks kat Afifi dan kawannya.... Mungkin ini yang dinamakan rezeki, and it's our LUCKY DAY. Alhamdulillah.










Ini merupakan pengalaman pertama aku menyaksikan perlumbaan kereta di Grandstand. Perghhh memang terbaiklah.. Seperti yang aku idam-idamkan selama ini. Kalau korang nak tahu, aku memang suka tengok kecekapan pekerja-pekerja setiap pasukan yang berlumba menukar tayar dan melakukan servis pada kenderaan yang bertanding. Tapi selama nie, tengok kat TV je lah... pernah juga berangan-angan, yang one day I will watch it lively.. Bukan sekadar menonton di televisyen sahaja... And pada kali ini, impian ku tercapai... Ibarat mimpi jadi kenyataan, yes I was there... Satu pengalaman yang tak kan aku lupakan hingga ke akhirnya.

So overall, perjalanan kami sekawan untuk melihat sendiri Super GT International Series di Sepang International Circuit ternyata berbaloi-baloi. Walaupun letih, tapi kami semua gembira. 

Yeahh.. looking ahead to watch MotorGP pulak this October.. Ticket Grandstand pastinya... Insyaallah..... SIC, nanti kita ketemu lagi ya!



#KREDIT TO ZIRA for few pics yang aku amik tuk upload di dalam blog ini....