Wednesday 30 January 2013

TUTORIAL : CONVERT YOU TUBE VIDEO KEPADA MP3.

Assalamualaikum semua...

My entry for today will be just short and sweet. Hari ini aku nak share dengan korang semua cara-cara untuk convert file you tube kepada MP3. Aku discover this lesson pun semasa aku sibuk download lagu semalam. Kalau korang nak tahu, kebanyakan video lagu di You Tube boleh kita convertkan kepada MP3, tetapi bukan semua video ya, ada video yang terpelihara hak ciptanya, contohnya OST drama dan filem, atau Official Video dari artis itu sendiri. Kebiasaannya filevideo yang kita boleh convert kepada MP3 ini ialah klip-klip video yang dibuat sendiri oleh para peminat atis itu dan sebagainya.



Cara-caranya :

1) Korang buka laman web www.youtube.com macam biasa.

2) Bukan laman web ini juga. KLIK DI SINI.

3) Di laman web You Tube yang biasa korang gunakan untuk mencari lagu favourite korang tu, selepas korang play the song, di bahagian bawah tu ada woring share kan... Biasanya if korang nak share to facebook and etc, korang akan klik di situ kan. Okey di situ ada link untuk video tersebut, right? Copy paste link video itu.

4) Kemudia buka page untuk convert video tadi. Sekali lagi, ini page nya. http://www.youtube-mp3.org/

5) Paste link video yang korang da copy tadi pada ruangan kosong then klik "Convert Video".

6) Ia akan automatik convert to mp3, kemudian boleh lah korang download macam biasa dan save dalam playlist korang.


Senang kan?

Selamat Mencuba!






Tuesday 29 January 2013

Autoshow @ Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan

Sebenarnya this event happened for last 2 weeks. Tapi di sebabkan aku terlalu busy lately nie, baru hari ini aku sempat untuk update sekitar peristiwa tersebut.

Macam biasa lah, PPOC Cental berkonvoi ke Istana Besar Seri Menanti dan kami disambut mesra oleh krew-krew PPOC Negeri Sembilan di sana. Untuk pengetahuan anda semua, autoshow ini adalah anjuran N9 Motorsport bersempena dengan hari kebesaran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Memang banyak kereta yang masuk bertanding. Malah boleh diibaratkan seperti perhimpunan kelab-kelab kereta sepanjang kami berada di sana. Krew PPOC yang masuk bertanding juga ada memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan. 

Dan apa yang paling penting sekali, PPOC antara 10 kelab yang menghantar ramai wakil untuk menyertai autoshow ini. Thumbs Up to PPOC!

Okey jom layan koleksi foto yang sempat aku snap ketika itu.



















Pic sekitar konvoi tersebut dan kumpulan kereta yang menyertai autoshow ini.







Ini wakil-wakil dari PPOC krew yang masuk bertanding dalam autoshow. Diharapkan lepas ini akan lebih ramai lagi krew PPOC yang berani masuk bertanding juga.










Antara kereta-kereta yang menarik perhatian aku untuk di snap pic nya dan dikongsikan bersama anda semua.



Last but not least, tahniah PPOC atas kemenangan yang diperoleh. Walaupun kita tak menang besar, sekurang-kurangnya ada juga untuk kita semua. Satu permulaan yang baik untuk PPOC terus mengorak langkah mencipta kejayaan yang lebih besar di masa akan datang. Insyaallah.

Monday 21 January 2013

TESTIMONIAL : Air Mineral ANUGERAH & Minyak Sejuta Rahsia ANUGERAH.

Assalamualaikum kawan-kawan semua...

Hari ini aku tak nak bercerita tentang aktiviti aku bersama PPOC. Nanti korang bosan pulak. Esok-esok lah ya baru kita bercerita tentang aktiviti terkini kami. Hari ini aku nak share tentang produk ANUGERAH.

Mesti ramai yang dah tahu tentang produk ini. Produk yang telah dibacakan dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran dan surah-surah lain untuk kita memelihara kesihatan luaran dan dalaman kita. Dah banyak testimoni yang aku baca tentang produk ini yang membuat aku berminat untuk mencubanya. So buat kalian yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang produk ini, boleh klik di SINI.

Setakat ini aku baru sahaja menggunakan 2 produk ANUGERAH ini. Yang pertama ialah Air Mineral ANUGERAH dan yang kedua Minyak Sejuta Rahsia ANUGERAH. Jom, aku nak bercerita tentang kehebatan kedua-dua produk ini.


(1)
AIR MINERAL SEMULAJADI ANUGERAH
Air Anugerah menggabungkan air sebagai penawar semulajadi dengan ayat-ayat syifa’ dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Kombinasi unik untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani kita. Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Air Anugerah:

•Surah Al-Fatihah untuk menyembuh keracunan•Surah al-Syarh untuk menghilangkan kesulitan dan bebanan
•Surah al-Qadr untuk membuka minda, hati dan menerangkan mata•Surah al-Kafirun untuk menghindari gangguan jin dan syaitan
•Surah al-Ikhlas untuk menjauhi dari pandangan manusia yang berniat jahat•Surah al-Falaq untuk menyembuh penyakit siang dan malam
•Surah al-Isra’ ayat 28 untuk pendinding dan pembimbing• Surah at-Taubah ayat 128 untuk menghilangkan kesakitan
•Ayat Kursi untuk menghindar gangguan jin dan syaitan•Surah al-Baqarah untuk keselamatan dari malapetaka yang tidak dijangka
•Surah al-Isra’ untuk penawar segala jenis kesakitan•Surah as-Saaffaat untuk mendapat kesihatan tubuh badan
• Surah A-li’imraan untuk kesihatan dan pelindung dari ganguan jin dan syaitan• Ayat-ayat Ruqyah
•Bacaan istighfar untuk pengampunan dan penyembuh rohani dan jasmani•Bacaan doa penyembuh angin ahmar
•Bacaan doa khatamul Quran untuk penyembuh penyakit rohani dan jasmani• Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah• Ayat penawar dan pembatal sihir dan pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan• Ayat pendamai
• Ayat pelembut hati• Doa pengasih
• Doa pelaris perniagaan• Doa penyejuk hati
•Doa menghindar gangguan semasa tidur• Doa pendinding
• Doa penerang hati

Dapatkan Air Anugerah sekarang dan anda mendapat manfaat seperti:
• penyakit luaran dan dalaman semakin pulih 
• wajah semakin ceria dan berseri 

• hati menjadi lunak dan mudah menerima perkara yang baik 
• badan semakin bertenaga dan bersemangat 
• rumahtangga semakin harmoni dan gembira 
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus 
• hati semakin lembut dan mudah menerima nasihat (untuk kanak-kanak) 
• daya ingatan semakin kuat dan cerdas 
• mudah untuk melahirkan anak (untuk wanita hamil)


Kaedah penggunaan
Baca Bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.Kemudian lafazkan niat dalam hati. Boleh disapu pada muka dan kepala. Pastikan Air Anugerah tidak dilangkah.

TESTIMONI DARI KU BERKENAAN AIR ANUGERAH:
Aku ada kisah berkenaan air ini. Pertama kali meminumnya, aku terus demam panas selama 3 hari berturut-turut. Namun aku meneruskan pengambilan air ini bersama-sama ubat yang dibekalkan doktor. Alhamdulillah, akhirnya demam kembali reda dan kini aku kembali pulih seperti sediakala. Dan aku pastinya akan meminum air ini sebagai minumah harian aku. Malah aku siap da beli sekotak buat stok harian aku.



(2)
MINYAK SEJUTA RAHSIA ANUGERAH
Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita. Adunan ini ditenagakan  dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat-ayat suci Al-Quran khusus untuk membantu mengubati penyakit dan mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.


Kandungan Herba Minyak Sejuta Rahsia Anugerah adalah :-

• Minyak eucalyptus 
• Ekstrak halia bara 
• Ekstrak serai 
• Ekstrak limau purut 
• Ekstrak lengkuas 
• Ekstrak pudina 
• Ekstrak bunga cengkih 
• Ekstrak buah pala 
• Minyak avokado


Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.


Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini:


• Surah al-Faatihah• Surah Luqman
• Surah al-Qadr• Surah al-Kafirun
• Surah al-Ikhlas• Surah al-Falaq
• Surah an-Naas• Surah al-Isra’ ayat 28
• Surah at-Taubah ayat 128• Ayat Kursi
• Surah al-Baqarah• Surah al-Isra'
• Surah as-Saaffaat• Surah A-li’imraan
• Surah al-Waaqi’ah ayat 19• Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar• Bacaan doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran• Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah•Ayat penawar & pembatal sihir & pukau
•Doa menghindari ganguan syaitan

Dapatkan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah sekarang dan anda mendapat manfaat seperti:

• kekejangan otot selepas bersukan berkurangan 
• senggugut beransur hilang 
• kesan akibat ‘ular-ular’ berkurangan 
• badan semakin bertenaga dan bersemangat 
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus 
• pulih dari sakit perut yang kronik dan sebagainya


Cara menggunakan Minyak Sejuta Rahsia:
Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah tidak dilangkah.

TESTIMONI DARIKU BERKENAAN MINYAK SEJUTA RAHSIA ANUGERAH:
Aku baru menggunakan minyak ini semalam. Pinggang aku terlalu sakit semalam, yea lah semalam aku sibuk dengan aktiviti berkonvoi sehingga lewat malam. Aku pula memang ada masalah tak boleh duduk lama sangat ekoran pernah terjatuh sebelum ini. Selepas menyapu minyak ini malam semalam, alhamdulillah tidurku lena dan kesakitan pinggang mula berkurangan keesokan harinya. Dan apa yang menakjubkan tentang minyak ini ialah aku telah diserang migrain seketika tadi, selepas aku sapukan minyak ini di kepalaku, alhamdulilllah migrain ku terus reda. Kalau sebelum nie, makan painkiller pun belum tahu boleh reda sakit migrain ku but dengan minyak ini, it's amazing. Alhamdulillah, memang aku akan teruskan penggunaan Minyak Sejuta Rahsia ANUGERAH ini. lepas ini, nak try produk-produk keluarannya yang lain pula.

So kawan-kawan semua, U gotta give a try ya! Cubalah, mudah-mudahan kita mendapat khasiatnya yang terbaik. Insyaallah.


Tuesday 15 January 2013

Edisi Jalan-Jalan JB : Restoran ZZ + Legoland + Puteri Harbour + Hello Kitty + JPO + Satay Tulang Senawang

Woot woot! I am back.... Yeahh seperti dijanjikan, kali nie aku akan berceloteh pulak tentang pengembaraan kami di bandaraya Johor Bahru pula setelah berakhirnya majlis persandingan Sharol. Kami bertolak ke Johor Bahru setelah selesai sesi outdoor photo shoot di Tanjung Leman. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 2 jam untuk tiba di bandaraya Johor Bahru. Kami bermalam di rumah Ija, our PPOC Southern geng. Thanks beb sudi tumpangkan kami di rumah mu... Sekali lagi aku ingin menyatakan yang geng PPOC memang best, dan memang best lah join PPOC nie, hubungan kami semua amat erat.

Pada malam itu, kami lepak-lepak dahulu di rumah Ija, membersihkan diri masing-masing dan rehat dahulu sebelum kami keluar semula untuk menjamu selera di bandarraya Johor Bahru.

Ija actually dah call geng-geng PPOC Southern untuk join lepak sekali. Memang terbaik lah kan.... So kami plan nak ke Restoran Sup Tulang ZZ di Jalan Petrie. Memang terbaik mee rebus di sini, dulu masa aku duduk JB, memang inilah makanan favourite ku and memang aku rindu sangta dengan masakan ini, cari kat KL memang tak jumpa ok... 


Me and Zira...


With PPOC SOUTHERN.. Thanks korang semua... Yeyyy dapat kawan baru lagi.... Berkawan biar seribu kan, musuh jangan di cari sama sekali....




Nie lah dia.. mee rebus tulang yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang da try memang pasti nak lagi. Kalau korang nak tahu, my boyfriend tu tak makan mee rebus but bila dia ke sini, dia akan makan pula mee rebus. Haaa pelik kan.. Tapi tu lah dia.. penangan mee rebus tulang ZZ.

Selepas itu kami ada ke Bazar Karat sebelum pulang ke rumah Ija. Wahh memang aku tidur dengan nyenyaknya pada malam itu. Setelah hampir seharian tidak mendapat tidur yang cukup. 

Kami menyambung kembali aktiviti kami pada keesokan harinya. Plan nak jalan-jalan kat luar Legoland, Puteri Harbour, Hello Kitty, Johor premium Outlet dan seterusnya shoot ke Satay Senawang.

Kami memang tidak dapat masuk ke theme park tu sebab masa yang agak limited kan.. So its okay, lain kali kita masuk theme park yea kawan-kawan.. For this time being, kita posing-posing kat luar aje dulu ya...


 Legoland... here we come just to drop by...


Muka-muka sengal yang happy sangat hahahaha... AL konon macam tourist la sangatttt....





Aksi-aksi kami di Legoland.. Seriously, really enjoy with all of you.. Pas nie hope boleh pergi lagi dan bawa geng-geng yang lain especially Crazy Ladies PPOC group pulak with family masing-masing.. mesti gempaq kan..



Bersama magician Legoland yang buat magic kat depan kitaorang... Thumbs up bro!

Inilah geng-geng kami... Lain kali kita plan trip lagi ya...

Selepas itu kami ke Puteri Harbour pula.. sebut betul-betul.. Puteri Harbour.. bukan Pearl Harbour tau hehe.. Ia terletak berdekatan dengan Legoland juga, masih dalam kawasan Nusajaya. Disini ada banyak kapal-kapal yang berlabuh, kapal ini biasanya disewa oleh foreigner atau tourist yang tinggal lama di sini. Macam biasa, jom posing berlatarbelakangkan kapal-kapal pula. Selepas itu kami ke Hello Kitty Theme park yang terletak di dalam bangunan, konsep seperti Berjaya Times Square Theme Park.









Hello Kitty Theme Park... Next time boleh masuk ke sini dan bawa budak-budak sekali. Quite cheap, RM85 per person for 2 theme parks. 1 Theme park Hello Kitty dan satu lagi theme park yang ada Barney, Bob The Builder, Pingu dan sebagainya.





Selepas itu, kami terus shoot ke Johore Premium Outlet pula... It's shopping time.. Kalau ke JB, memang tak sah lah kalau tak ke JPO nie... Branded stuffs with reasonable price here.






Memang best shopping di sini. At last aku dapat jugak kasut NIKE.. Haha.. Beli baju.. Beli chocolates. Thanks sayang belanja chocolate itu yea... Tapi banyak juga kedai yang terlepas nak masuk. Dengar-dengar PUMA buat sale 2 pasang RM80 je.. Wallaweiii... Discount until 90%. Perghh terbaekkkk kan... Maybe akan datang lagi ke sini, Insyaallah.. 

Yang penting terubat juga rindu aku pada Johor Bahru nie. Mahu tak rindu ooo.. Almost 5 years stay sini demi mencari sepinggan nasi hahahaha... 

Akhirnya.. tibalah masa untuk pulang ke KL. Sebelum itu, seperti yang dirancang, kami singgah di Satay Tulang Senawang. Dan macam biasa, geng-geng PPOC Negeri Sembilan pun sudah menunggu kami di sana. Best kan.. Kemana-mana sahaja kami pergi pasti ada geng PPOC dan dapat kawan baru... Memang BEST! 






Tu dia... satay tulang yang memang mabelessss!!!

Last but not least, diucapkan ribuan terima kasih buat semua... Buat Ija yang sudi menumpangkan kami di rumahnya dan bawa kami jalan-jalan, buat Geng PPOC Southern yang turut serta konvoi ke rumah Shahrol dan yang lepak bersama di bandaraya JB, juga geng PPOC Negeri Sembilan yang sama-sama lepak sekali di Satay Senawang... 

Korang semua memang terbaik! Untuk geng-geng aku.. ada soalan nie....  Kemana lokasi percutian kita selepas ini? Haha! Peace yawww..