Friday 14 June 2013

Proton Persona Owners Club (PPOC) Show Off @ Speed City Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua...

Seperi dijanjikan, tibalah masanya untuk aku berceloteh tentang apa yang berlaku di Speed City Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum tu, nak tanya nie, korang tau tak apa itu dan dimana letaknya Speed City?

Speed City adalah litar dimana berlangsungnya perlawanan drift diantara pelumba-pelumba drift handalan di Malaysia ini. Ia terletak di Jalan Bulatan Kuda di kawasan Seri Kembangan, Kuala Lumpur. Sape-sape yang minat drift tu, bolehlah cuba ke lokasi ini pada malam minggu untuk menyaksikan perlumbaan drift di sini. Malah, ada juga peluang untuk belajar drift dari tenaga pengajar berpengalaman, so pada yang berminat, sediakan ongkosnya dan kereta untuk korang belajar drift.

So.. apa yang istimewanya Speed City pada malam Sabtu yang lepas?


Untuk pengetahuan korang semua, Proton Persona Owners Club telah diberikan penghormatan oleh pihak Speed City KL untuk membuat persembahan show off di tempat mereka.. Oh that's awesome guys! So silalah dengar aku bercerita ya...

Kami tiba di Speed City kira-kira jam 9 malam. Sementara menanti persembahan show off kami pada malam itu, meh kami belanja korang lampu lip lap lip lap kat kereta kami...










Tu dia... so amacam? Berminat tak nak decorate kereta korang cam kereta kami nie semua? Hehe...


 Show off dari PPOC bermula!



Jom layan gambar lagi....



















Inilah sebahagian aksi-aksi kami, warga PPOC bersama jentera Persona masing-masing. So korang yang ada Persona atau ada ura-ura mahu beli kereta Persona, jom lah join kami....

Apapun, pengalaman di Speed City Kl pastinya satu memori yang tak kan kami semua lupakan. Memang best! Nampaknya PPOC semakin dikenali ramai di arena dunia permotoran. Syabas semuanya.

Vroom! Get ready with next event... PPOC menyerang Sepang International Circuit untuk GT Sepang, Ahad ini.


1 comment:

  1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=364741386962449&set=a.364741180295803.1073741827.223788984391024&type=1&theater

    http://www.lelong.com.my/custom-cree-led-daytime-running-light-proton-persona-gen-2-ckh456-135817354-2013-10-Sale-P.htm

    ReplyDelete