Friday 28 December 2012

Jom CUBA... Fellina Inchloss..

Assalamualaikum semua... Entry kali nie aku nak cerita sal Fellina Inchloss nie yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Yea lah, dah ramai yang berjaya menguruskan badan dengan produk ini. Kawan-kawan aku pun dah start guna produk nie nampaknya. So apa lagi kan, aku pun mahu mencuba juga. Yealah buat hilangkan lemak-lemak tepu yang semakin berleluasa kat tang perut nie lah especially.. Hadoii.. korang nak tahu tak, punca badan aku nie naik is sejak aku mula mengambil satu produk nie.. Al-kunun produk nie boleh menjaga badan kita, boleh mantapkan body kita, hasilnya, badan aku naik, well memang tak dinafikan part2 tertentu tu memang mantap lah jadinya, tapi ia juga menaikkan ukurlilit badan aku, kiranya nak suruh aku jadi besar dan mantap lah nie.. Eiii agak-agak boleh tak kalau aku nak saman dealer dia dan produknya? Korang mesti nak tahu produk apa kan, tapi aku tak boleh lah announce kat sini, kang ada yang saman aku pulak.... Cuma aku advice korang semua, hati-hatilah yea dengan produk yang menjanjikan kononnya boleh mantapkan body korang, kita nie perempuan fikir nak slim je, bukan nak jadi body builder.. Huhu...

Okey lah aku tak nak merepek panjang tentang produk yang tak berapa hot tu, baik aku cerita tentang produk baru yang sememangnya HOT dan AWESOME ini. Disebabkan ramai yang sudah berjaya dengan produk ini, maka aku telah membelinya juga. Harus lah nak try! 

Taraaaa... Ni dia!


Aku harap akan ada perubahan positif selepas menggunakan produk ini.. sama macam customer-customer yang lain.

Cara penggunaanya senang je.. sapu ikut arah lawan jam selepas mandi, setiap pagi, selepas makan dan juga sebelum tidur. Senang kan? Sapu di tempat yang bermasalah, dan korang akan rasa ia agak berangin. Bau krim nie pun wangi, aku suka bau dia, tak yah pakai perfume pun tak pe pas nie sebab bau produk nie memang wangi. And yang lebih menarik lagi tu, korang boleh sapukan kat muka juga dahu, biar hilang double ke triple chin tu.... Okey....

So aku akan berusaha dengan menyapu di perut dan dagu... Aku nak aku yang dulu, yang comel je... Bila tengok baju-baju lama yang bersaiz M, terus buat aku semangat nak guna losyen ini secara konsisten. Yea lah dulu aku pakai saiz M, sekarang saiz L.. Walaupun aku masih cute lagi (amboi perasannya ko!), tapi aku tetap rindukan body aku yang dulu...

Aku pun bosan dan fedup juga bila orang asyik tegur badan aku dah naik je... banyak naik la itu lah.. Kadang-kadang tu siap jadi bahan lagi. Bila order baju, ada yang suruh aku order saiz lelaki, kononnya aku tak layak order baju saiz ladies... Terasa nok!!! Macam lah aku nie da besar sangat macam ahli bina badan!

Tapi tak pe lah, walaupun kadang-kadang aku terluka hati dengan kutukan itu (aku nie sensitif sebenarnya, sayang aku je yang tahu cam ne sensitifnya aku dan segala luahan aku), aku akan kuatkan semangat juga untuk buang lemak-lemak tepu nie. Usaha tangga kejayaan kan? Aku akan buktikan pada semua yang mengeji aku tuh... Huhu.. lagipun sekarang, aku dah start pakai korset semula.. Ditambah pula dengan Fellina Inchloss nie, harap-harap berjaya lah hendaknya... Dan aku pun dah kurangkan pengambilan nasi dalam diet aku. Seminggu makan nasi sekali dua je.. Boleh je pun... Lagipun sejarah hidup aku, aku memang tak sentuh nasi putih masa zaman kanak-kanak dulu. Sampai aku berusia 13 tahun baru aku pandai makan nasi putih. So? Maknanya aku boleh kan? Ada yang nak mencebik atau mengutuk ke dengan statement aku nie? Kutuk lah, kalau tak caya, tanya lah parents aku, bukan aku nak berlagak perut mat salleh ke apa ke, dah itu hakikat! Sebab aku tahu pasti ada yang mencebik... Wateva! This is my life story, kalau tak suka, jangan baca.

Huhu.. hamboi.. penuh emosi pulak entry aku pasal Fellina Inchloss nie.. Hehe yea lah, mana tahan derr orang dok kutuk2 je.... So kawan-kawan, begitulah cara pemakaian Fellina Inchloss. Dan aku akan iringi bersama pemakaian korset dan diet yang sihat juga.

Aku akan update lagi after 3 weeks. Insyaallah apabila ada perubahan nanti. Korang doakan lah juga yea semoga aku berjaya. Aku pun nak buktikan pada mereka juga. Yang aku bukan BAHAN semata.

Moral of the story, jadi perempuan nie, jangan gemuk. Nanti kena kutuk. Jangan silap ambil produk. Hati-hati yea kawan-kawan perempuan semua. Jangan mudah terpedaya dengan produk yang menjanjikan kononnya nak kasi badan mantap meletup pejal semua ya... Nanti korang akan susah macam aku sekarang nie.

Apa-apapun, memang kena jaga badan mulai sekarang nie.. Persaingan makin ramai, so jom mula pasang badan dari sekarang. Jaga cik abang tu. Hehe...

Ok nanti aku story lagi tentang produk ini yea.. Kita nantikan hasilnya dulu. Insyaallah!

Thursday 27 December 2012

With Family... Times Square & KLCC..

Hai kawan-kawan semua....

Kali nie nak update tentang kakakku dan anaknya yang datang bertandang ke KL sempena Cuti-Cuti Malaysia nie... Awalnya plan kami untuk bertemu tidak menjadi kerana mereka ada urusan keluarga, tapi at last jadi lah pulak...

Yeyyy!

Aku bawa mereka jalan-jalan dan shopping-shopping di Times square dan KLCC. Hakikatnya kedua-dua tempat ini memang lah favourite place aku untuk melepak dan bershopping hehe.. So kali nie aku bawa mereka ke sini pula...

Jom tengok gambar cam biasa. Setiap gambar ada ceriteranya... Hehe..



Oh ya kawan-kawan.... sesi photoshoot kali nie menggunakan applikasi Camera360. Bagus tau applikasi ini, sebab kita boleh edit pic kita dan hasil gambar ala2 DSLR gituhh... x de la muka nampak berminyak berpeluh sangat2.. Malah dalam applikasi Camera360 nie juga ada setting untuk buat pic collage cam aku create kat atas nie.. So korang cuba lah ya.... 

#Wah! Entry aku kali nie dah ibarat 2 dalam 1 pula... Cerita tentang shopping plus tutorial tentang Camera360.#


Kak Zu dan Aina Syuhada bergambar dihadapan Times Square. 










Ini ketika di Times Square. Cantikkan lanskap di sana sempena sambutan Krismas. Memang tak lepas peluang lah nak ambil gambar di sini.

Kakakku pun shopping sakan nampaknya. Al maklumlah, korang tahu kan barang-barang di Timse Square memang murah-murah belaka.

















Ini pula koleksi gambar di KLCC. Sambung shopping lagi di sini selepas posing-posing. Sales terbaik is di Giordano KLCC lah hehe... Buy 1 Free 1 for all items. Apa lagi.... kasi grab banyak2 lerrrr....

Yang penting memang puas lah shopping during christmas eve... Apapun memang dari dulu lagi inilah masa aku membeli belah dengan penuh kepuasan hehe...

Malam itu, mereka pulang ke Johor Bahru, so kami menghantar mereka ke Terminal Bersepadu Selatan. Oh ya, pada waktu nie je baru my dear ada sekali... Time shopping sakan tu si dia tak dapat join kerana terpaksa bertugas. 

So, jom abadikan kenangan bersama mereka sebelum mereka berangkat pulang.


Safe journey yea my sis... (Memang dah selamat sampai pun haha.. Alhamdulillah).. Insyaallah di lain masa kita bertemu lagi. 



P/S : Pstttthh.. so korang nilai-nilaikan lah hasil gambar dari applikasi Camera360. Nampaknya aku akan stick menggunakan applikasi ini... 

Monday 24 December 2012

Movie + Makan-Makan Sampai LEBAM...

Yeahhh.. dan ini adalah last activity kami selepas pulang dari menjenguk baby tadi... Kali ini hanya few of us yang join aktiviti movie dan makan-makan ini... Kita enjoyyyyy puas-puas....

Kami bercadang untuk menonton filem lakonan Jackie Chan yang terbaru iaitu CZ12. Para peminat lakonan aksi pastinya menantikan filem ini. 

Waktu tayangan adalah pada pukul 7.30 malam. So macam biasa, sebelum menonton, jom posing-posing dulu.. Alahai kitaorang memang tak kan kalah kot bab berposing-posing nie hehe..




Begitulah aksi-aksi kami semua.. Haha macam-macam kan.. dengan poster pun nak bergambar... Actually banyak lagi pic-pic lain tetapi bukan dalam simpanan aku..


Dan ini pula aku ambil dari kawanku yang turut sama dalam aktiviti kami ini.. Ambil dari facebook dia.. Heheh...

Aku tidak mahu review tentang filem CZ12 ini dalam entry kali ini. Mungkin di entry lain, insyaallah. Cukup sekadar komenku bahawa filem ini memang sangat BEST dan anda pasti PUAS dapat menontonnya. Sila lah ke pawagam berhampiran anda ya. memang tak sempat nak rasa boring pun sebab filem ini penuh aksi-aksi lasak dan lawak-lawak spontan dari Jackie Chan. Maka, memang sesuailah untuk menonton filem ini bersama rakan-rakan atau famili.

Selepas menonton filem, kami ke Restoran Flaming yang terletak berhadapan dengan KL Festival City Mall (tempat kami menonton wayang). Di sini kami makan steam boat, RM26 per person, makan lah sampai puas dan kenyang..

Maka sila lah lihat gambar makanan kami yea.. memang kenyang dan berbaloi-baloi... So korang boleh mencuba juga... 









Macam-macam ada disini... ketam, udang, sotong, pepahat, daging, telur puyuh, fishball and fish cakes, ice cream, cendol dan etc, korang makan lah semua tu kalau larat yea.. Yea lah da bayar RM26 per person kan...

So kawan-kawan semua, Selamat Mencuba & Menjamu Selera ya!

Jom Tengok Baby ... Congrats Mieza and KA...

Aktiviti seterusnya... 

Jom melawat ibu bersalin bersama bayi comelnya. Siapa lagi kalau bukan Puan Mieza kita, dia dan suaminya, KA sama-sama merupakan ahli PPOC juga. Mieza selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang amat comel yang diberi nama Nur Qaira Danisha pada minggu lepas. Tahniah buat korang berdua di atas cahaya mata perempuan pertama ini. Semoga Qaira membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak dan solehah serta berbakti buat kedua ibu bapanya. So jom lihat beberapa keping foto disini...


Inigift dari aku dan my dear buat baby yang baru lahir. Set hamper ini ada rompers, handkerchiefs, kasut dan sebagainya. Okey lah kan... and kalau korang nak tahu, aku order khas dari kawan aku yang sememangnya menjalankan perniagaan online dalam bidang fesyen pakaian bayi dan kanak-kanak ini. Beliau juga turut menyediakan khidmat hamper. So kalau korang berkenan dan mahu mencuba sentuhan kreatifnya, korang boleh klik website beliau di SINI. Cuba lah, kalian pasti tertawan. Dan aku bangga untuk menyatakan yang aku berpuas hati dengan perkhidmatan dari beliau. (Alamak... da jadi slot IKLAN pulak hehe.. by the way, aku promote and puji ni bukan sebab dia best friend aku, tiada istilah 'pilih bulu' dalam konteks kehidupan aku. Memang hasil tangannya layak dipuji...).


Budak tomey yang diberi nama Nur Qaira Danisha. Memang cute pun dia...


My dear nie memang sukakan baby.. Sabar yea sayang hehe.... Tunggu kita sah diijabkabulkan dahulu, and I will make your dream comes true, Insyaallah. Haha amacam ada tokoh tak nak jadi bapa mithali... Mudah-mudahan. Amin Ya Rabbal Alamin...

Okey itulah kisahnya... Semoga baby Qaira cepat membesar ya, nanti boleh join mummy and daddynya jalan-jalan bersama PPOC members. Hingga kita bertemu lagi.. Assalamualaikum semua!